Muzik kawad

Masalah mendengarkan fail ini? Sila lihat bantuan media.

Muzik kawad atau muzik perbarisan (march) adalah gubahan muzik bercirikan irama teratur dan kuat. Muzik jenis ini secara khusus diciptakan untuk meningkatkan keteraturan dalam perbarisan sebuah kelompok besar, terutama barisan askar tentera, dan paling sering dimainkan oleh korps muzik tentera.

Gambaran umum

Lagu mars dapat ditulis dalam birama genap 2/4, 4/4, tetapi kadang-kadang dalam birama 6/8, atau 2 (genap) × 3/8 dengan tempo cepat.[1]

Mars tentera dapat dibhaagi menjadi empat kategori: mars pemakaman, mars lambat (75 langkah seminit), 2 langkah per birama, mars cepat (109 hingga 128 ketukan seminit, mars cepat ganda (140 hingga 150 ketukan seminit).[2] Standar mars tentera Amerika Syarikat adalah mars cepat, seperti sering ditulis oleh John Philip Sousa yang dikenal sebagai "Raja Kawad".[2]

Sejarah perkembangan

Muzik mars moden mulai mengambil bentuknya di kalangan korps muzik tentera Eropah pada awal tahun 1500-an. Kemajuan besar ke arah muzik mars modern terjadi setelah tentara Polandia dan Austria mengusir tentera Kerajaan Uthmaniyah dari Vienna dalam pertempuran yang berlangsung di kota tersebut pada 1683.[3] Alat muzik yang ditinggalkan oleh tentera Turki (drum, simbal, trompet) dengan segera digunapakai dalam muzik tentera Eropah.[3] Kemajuan tersebut berperan besar dalam perkembangan awal kor muzik tentera modern yang terdiri dari alat muzik tiup logam, tiup kayu, dan perkusi.

Semasa Perang Revolusi Amerika (1775–1783), keberadaan korps muzik tentera telah menjadi sesuatu yang umum.[3] Muzik mars juga telah dibakukan menjadi tiga bentuk: mars lambat/parade, mars cepat, dan mars serangan atau cepat ganda.[3] Pada paruh kedua abad ke-19, lagu mars sudah populer di kalangan masyarakat umum, dan mencapai puncak kepopuleran pada pertengahan tahun 1800-an hingga awal tahun 1900-an. Pada awal abad ke-20, lagu mars berkembang sebagai muzik untuk hiburan luar ruang dan bahkan berdansa, setelah lagu mars telah menjadi pengiring standar untuk dansa two-step.[3]

Rujukan

Pranala luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno