Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (Jawi: مولد الرسول) atau Maulud Nabi Muhammad SAW (مولود نبي محمد ﷺ) ialah hari keputeraan Nabi Muhammad, nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal (bulan ketiga) dalam takwim Hijrah, atau dalam takwim Masihi, Isnin, 20 April 571 M. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Maulidur Rasul
Maulud Nabi Muhammad SAW
مولد الرسول
مولود نبي محمد ﷺ
Juga dikenali sebagai
Eid al-Mawlid an-Nabawī (المولد النبوي), Maulid, Maulud Nabi Muhammad SAW[1]
Diraikan oleh/di
Pengikut Ahli Sunah Waljamaah, Syiah dan cabang dan mazhab Islam yang lain kecuali sedikit (Wahabi/Salafi dll.)
JenisIslam
KepentinganUlang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW
Upacaraberpuasa, perarakan awam, nyanyian keagamaan, perjumpaan keluarga dan masyarakat, perhiasan jalan dan rumah
Tarikh12 Rabiulawal
KekerapanTahunan qamari (setiap 12 bulan qamari)

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Sejarah Maulidur Rasul bermula sejak zaman awal Islam, ketika sebilangan tabi'in mula mengadakan penganjuran nyanyian syair dan lagu terhadap Rasulullah.[2] Penguasa Islam pertama yang diduga menyambut Maulidur Rasul secara rasmi ialah Muzaffar al-Din Gökböri (630 H/1233 M).[3] Pihak Uthmaniyah mengisytiharnya sebagai sambutan rasmi pada 1588,[4] dikenali sebagai Mevlid Kandil.[5]

Penyertaan dalam perayaan ini umumnya dipandang sebagai ekspresi rasa keimanan dan kebangkitan keagamaan bagi para penganutnya.[6] Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sebahagian besar warga Islam mengiktiraf sambutan Maulidur Rasul;[7][8] tetapi, dengan perkembangan aliran konservatif seperti Wahabi-Salaf (Timur Tengah), Deobandi dan Ahl-i Hadith (Asia Selatan),[9] sambutan Maulidur Rasul mula mendapat penentangan kerana disifatkan sebagai bidaah. Maulidur Rasul diiktiraf sebagai hari cuti di kebanyakan negara Islam, dengan Arab Saudi dan Qatar terkecuali. Beberapa negara bukan Islam dengan populasi Muslim ketara seperti India juga mengiktirafnya sebagai hari cuti.[10]

Etimologi

Perkataan maulid berasal daripada akar Arab ولد (wa-la-da), dengan makna termasuk "lahir" dan "zuriat".[11] Dalam konteks kontemporari, perkataan ini juga merujuk kepada sambutan Maulidur Rasul.[12] Terdapat juga pelbagai nama disebut dalam bahasa lain bagi Maulidur Rasul.

Nama lain bagi Maulidur Rasul.
NamaBahasaMaksud
Mawlid an-NabīArab Moden"Kelahiran Nabi"
Milād an-NabīArab Klasik"Kelahiran Nabi"
Mevlid-i ŞerifTurki"Hari Kelahiran yang dirahmati"
Mevlud/MevlidBosnia"Kelahiran"
Mawlūd-e SharīfUrdu dan Dari"Kelahiran yang dirahmati"
Zadruz-e Payambar-e AkramParsi"Kelahiran yang agung/yang dirahmati"
Eid al-Mawlid an-NabawīArab Moden"Pesta kelahiran Nabi"
Eid-e-Milād-un-NabīUrdu"Pesta kelahiran Nabi"
Mawlid en-Nabaoui EcharifArab Magreb"Kelahiran Nabi yang dirahmati"
el Mūled (en-Nabawi)/Mūled en-NabiArab Mesir"Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi"
Yawm an-NabīArab Klasik"Hari Nabi"
Maulidur RasulMalaysia"Kelahiran pesuruh Allah"
MuludJawa"Kelahiran"
Maulid NabiIndonesia"Kelahiran Nabi"
Maulud NabiMalaysia"Kelahiran Nabi"
MaulidiSwahili-
Meeladu Nabibahasa Sinhala, Tamil, Malayalam, Telugu dan bahasa Divehi"Kelahiran Nabi"
Gamoubahasa Wolof-
Nabi/Mahanabi JayantiSanskrit dan Hindi"Hari Kelahiran Nabi (yang agung)"

Sejarah

Dalam zaman awal Islam, sambutan keputeraan Muhammad biasanya disambut secara tersembunyi, dan kemudiannya menjadi lebih terbuka, dengan lebih banyak pelawat yang hadir ke Baitul Maulid yang dibuka sepanjang hari Maulid.[13]

Asal-usul perayaan Maulid adalah sukar untuk dijejaki.[14] Menurut tulisan Festivals in World Religions (Perayaan-perayaan dalam Alam Agama) hari Maulid mula-mula diperkenalkan oleh pihak Abbasiyah di Baghdad.[15] Ibn Jubayr pada 1183 menulis bahawa perayaan keputeraan Muhammad disambut setiap Isnin pada Rabiul Awal di tempat keputeraannya yang menjadi satu tempat keramat dalam Abbasiyah.[14][16] Satu lagi teori menyatakan bahawa sambutan Maulid pada mulanya dianjurkan dalam masyarakat Fatimiyah.[17] Namun begitu, menurut Dr. Abdel Moneim Sultan, sambutan Fatimiyah dilihat terhad kepada pembuatan manisan, sedekah dan penyampaian khutbah, dan tidak sebesar perayaan Syiah.[18]

