Nimrud

Nimrud (/nɪmˈrd/; Arab: النمرود) merupakan nama Arab baharu bagi sebuah kota Assyria yang terletak 30 kilometer (20 bt) di selatan kota Mosul, dan 5 kilometer (3 bt) di selatan desa Selamiyah (Arab: السلامية), di Dataran Nineveh, Mesopotamia utara. Ia merupakan sebuah kota utama Assyria pada sekitar tahun 1250 SM hingga 610 SM. Kota ini terletak di sebuah kedudukan strategik iaitu 10 kilometer (6 bt) di utara titik pertemuan sungai Tigris dengan cawangnya iaitu Zab Besar.[1] The city covered an area of 360 hektar (890 ekar).[2] Reruntuhan kotanya terdapat di dalam lingkungan satu kilometer (1,100 yd) dari desa Noomanea di Wilayah Nineveh, Iraq yang letaknya kira-kira 30 kilometer (19 bt) di tenggara Mosul.

Nimrud
Sebuah patung lamassu di Istana Barat Laut Ashurnasirpal II
JenisSettlement
LokasiNoomanea, Wilayah Nineveh, Iraq
Luas3.6 km2 (1.4 bt2)

Pada tahun 1845 bermulanya usaha penggalian kaji purba secara berselang-seli hingga tahun 1879, kemudian bersambung semula mulai 1949. Banyak hasil penemuan penting yang ditemui. Kebanyakannya terpindah ke muzium-muzium di dalam dan luar Iraq. Pada 2013 Majlis Penyelidikan Seni dan Kemanusiaan di UK menubuhkan "Nimrud Project" untuk mengenal pasti dan mencatatkan sejarah koleksi artifak sedunia dari Nimrud[3] yang terpencar kepada sekurang-kurangnya 76 muzium di seluruh dunia (termasuk 36 di Amerika Syarikat dan 13 di United Kingdom).[4]

Para pengkaji purba percaya bahawa kota Nimrud dinamai sedemikian pada zaman moden bersempena Raja Namrud yang disebut dalam Alkitab.[5][6] Kotanya dikenal pasti sebagai Calah (Kalhu, Kalakh; Ibrani: כלח, dalam Bahasa Yunani Kuno: χαλαχ) menurut Alkitab yang mula-mula disebutkan di samping Raja Namrud dalam kitab Kejadian bab 10 oleh Henry Rawlinson in 1850 on the basis of a possible interpretation of the city's cuneiform proper name as "Levekh".[7][8][note 1]

Pada 2015, pertubuhan pengganas ISIL mengumumkan hasratnya untuk memusnahkan tapak Nimrud kerana sifatnya yang "tidak Islamik". Pada Mac 2015, pemerintah Iraq melaporkan bahawa ISIL telah menggunakan jentolak untuk memusnahkan bahan tinggalan kota yang digali keluar. Video yang keluar pada Mac 2015 memaparkan sebuah patung lamassu di kota berkenaan diserang dengan tukul besi. Seteruk mana kemusnahannya belum dijelaskan.[9]

Catatan

Rujukan