Park Ji-yeon

Park Ji-yeon (lahir 7 Jun 1993), lebih dikenali sebagai Jiyeon, ialah seorang penyanyi, pelakon dan model Korea Selatan. Beliau merupakan ahli termuda kumpulan wanita Korea Selatan, T-ara.

Park Ji-yeon
Latar belakang
Nama asal박지연
Nama lahirPark Ji-yeon
Kelahiran (1993-06-07) 7 Jun 1993 (umur 30)
Seoul, Korea Selatan
Genre
Pekerjaan
Instrumen
Tahun aktif2007–sekarang
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
T-ara
Nama Korea
Hangul
Hanja[1]
Perumian SemakanBak Ji-yeon
McCune–ReischauerPak Chiyŏn

Kehidupan awal

Ji-yeon dilahirkan di Seoul, Korea Selatan pada 7 Jun 1993.[2][3][4] Beliau menghadiri Sekolah Seni Persembahan Seoul, Sekolah Tinggi Perempuan Hyehwa dan Sekolah Tinggi Seni Lila.

Kerjaya

2008–2012

Beliau dan Eunjung merupakan dua ahli T-ara yang menerima latihan lakonan. Sebaliknya, kedua-dua beralih kepada nyanyian.[5][6]

Ji-yeon telah menyatakan minat dalam profesion model. Pada tahun 2008, ketika berumur 15 tahun, Ji-yeon telah ditampilkan dalam beberap iklan untuk Smart bersama kumpulan SHINee.[7] Beliau berkolaborasi bersama Davichi adan SeeYa untuk "Female Generation/Forever Love" yang dikeluarkan pada bulan Mei 2009. Beliau muncul dalam video muzik SG Wannabe untuk lagu "Saranghae" dan "My Love is Crying".

Pada tahun 2008, beliau memenangi Pertandingan Model Smart. Beliau menjalani ujian pemilihan Sistem Pemilihan Bakat Mnet dan menyertai syarikat tersebut. T-ara membuat kemunculan pertama pada 29 Julai 2009 ketika Ji-yeon berumur 16 tahun. Beliau merupakan ahli termuda sehingga Areum diperkenalkan pada bulan Jun 2012 disusuli dengan Dani yang ditambah pada bulan Disember pada tahun yang sama.

Ji-yeon membuat penampilan dalam rancangan KBS, Master of Study sebagai Na Hyun Jung.[8][9] Ji-yeon melakonkan watak utama dalam Death Bell 2: Bloody Camp bersama-sama Yoon Shi-yoon yang dikeluarkan pada bulan Julai 2010.

Pada bulan Ogos 2010, beliau muncul dalam HahaMong Show.[10] Pada bulan Oktober 2010, Ji-yeon menjadi pengacara Show! Music Core (MBC) bersama-sama Suzy (Miss A), Minho dan Onew.

Rujukan

Pautan luar