Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa

Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Organization for Standardization, ISO) merupakan gabungan antarabangsa badan pemiawaian negara-negara di dunia. Pertubuhan ini mengeluarkan piawai yang dipakai dalam pelbagai bidang industri dan komersial.

Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa
International Organization for Standardization
Organisation internationale de normalisation
Международная организация по стандартизации
[1]
Kerangka
KependekanISO Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahNGO
TujuanPemiawaian antarabangsa
Keanggotaan 163 anggota[3]
Anggota bagiJoint Committee for Guides in Metrology Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Inggeris, bahasa Perancis & bahasa Rusia[2]
Tapak webwww.iso.org
Facebook: isostandards Twitter: isostandards Instagram: isostandards LinkedIn: isostandards Youtube: UCfQ1TW3606vmXLUGQqKjFjg Flickr: 48699820@N06 Sunting ini di Wikidata
Sejarah
PendahuluInternational Federation of the National Standardizing Associations Sunting ini di Wikidata
Dibentuk23 Februari 1947
Pengurusan
SubsidiariISO/IEC JTC 1, Q1295787 Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Senarai anggota
Ibu pejabatGeneva, Switzerland
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nama dan singkatan

Tiga bahasa rasmi ISO ialah bahasa Inggeris, bahasa perancis dan bahasa Rusia.[2] Logo pertubuhan ini dalam dua bahasa rasminya, iaitu bahasa Inggeris dan Perancis, termasuk perkataan ISO. Pertubuhan ini biasanya dirujukkan mengikut nama pendeknya.

Logo serta nama ISO ialah cap dagang berdaftar, dan kegunaannya adalah terbatas.[4]

Kewangan

ISO dibiayai oleh gabungan:[5][6]

  • Pertubuhan yang mengurus projek tertentu atau pakar pinjaman untuk turut serta dalam karya teknikal tertentu.
  • Langganan daripada badan-badan ahli ("badan kerajaan kebanyakannya wakil pemiawaian di negaranya").[7] Langganan-langganan ini adalah sebahagian daripada keluaran negara kasar dan jumlah dagangan negara masing-masing.
  • Jualan piawaian.

Hak cipta dokumen ISO

Dokumen-dokumen ISO adalah berhak cipta dan kebanyakannya dikenakan bayaran untuk salinannya oleh ISO. Namun, ISO tidak mengenakan bayaran untuk kebanyakan salinan draf bagi dokumen dalam format elektronik. Walaupun berguna, draf-draf ini perlu digunakan dengan cermat kerana berkemungkinan ada perubahan penting sebelum ia dijadikan piawai. Sesetengah piawai oleh ISO dan wakil A.S rasminya (dan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa melalui Jawatankuasa Kebangsaan A.S) tersedia secara percuma.[8][9]

Rujukan

Pautan Luar