Nasi Lemak 1.0

Nasi Lemak 1.0 (Cina: 辣死你妈传人) ialah filem komedi Malaysia 2022 arahan Namewee. Kesinambungan kepada filem 2011, Nasi Lemak 2.0, ia mengisahkan tentang Cef Huang yang secara tidak sengaja mengembara kembali ke masa lalu ke Kerajaan Melaka yang gemilang 600 tahun yang lalu, di mana dia terperangkap di antara pertempuran lanun.[2]

Nasi Lemak 1.0
辣死你妈传人
PengarahNamewee
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Namewee Studio Production
Cumdy Cumdy Production
MIG Beats Sdn Bhd
Tarikh tayangan
  • 27 Januari 2022 (2022-01-27)
Masa tayangan
111 minit
NegaraMalaysia
BahasaMandarin
Melayu
Tamil
Hokkien
Pecah panggungMYR 2.4 juta[1]

Ia ditayangkan pada 27 Januari 2022 di Malaysia dan Singapura. Ia merupakan salah satu daripada lima filem Tahun Baharu Cina Malaysia dan Singapura 2022, termasuk Kongsi Raya dan Small Town Heroes (Malaysia), Ah Girls Go Army dan Reunion Dinner (Singapura).[3]

Sinopsis

Selepas kejadian dalam filem pertama, Rrstoran Chef Huang mengalami satu lagi kemerosotan dalam perniagaan, kerana terlalu lewat untuk menyediakan makanan. Sebuah restoran baharu dibuka oleh musuh sepanjang zamannya, Lan Qiao di seberang jalan. Cef Huang mencabarnya dan sekali lagi mengadakan pertandingan memasak untuk melihat siapa yang membuat yang terbaik Nasi Lemak. Semasa persaingan sengit, kejadian letupan menyebabkan Chf Huang dan yang lain kembali ke masa lalu dan mendapati diri mereka berada di Kesultanan Melaka 600 tahun yang lalu, di mana nasi lemak masih tidak tersedia dan lanun berleluasa, manakala armada Cheng Ho semakin hampir.[4]

Pelakon

Penerbitan

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Namewee.[5][6] Ia merupakan kesinambungan daripada filem 2011, Nasi Lemak 2.0. Penggambaran dijalankan pada 2019.[7][8] Hampir semua pelakon pelbagai etnik dalam Nasi Lemak 2.0 melakonkan semula watak masing-masing dan terdapat penambahan barisan pelakon baharu.[9][10][11]

Keluaran dan sambutan

Filem ini muncul sebagai filem bukan Hollywood teratas di Malaysia sepanjang tempoh Tahun Baharu Cina, mengambil anggaran RM 2.4 juta di pecah panggung tempatan sejak ditayangkan pada 27 Januari.[1] Ia juga menerima ulasan bercampur-campur dan negatif daripada pengkritik filem.

Rujukan

Pautan luar