Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan dari Menteri Besar)

Malaysia, Menteri Besar (MB) ( Jawi: منتري بسر ; secara harfiah Menteri Utama atau dalam bahasa Inggerisnya First Minister) ialah ketua kerajaan setiap sembilan negeri di Malaysia yang mempunyai Sultan dan Raja. Bagi empat negeri tanpa raja, gelaran Ketua Menteri (KM) ( Jawi: كتوا منتري atau dalam bahasa Inggerisnya Chief Minister) digunakan kecuali Sarawak di mana ia menggunakan Premier (Perdana). Gelaran Menteri Besar biasanya tidak dapat diterjemahkan dalam media Inggeris di Malaysia, tetapi biasanya diterjemahkan sebagai Chief Minister (Ketua Menteri) oleh media asing. Mengikut protokol, semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier diberi gelaran terhormat Yang Amat Berhormat atau Singkatannya YAB.

Sembilan Sultan dan Raja bagi negeri-negeri Melayu yang beraja dan Yang di-Pertua Negeri - Yang di-Pertua Negeri yang dilantik bagi empat negeri lain yang tidak beraja berkhidmat sebagai ketua negeri dan istiadat negeri mereka, manakala kuasa eksekutif negeri terletak pada Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier. Selepas pilihan raya ke Dewan Undangan Negeri (DUN), Raja atau Yang di-Pertua Negeri biasanya menjemput parti (atau gabungan) dengan majoriti kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri. Raja atau Yang di-Pertua Negeri melantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier, yang majlis eksekutifnya (atau Kabinet di Sabah dan Sarawak) bertanggungjawab secara kolektif kepada dewan. Berdasarkan sistem Westminster, memandangkan beliau mengekalkan kepercayaan dewan, tempoh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier boleh bertahan sepanjang hayat dewan secara maksimum selama lima tahun. Tiada had kepada bilangan penggal yang Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier boleh berkhidmat.

Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri ialah Ketua Menteri.

Gelaran jawatan ini diwujudkan oleh Kerajaan British pada tahun 1948 ketika Persekutuan Tanah Melayu mula dibentuk tetapi semasa kesultanan Melayu dahulu jawatan yang seumpama dengannya dikenali sebagai Bendahara. Tetapi bagi sesetengah negeri seperi Johor, jawatan Menteri Besar telah lama wujud sebagaimana tertakluk di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor, iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan dan dilantik sendiri oleh Sultan terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Nama jawatan Menteri Besar adalah mengambil nama yang digunakan di negeri Johor bagi tujuan penyeragaman. Sebelum itu pelbagai nama telah digunakan seperti Perdana Menteri di negeri Kelantan.

Selepas merdeka, jawatan Menteri Besar dipilih daripada parti yang mendapat majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selepas setiap kali Pilihanraya diadakan.

Premier Jawatan ini sebelumnya dikenali sebagai Ketua Menteri Sarawak sebelum pindaan dibuat pada perlembagaan negeri yang diluluskan pada 15 Februari 2022 yang menukar gelaran jawatan tersebut kepada Premier dan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022[1].

Sistem Pentadbiran di Malaysia

Senarai nama Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia

NegeriJawatanParti politikPotretPenyandangMula berkhidmat
(penggal/jawatan baharu)
 SarawakPremier SarawakGPS-PBB Tan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Johari Tun OpengMac 1, 2022
 TerengganuMenteri BesarPN-PAS Prof. Dato' Seri Dr. Haji Ahmad Samsuri Mokhtar [2]Ogos 15, 2023
 Negeri SembilanMenteri BesarPH-PKR Dato' Seri Haji Aminuddin Harun [3]Ogos 14, 2023
 Pulau PinangKetua MenteriPH-DAP Tuan Chow Kon Yeow [4]Ogos 13, 2023
 PahangMenteri BesarBN-UMNO Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan IsmailNovember 27, 2022
 SelangorMenteri BesarPH-PKR Dato' Seri Haji Amirudin Shari [5]Ogos 21, 2023
 KedahMenteri BesarPN-PAS Dato' Seri Haji Muhamad Sanusi Md NorOgos 14, 2023
 SabahKetua MenteriGRS Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor [6]September 29, 2020
 PerakMenteri BesarBN-UMNO Dato' Seri Haji Saarani Mohamad [7]November 21, 2022
 JohorMenteri BesarBN-UMNO Datuk Onn Hafiz GhaziMac 15, 2022
 PerlisMenteri BesarPN-PAS Tuan Haji Mohd Shukri Ramli [8]November 22, 2022

 Melaka

Ketua Menteri

BN-UMNO

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh [9]Mac 31, 2023
 KelantanMenteri BesarPN-PAS Dato' Haji Mohd Nassuruddin DaudOgos 15, 2023

Garis masa

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar