Momok Tasmania

Momok Tasmania, juga dikenali dengan nama Inggerisnya Tasmanian devil (Sarcophilus harrisii) ialah seekor marsupial pemakan daging yang kini hanya boleh didapati di wilayah Tasmania di Australia. Ia merupakan satu-satunya anggota genus Sarcophilus yang masih hidup. Ukurannya sama dengan seekor anjing kecil dengan badan berotot. Haiwan ini merupakan marsupial karnivor terbesar yang pernah ditemui. Ciri-ciri haiwan ini ialah bulunya yang berwarna hitam, rembesan bau yang kuat apabila ia ketakutan, suara yang keras dan mengganggu dan sifat keibuan yang tinggi. Haiwan ini terkenal sebagai pemburu dan memakan sisa-sisa haiwan lain. walaupun dikenali dengan cara hidup solo, kadang-kadang ia makan bersama spesis sejenis.

Tasmanian Devil[1]
Tasmanian Devil jantan.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Order:
Dasyuromorphia
Keluarga:
Dasyuridae
Subkeluarga:
Dasyurinae
Tribus:
Dasyurini
Genus:
Sarcophilus
Spesies:
S. harrisii
Nama binomial
Sarcophilus harrisii
(Boitard, 1841)

Taburan haiwan ini telah merudum sejak ketibaan peneroka berbangsa Eropah tiba pada 1788. Ia masih diburu sehingga 1941 kerana dianggap mengancam penternakan lembu.Pada 1941 haiwan ini secara rasmi dilindungi. Tetapi, penyakit tumor muka momok Tasmania telah menyebabkan kemusnahan drastik yang membawa kepada kepupusan. Pemerintah Tasmania telah banyak berusaha bagi mengurangi kesan penyakit ini.

Taksonomi

Naturalis George Harris menulis deskripsi pertama yang diterbitkan tentang haiwan ini pada 1807, dengan nama spesies Didelphis ursina.[3] Pada 1838, nama spesies itu digantikan Dasyurus laniarius oleh Richard Owen, dan belakangan dipindahkan ke genus Sarcophilus pada 1841 dan dinamai Sarcophilus harrisii oleh Pierre Boitard. Kemaskini taksonomi yang diterbitkan pada 1987 ini berusaha mengubah nama spesiesnya menjadi Sarcophilus laniarius berdasarkan catatan-catatan fosil di daratan utama Australia yang menunjukkan hanya beberapa ekor sahaja.[4] Namun, hal ini tidak diterima oleh masyarakat ahli taksonomi pada umumnya dan nama S. harrisii tetap dipertahankan sementara S. laniarius dipindahkan kepada spesies fosilnya.[1] Analisis filogenetik menunjukkan bahwa haiwan ini mempunyai hubungan dekat dengan quoll, dan lebih jauh hubungannya dengan spesies Thylacine yang telah pupus sepenuhnya.[5]

Ekologi dan taburan

Spesies ini ditemui di seluruh pulau Tasmania, termasuk di kawasan luar bandar dan Pulau Robbins di mana ia dihubungkan kepada tanah besar pada air surut.[6]

Tabiat

Haiwan ini bersifat nokturnal atau krepuskul (lebih-lebih lagi pada tahap muda[7]) di mana ia meluangkan masa siangnya menyembunyikan diri dalam lubang tanah.[8]

Momok Tasmania tidak membentuk kawanan, malah cenderung bersendirian selepas berhenti menyusu.[8][9]

Haiwan ini menggali mendapatkan bangkai sebagai sumber makanan. Ia mula-mula memakan bangkai dengan merobek isi perutbangkai sehingga sisa makanannya kelihatan berongga.[10] Momok-momok ini bisa memakan sebanyak 15% hingga 40% berat badan,[11] hal ini menyebabkan ia bisa menjadi berat dan mudah kepenatan sehingga terbaring.[12]

Momok betina mula mengawan apabila mencapai kematangan seks biasanya pada tahun kedua. Betina-betina ini mula menjadi subur sehingga menghasilkan banyak ovum dalam setahun.[13] Kitaran pembiakan haiwan ini mula pada Mac atau April agar anak-anak momok yang berhenti menyusu dicukupi sumber makanan, terutamanya pada musim-musim bunga dan panas Hemisfera Selatan.[14] Jantan-jantan mula merebut pasangan sendiri di mana betina-betina akan mengawan dengan jantan yang dominan, biasanya di kawasan dilitup.[15][16]

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar