Mike Pompeo

Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-70

Michael Richard Pompeo (lahir 30 Disember 1963) ialah seorang ahli politik, seorang peguam dan juga seorang bekas Pegawai Tentera Darat Amerika Syarikat.

Mike Pompeo
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke–70
Dalam jawatan
26 April 2018 – 20 Januari 2021
PresidenDonald Trump
TimbalanStephen Edward Biegun
Didahului olehRex Tillerson
Digantikan olehDaniel Bennett Smith [1][2][3]
Pengarah Agensi Perisikan Pusat ke–6
Dalam jawatan
23 Januari 2017 – 26 April 2018
PresidenDonald Trump
TimbalanGina Cheri Walker Haspel
Didahului olehJohn Owen Brennan
Digantikan olehGina Cheri Walker Haspel
Anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari Kansas daerah ke–4
Dalam jawatan
03 Januari 2011 – 23 Januari 2017
Didahului olehWilliam Todd Tiahrt
Digantikan olehRonald Gene Estes
Butiran peribadi
LahirMichael Richard Pompeo
(1963-12-30) 30 Disember 1963 (umur 60)
Orange County, California, AS
Kerakyatan Amerika Syarikat
Parti politikRepublikan
PasanganSusan Justice Mostrous [4]
Anak-anak01
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1986–1991[5]
Pangkat Kapten
Unit2nd Squadron dari 7th Cavalry Regiment, 4th Infantry Division

Beliau merupakan juga wakil Wilayah Kongres ke-4 Kansas dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari tahun 2011 sehingga tahun 2017, pengarah Agensi Perisikan Pusat dari tahun 2017 sehingga 2018 dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-70 dari 2018 sehingga tahun 2021.

Sebagai Setiausaha Negara AS

02 Ogos 2018, Setiausaha Negara AS ke-70 Mike Pompeo bertemu dengan Duta Amerika Syarikat Kamala Shirin Lakhdhir di Pangkalan Tentera Udara Subang, Pekan Subang, Daerah Petaling, Negeri Selangor, Negara Malaysia
04 Mac 2020, Mike Pompeo, Wanita Pertama AS Melania Trump dengan salah satu pemenang Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa Susanna Liew di Jabatan Negara Amerika Syarikat, AS

Pada 13 Mac 2018, Pompeo telah dicalonkan oleh Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump untuk menggantikan Rex Tillerson sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-70.[6]

Pompeo kemudiannya disahkan pelantikannya oleh Senat dengan undian yang diberikan sebanyak 57—42 dalam Senat tersebut[7][8][9] dan mengangkat sumpah jawatan pada masa yang sama.[10]

Pompeo berkhidmat sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-70 dari 26 April 2018 hingga 20 Januari 2021.

Rujukan

Pautan luar