Mokhtar Dahari

Pemain bola sepak Malaysia

Dato' Mohamad Mokhtar bin Dahari[2] DSSA DIMP AMN (13 November 1953 – 11 Julai 1991)[3] ialah pemain bola sepak persatuan kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik di Asia pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai pemain bola sepak terbaik di Malaysia pada masa itu, seorang legenda dalam arena bola sepak negara. Semasa tahun 1970-an, beliau mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan menewaskan Korea Selatan dan Jepun.[4][5][6]

Dato'
Mokhtar Dahari
DSSA DIMP AMN
Mokhtar beraksi di padang pada 1987[1]
Maklumat peribadi
Nama penuhMohamad Mokhtar bin Dahari
Tarikh lahir(1953-11-13)13 November 1953
Tempat lahirSetapak, Selangor,
Persekutuan Tanah Melayu
(kini Malaysia)
Tarikh kematian11 Julai 1991(1991-07-11) (umur 37)
Tempat kematianSubang, Selangor, Malaysia
Posisi permainanPenyerang
Nombor10
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1972–1987Selangor375(351)
1978Kelab Sultan Sulaiman182(115)
1978–1984PKNS120(89)
1984–1985Talasco77(35)
1988Kwong Yik Bank60(42)
Pasukan kebangsaan
1972–1985Malaysia142(89)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Januari 2021

Beliau diberikan jolokan "Supermokh"[7] kerana kehebatannya di atas padang, kekuatan dan keupayaannya menjaringkan gol sepanjang kerjayanya. Antara detik indah Mokhtar ialah apabila beliau berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan antara Selangor FA dan Boca Juniors.[8][9][10] Kata-kata terkenal beliau ialah "Hidup dan Matiku hanyalah untuk Selangor!" dan "Tiap-tiap pemain harus mempunyai semangat yang tinggi dan harus memikirkan yang mereka ini mewakili negara. Dan sekiranya apa terjadi (keputusan teruk) nama negara akan terjejas.".[11]

Mokhtar menjaringkan 177 gol untuk Selangor.[12] Bersama skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, Mokhtar beraksi sebanyak 142 perlawanan (138 bertaraf 'A' antarabangsa) dengan menjaringkan 89 gol (85 bertaraf 'A' antarabangsa) dan pernah menjadi penjaring terbanyak dunia.[13][14][15][16] Rekod ini diiktiraf secara rasmi oleh FIFA dan Mokhtar antara sebilangan pemain Malaysia yang disenarai ke dalam 'FIFA Century Club'.[17]

Kehidupan awal

Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur, Selangor (ketika itu),[18] beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik, salah seorang adiknya ialah Mohd Nor Dahari dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960–1965) dan Victoria Instutution (1966–1970).[18] Beliau ialah anak kepada Dahari Abeng, seorang pemandu lori dan Aminah Sharikan, seorang surirumah. Beliau mula mewakili Selangor pada tahun 1971 di Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB).[19]

Kerjaya bola sepak

"Tiap-tiap pemain harus mempunyai semangat yang tinggi dan harus memikirkan yang mereka ini mewakili negara. Dan sekiranya apa terjadi (keputusan teruk) nama negara akan terjejas."

Mokhtar Dahari[11]

Mokhtar pertama kali bermain untuk pasukan Selangor FA di Piala Belia Burnley yang dimenangi mereka. Beliau kemudiannya diminta untuk bermain untuk Selangor FA secara kerap.[20] Beliau menjadi pemain terhebat pada musim pertamanya untuk Selangor[21] dan membantu Selangor memenangi pelbagai kejohanan, terutamanya Piala Malaysia. Beliau menyatakan kesetiannya kepada pasukan Selangor dengan menyatakan, "Saya hidup dan mati untuk Selangor.". Kemudian, beliau dipilih untuk bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia. Beliau hanya baru berusia 19 tahun semasa pertama kali bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dalam perlawanan antarabangsa.[22] Mokhtar membantu Selangor FA memenangi Piala Malaysia 10 kali dan menjaringkan 177 gol bersama-sama. Beliau merupakan penyerang terbaik di Malaysia. Permainan pertamanya untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah semasa menentang pasukan bola sepak kebangsaan Sri Lanka pada tahun 1972.[20] Beliau telah membantu Malaysia memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 dan pingat emas Sukan SEA berturut-turut pada tahun 1977 dan 1979. Beliau juga menjaringkan gol kemenangan dua kali dengan 2-0 bagi Liga Malaysia XI menentang Arsenal FC dalam perlawanan persahabatan pada tahun 1975 yang menimbulkan khabar angin bahawa kelab Inggeris teratas menaruh minat kepadanya.[23][24]