Pada 1207, Muẓaffar al-Dīn Gökburi, abang tiri Saladin menganjurkan perayaan awam tahunan Maulid buat julung kalinya di Erbil (kini di Iraq).[14] Dengan itu, perayaan Maulid mula tersebar di seluruh dunia Islam.[19] Oleh kerana Saladin dan Gokburi ialah golongan sufi, perayaan itu secara ketaranya menjadi masyhur dalam para sufi hingga sekarang.[20]

Waktu

Maulidur Rasul pada jatuh pada Rabiulawal setiap tahun. Dalam fahaman Syiah, hari tersebut jatuh pada 17 Rabiulawal serentak dengan hari kelahiran Imam keenam iaitu Ja'far al-Sadiq,[21] sementara ketetapan Sunni pula ialah 12 Rabiulawal.[21][22] Sungguhpun begitu, sesetengah ulama Syiah juga mempercayai 12 Rabiulawal sebagai tarikh keputeraannya.[23][24]

Tarikh anggaran Maulidur Rasul
Tahun Masihi12 Rabiulawal
(Sunni dan segelintir orang Syiah)
17 Rabiulawal
(Syiah)
200820 Mac25 Mac
20099 Mac14 Mac
201026 Februari3 Mac
201115 Februari20 Februari
20124 Februari9 Februari
201324 Januari29 Januari
201413 Januari18 Januari
20153 Januari dan 24 Disember8 Januari dan 29 Disember
201612 Disember17 Disember
20171 Disember6 Disember
201820 November25 November
20199 November14 November
202029 Oktober3 November
202119 Oktober24 Oktober
20228 Oktober13 Oktober
202327 September2 Oktober
202415 September20 September
20255 September10 September
202625 Ogos30 Ogos
202715 Ogos20 Ogos
20283 Ogos8 Ogos
202924 Julai29 Julai
203013 Julai18 Julai
20311 Julai6 Julai
203220 Jun25 Jun
203310 Jun15 Jun
203430 Mei4 Jun

Sambutan

Maulidur Rasul disambut di hampir semua negara Islam, di samping negara-negara dengan komuniti Muslim yang ketara.[25] Negara-negara yang terkecuali ialah Qatar dan Saudi Arabia, di mana ia diisytiharkan haram.[26][27][28] Selain itu, penolakan terhadap sambutan Maulidur Rasul juga dilihat meningkat dalam abad ke-20.[29][30]

Masyarakat Muslim di Indonesia umumnya menyambut Maulidur Rasul dengan mengadakan perayaan-perayaan keagamaan seperti pembacaan selawat, pembacaan syair Barzanji dan pengajian. Dalam kebudayaan Jawa, takwim Jawa menetapkan bulan Rabiul Awal sebagai bulan Mulud, dan acara Muludan juga dirayakan dengan perayaan dan permainan gamelan Sekaten. Selain itu, tradisi endhog-endhogan dilaksanakan oleh masyarakat Jawa-Using di Banyuwangi, Jawa Timur. Satu catatan pada 1995 menyatakan bahawa sambutan Maulid di Jawa "tampak lebih penting dan gah" daripada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.[31]

Di Pakistan, hari Maulid disambut dengan tembakan meriam 31 das di ibu kota serta tembakan 21 das di ibu-ibu kota wilayah, dengan syair Islam dibacakan sepanjang hari.[32] India juga terkenal dengan sambutan Maulid sungguhpun bukan negara Islam majoriti.[33] Artifak-artifak Muhammad dipamerkan di Jammu dan Kashmir, yakni di keramat Hazratbal, di mana bacaan doa juga dilakukan sepanjang malam.[34] Hyderabad Telangana juga dikenali dengan sambutan Maulid secara besar-besaran, dengan kegiatan seperti perarakan, bacaan doa dan pemasangan perhiasan.[35]

Di Turki, Maulidur Rasul atau istilah tempatan, Mevlid Kandili, disambut meluas.[36] Syair-syair tradisional riwayat Muhammad dibaca di masjid serta rumah.[37] Dalam syair-syair ini, syair yang paling ketara ialah syair Süleyman Çelebi.[38][39][40] Sebilangan syair Maulid juga ditulis pada zaman Uthmaniyah.[41] Sejak 1989, pihak Turki telah mengasaskan satu sambutan rasmi seminggu sempena Maulidur Rasul, bernama Mevlid-i Nebi Haftası [tr] (minggu Maulidur Rasul). Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan sejarah Mevlid-i Nebi Haftası, ia ditetapkan disambut berdasarkan keputeraan baginda pada takwim Masihi (20 April) sehingga ditukar ke takwim Hijrah pada 2017, dengan pelaksaannya mencetuskan perdebatan.[42]

Di kawasan Tunisia, pujian-pujian kepada Muhammad dibunyikan umat Islam, dan pencuci mulut Assidat Zgougou juga biasanya disediakan untuk menyambut Maulid.[43][44]

Galeri

Rujukan

Pautan Luar