Nitrat

Dalam kimia tak organik, sesuatu nitrat merupakan sejenis garam daripada asid nitrik. Nitrat merupakan satu ion yang mempunyai satu atom nitrogen dan tiga atom oksigen (NO3). Dalam kimia organik, ester asid nitrik dan pelbagai alkohol dipanggil nitrat. Nitrat dalam makanan, terutamanya dari sayur-sayuran ditukarkan dalam saluran pencernaan manusia kepada nitrit yang bertindak balas dengan amina untuk menghasilkan nitrosamina karsinogenik.

Nitrat
Model ion nitrat
Nama
Nama IUPAC sistematik
Nitrat
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChemSpider
  • InChI=1S/NO3/c2-1(3)4/q-1
    Key: NHNBFGGVMKEFGY-UHFFFAOYSA-N
  • InChI=1/NO3/c2-1(3)4/q-1
    Key: NHNBFGGVMKEFGY-UHFFFAOYAI
  • [N+](=O)([O-])[O-]
Sifat
NO
3
Jisim molar62.00 g·mol−1
Asid konjugatAsid nitrik
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
Rujukan kotak info

Ciri kimia

Ion nitrat merupakan sejenis ion poliatom dengan formula empirik NO3-, dan mempunyai jisim molekul 62.0049. Ia merupakan bes konjugat asid nitrik, dan terdiri daripada satu atom nitrogen pusat dikelilingi oleh tiga atom oksigen sama dalam susunan satah segi tiga. Ion nitrat membawa cas formal satu negatif, di mana stiap oksigen membawa cas -2/3 manakala nitrogen membawa cas +1, dan sering digunakan sebagai contoh resonans.

Hampir setiap garam nitrat tak organik adalah larut dalam air pada suhu dan tekanan piawai.

Dalam kimia organik, nitrat merupakan kumpulan berfungsi dengan formula am RONO2 di mana R merupakan sisa organik. Mereka merupakan ester asid nitrik dan alkohol yang dibentuk melalui penitroksilan. Contoh termasuk metil nitrat yang dibentuk melalui tindak balas antara asid nitrik dan metanol, nitrat asid tartarik, yang diberi nama nitrogliserin yang tidak begitu sesuai.

Pengesanan

Cincin perang yang terbentuk dalam ujian nitrat makmal.

Kaedah umum untuk mengesan nitrat ialah kaedah penurunan kadmium yang merupakan kaedah yang boleh dipercayai dan tepat, tetapi menggunakan logam kadmium yang beracun dan tidak boleh digunakan dalam setiap situasi. Sebuah kaedah alternatif ialah penurunan dengan enzim nitrat reduktase yang juga boleh digunakan untuk mengesan ion nitrit.[1]

Ujian makmal

Dalam makmal, kaedah utama untuk mengesan nitrat ialah ujian cincin perang, di mana larutan ferum(II) sulfat dan asid sulfurik pekat ditambahkan terhadap larutan nitrat untuk menghasilkan suatu "cincin perang" yang menunjukkan kehadiran ion nitrat.

Kegunaan

Kegunaan utama nitrat ialah penggunaan baja dalam pertanian disebabkan oleh keterlarutannya yang. Garam nitrat yang biasa digunakan ialah garam ammonium, natrium, kalium dan kalsium. Jutaan kilogram garam nitrat dihasilkan setiap tahun demi tujuan ini.[2]

Keracunan

Kesan terhadap kehidupan akuatik

Kepekatan nitrat yang tinggi di kawasan air tawar berdekatan dengan daratan boleh mengancam nyawa ikan. Meskipun ion nitrat kurang beracun berbanding ammonia,[3] kepekatan melebihi 30 ppm boleh merencatkan pertumbuhan, mengganggu sistem imun dan memberi tekanan terhadap beberapa spesis akuatik.[4]

Penyebab utama dalam kebanyakan kes kepekatan nitrat yang berlebihan dalam sistem akuatik adalah berpunca daripada pelepasan air sisa, serta pengaliran air pada permukaan dari kawasan pertanian atau landskap yang telah menerima baja nitrat berlebihan.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Nitrat di Wikimedia Commons