Palet

Palet (bahasa Inggeris: Pallet) ialah struktur pengangkut rata yang digunakan untuk mengalas kontena ketika diangkat oleh foklif, jek palet atau alatan jek yang lain. Palet ialah asas kepada reka bentuk sebuah beban unit. Barangan akan diletakkan ke atas sebuah palet dan diikat dengan tali atau filem plastik pembalut regang, atau dimuatkan terus ke dalam kontena mini ULD.

Palet kayu klasik
Palet plastik dengan sembilan kaki, boleh diangkat dari keempat-empat sisi
Palet besi dengan alang boleh tanggal. Sering digunakan oleh kilang kayu
Robot digunakan untuk meletak roti di atas palet di sebuah kilang di Jerman
Palet keluli tergalvani 48" x 40". Palet jenis ini adalah kalis api dan tidak akan berkarat.

Kebanyakan palet klasik diperbuat daripada kayu. Antara bahan lain yang digunakan ialah plastik, besi dan kertas. Setiap bahan mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Pengkontenaan telah menggalakkan penggunaan palet kerana kontena mempunyai permukaan rata dan bersih yang sesuai untuk palet. Kebanyakan palet boleh menampung beban sehingga 1000 kg. Hari ini, lebih daripada setengah bilion palet dikeluarkan setiap tahun dan hampir 2 bilion palet digunakan di Amerika Syarikat sahaja.

Palet membolehkan pemindahan tindanan berat menjadi mudah. Muatan di atas palet boleh diangkut menggunakan foklif pelbagai saiz, atau juga boleh diangkat menggunakan jek yang dipam dengan tangan. Penggunaan palet juga mengurangkan kos pengendalian dan penyimpanan.

Ketiadaan piawaian antarabangsa tunggal untuk palet menjadi salah satu halangan dalam perdagangan antarabangsa. Satu piawai tunggal adalah mustahil dapat dicapai kerana terdapat pelbagai keperluan yang perlu dipenuhi seperti; melepasi setiap pintu bangunan, muat di dalam kontena piawai, dan mengurangkan kos buruh. Contohnya, sebuah organisasi yang sudah mengendalikan palet yang besar selalunya tidak nampak sebab untuk membayar harga pengendalian yang lebih tinggi dengan menggunakan palet kecil yang boleh melepasi pintu-pintu bangunan.

Pemiawaian

Tiada piawai dimensi palet yang diterima pakai di peringkat global. Syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi di seluruh dunia menggunakan ratusan saiz palet yang berbeza.[1] Walaupun tiada dimensi piawai untuk pengeluaran palet, terdapat beberapa saiz berbeza yang paling banyak digunakan.

Palet ISO

Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) menetapkan enam dimensi palet, dinyatakan dalam Piawai ISO 6780: Flat pallets for intercontinental materials handling—Principal dimensions and tolerances:[2]

Dimensi, mm (Lebar × Panjang)Dimensi, inci (Lebar × Panjang)Ruang lantai digunakan, kontena ISORantau yang banyak digunakan
1219 × 101648.00 × 40.003.7%Amerika Utara
1000 × 120039.37 × 47.246.7%Eropah, Asia; sama dengan 48x40".
1165 × 116544.88 × 44.888.1%Australia
1067 × 106742.00 × 42.0011.5%Amerika Utara, Eropah, Asia
1100 × 110043.30 × 43.3014%Asia
800 × 120031.50 × 47.2415.2%Eropah; muat banyak laluan pintu

Palet Amerika Utara

Dalam pelbagai jenis palet di Amerika Utara, yang paling banyak digunakan ialah palet Grocery Manufacturers' Association (GMA), yang mewakili 30% daripada semua palet kayu yang dikeluarkan di Amerika Syarikat.[3] ISO juga mengiktiraf palet GMA sebagai salah satu saiz palet piawai.

Dimensi, mm (Lebar × Panjang)Dimensi, inci (Lebar × Panjang)Kedudukan pengeluaranIndustri yang menggunakan
1219 × 101648 × 401Runcit, dan banyak lagi
1067 ×106742 × 422Telekomunikasi, Cat
1219 × 121948 × 483Dram
1016 × 121940 × 484Ketenteraan[4], simen
1219 × 106748 × 425Kimia, Minuman
1016 × 101640 × 406Tenusu
1219 × 114348 × 457Automotif
1118 × 111844 × 448Dram, Kimia
914 × 91436 × 369Minuman
1219 × 91448 × 3610Minuman, genting, pembungkusan kertas
889 × 115635 × 45.5Tidak diketahuiKetenteraan 1/2 kontena ISO, muat pintu piawai 36"[5]
1219 × 50848 × 20Tidak diketahuiRuncit

Palet Eropah

Palet EURO

Empat saiz lazim untuk palet EURO[6] (bersama dengan saiz alternatif ISO[7]) ialah:

Jenis palet EURODimensi, mm (Lebar × Panjang)Alternatif palet ISO
EUR, EUR 1800 × 1200ISO1, sama saiz dengan EUR
EUR 21200 × 1000ISO2
EUR 31000 × 1200
EUR 6800 × 600ISO0, separuh saiz EUR
600 × 400suku saiz EUR
400 × 300satu per lapan saiz EUR

Palet piawai Australia

Palet piawai Austrialia banyak ditemui di Australia dan jarang ditemui di tempat lain. Berbentuk segi empat sama dari kayu keras, ia bersaiz 1165 mm × 1165 mm dan muat dengan sempurna di dalam kontena RACE perkhidmatan keretapi Australia, tetapi langsung tidak sesuai untuk kontena ISO yang digunakan di seluruh dunia. Jika palet ini dimuatkan dengan betul (tanpa pembaziran ruang), ini bermakna terdapat purata 7 mm ruang antara palet dan dinding kontena. Oleh kerana ruang lega yang minimum antara palet dan dinding kontena, alasan atau sumbatan (untuk penstabilan) kurang diperlukan.

Lihat juga

Nota dan rujukan

Bacaan lanjut

  • Brody, A. L., and Marsh, K, S., "Encyclopedia of Packaging Technology", John Wiley & Sons, 1997, ISBN 0-471-06397-5
  • LeBlanc, Rick and Stewart Richardson, "Pallets: A North American Perspective", PACTS Management, Inc., www.pactsmgt.com, 2003.
  • ASTM D 1185 Test Methods for Pallets and Related Structures
  • ASTM D6253 Treatment and/or Marking of Wood Packaging Materials