Selepas perlawanan tersebut, beliau mendapat tawaran daripada gergasi Eropah, Real Madrid CF tetapi enggan menyertai kerana patriotisme terhadap Malaysia dan Selangor FA.[25][26] Terkenal dengan kelajuan dan ketepatannya, Mokhtar dinamakan penyerang terbaik Asia oleh majalah World Star Soccer ketika berusia 23 tahun.[27][28][29]

Mokhtar terkenal dengan kepantasannya. Ngauman "Supermokh" daripada orang ramai merupakan kebiasaan. Ramai generasi muda mengidolakan beliau. Malah ada yang cuba meniru gayanya di padang. Mokhtar menjaringkan gol sekali untuk Malaysia dari separuh jalan menentang Joe Corrigan melalui pukulan dahsyat 1–1 menentang England B pada 1978, menggelecek menerusi separuh pasukan lawan bimbingan Bobby Robson.[30] Yang lebih diingati adalah apabila Gordon Hill memuji Mokhtar sebagai Hero Dahari di majalah Shot! dalam ruangan tulisan beliau selepas lawatan England B pada tahun 1978.[31][32][33][34]

Persaraan

Mokhtar Dahari bersara pada Mei 1986 selepas memenangi Piala Malaysia untuk Selangor FA. Beliau kemudian telah memberikan jersi nombor 10 kepada Raja Muda Selangor. Beliau menarik balik persaraan pada Januari 1987 untuk bermain satu musim lagi untuk Selangor FA.

Kerjaya jurulatih

Selepas Mokhtar mengalami masalah kecederaan, beliau menjadi jurulatih tempatan untuk membantu generasi muda menjadi pemain bola sepak yang lebih baik. Beliau juga meminta bekas rakan kongsi Selangor beliau, Reduan Abdullah untuk menulis sebuah buku mengenai kehidupan dan kerjayanya. Mokhtar juga kadang-kadang menjadi jurulatih bagi pasukan Selangor. Selepas bersara, beliau menjadi pemain dan terutamanya jurulatih untuk Kwong Yik Bank selepas kerjayanya.

Kehidupan peribadi

Mokhtar Dahari pada 1970-an.

Mokhtar ialah seorang Muslim yang taat, beliau mengelakkan kontroversi dan skandal, tidak mengamalkan tabiat merokok serta tidak melakukan sebarang perbuatan negatif, dan disifatkan sebagai seorang yang amat mementingkan disipilin diri, aspek kesihatan dan tidak suka diganggu ketika berlatih.

Sebelum menjadi pemain bola sepak profesional, beliau pernah bermain sukan lain seperti badminton, sepak takraw dan hoki. Mokhtar bekerja untuk PKNS pada waktu petang dan bermain bola sepak pada waktu malam. Beliau tidak banyak mendapat bayaran pada zamannya dengan PKNS. Beliau kemudiannya berhenti daripada PKNS dan bekerja untuk Kwong Yik Bank untuk mendapatkan prospek yang lebih baik untuk dirinya dan keluarganya.

Beliau berkenalan dengan Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim melalui seorang rakan. Selepas mengenalinya selama 10 tahun, beliau mengahwini Tengku Zarina pada 1979. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan tiga anak, seorang anak lelaki dan dua anak perempuan—Mohd Redza (lahir 1980),[35] Nur Azera (lahir 1982) dan Nur Arina (lahir 1984).[36][37][38]

Kematian

Mokhtar mula dikesan menghidapi masalah tekak dan dihantar ke hospital untuk mengetahui masalahnya. Doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit neuron motor (MND). Keadaannya diberitahu hanya kepada Mokhtar dan isterinya, Tengku Zarina. Mohktar pergi ke London, England bersama isterinya dalam usaha untuk menyembuhkan keadaannya.

Selepas 3 tahun bertarung dengan penyakit ini, Mokhtar meninggal dunia pada 11 Julai 1991 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.[39][40][41][42] Akhbar melaporkan penderitaan Mokhtar kesan distrofi otot dan seterusnya kematian beliau. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai di Taman Keramat, Ampang, Selangor.[43]

Kisah hidup dan sebab kematiannya didedahkan buat pertama kali dalam dokumentari bertajuk The Untold Truth About Supermokh di saluran National Geographic Channel pada 30 Ogos 2010, menampilkan keluarga dan kenalan Allahyarham.[44]

Legasi

Terdapat beberapa penghargaan telah dinamakan sempena beliau, termasuk:

Anugerah

  • 1976: Penyerang Terbaik Asia (World Star Soccer)
  • 1976: Olahragawan Kebangsaan oleh Majlis Sukan Negara (MSN)

Pencapaian

Kelab

Selangor FA

Antarabangsa

Malaysia

Individu

Kehormatan

Filemografi

Filem
TahunTajukWatakCatatan
1983MekanikDirinya sendiriFilem dan terakhir, penampilan khas

Lihat juga

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar