Patrice Lumumba

Patrice Émery Lumumba (2 Julai 1925 - 17 Januari 1961) adalah seorang ahli politik dan pemimpin kemerdekaan Kongo yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri pertama Republik Demokratik Congo yang merdeka dari bulan Jun hingga September 1960. Patrice memainkan peranan penting dalam transformasi Kongo dari koloni Belgium ke sebuah republik bebas. Beliau berpegang kepada ideologinya nasionalisme Afrika dan Pan-Africanist memimpin parti Kongres Gerakan Nasional (MNC) dari 1958 sehingga pembunuhannya.[1]

Patrice Lumumba
Perdana Menteri R.D. Congo Pertama
Dalam jawatan
24 Jun 1960 – 5 September 1960
PresidenJoseph Kasa-Vubu
TimbalanAntoine Gizenga
Didahului olehjawatan ditubuhkan
Digantikan olehJoseph Iléo
Menteri Pertahanan R.D. Congo
Dalam jawatan
24 Jun 1960 – 5 September 1960
Butiran peribadi
LahirÉlias Okit'Asombo
2 Julai 1925
Katakokombe, Congo Belgium
(kini R. D. Congo)
Meninggal dunia17 Januari 1961 (berusia 35)
Berhampiran Élisabethville, Katanga
(kini Lubumbashi, Republik Demokratik Congo)
Sebab kematianDihukum tembak mati
Parti politikPergerakan Kebangsaan Congo

Tidak lama selepas kemerdekaan Kongo pada tahun 1960, satu pemberontakan meletus di tentera, menandakan permulaan krisis Congo. Lumumba memohon pertolongan kepada Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk membantu menumpaskan pemberontak Katanga yang diberi sokongan oleh Belgium. Keengganan kedua-dua pihak memaksa Lumumba berpaling meminta bantuan Kesatuan Soviet saat gentingnya antara kedua-dua kuasa besar ini dalam Perang Dingin.[2]Hal ini membawa kepada perbezaan yang semakin meningkat dengan Presiden Joseph Kasa-Vubu dan ketua pegawai Joseph-Désiré Mobutu yang menjejaskan keadaan politik di negara tersebut yang berlarutan.

Beliau terkorban semasa Krisis Congo setelah dikepung dan dibunuh orang-orang penyokong Mobutu. Kematiannya diingati sebagai suatu kemartiran untuk negara R. D. Congo dan gerakan pan-Afrikanisme secara keseluruhannya.

Awal hidup

Patrice Lumumba lahir pada 2 Julai 1925 di kampung Onalua wilayah Katakokombe provinsi Kasai di Congo.[3][4] Beliau anak dari lima adik beradik (termasuk seorang yang tiri[3]) kepada Julienne Wamato Lomendja dan François Tolenga Otetshima, seorang petani[3][4] dua-dua berketurunan orang Tetela Katolik Rom; nama keluarga asalnya Okit'Asombo bermaksud "pewaris (okitá/okitɔ́)[5] yang disumpah (asombó)".[6] Beliau boleh berbual dalam bahasa-bahasa Tetela, Perancis, Lingala, Swahili, dan Tshiluba.[3]

Kerjaya politik

Beliau menggiatkan diri dalam pergerakan kemerdekaan sebenua Afrika yang semakin terbuka berikutan Perang Dunia Kedua. Beliau dilantik sebagai ketua daerah (cercles) Stanleyville (kini Kisangani) tahun 1955 di bawah pimpinan Parti Liberal Belgium, di sini juga beliau bertanggungjawab mengarang dan mengedarkan terbitan lidah parti. Dia disabitkan kesalahan menyeleweng wang sebanyak $2500 di pejabat pos berikutan suatu jelajah darmawisata di Belgium tahun 1956[7] di mana beliau dihukum penjara selama 12 tahun berdenda.[8]

Setelah Lumumba dibebaskan dari penjara, beliau mengasas bersama parti Mouvement National Congolais (MNC) pada 5 Oktober 1958 menjadi ketua parti tidak lama kemudian[9] Parti MNC diketuainya tidak memihak kepada mana-mana suku bangsa[10] meumpu kepada kemerdekaan, menaikkan gagasan Pengafrikanan pemerintahan serta keberkecualian dalam ehwal luar negara. Lumumba sangat dikagumi kerana peribadi tingginya serta gaya pidato dan pemikiran yang hebat mendapat sokongan ramai[10] sehinggakan bebas mewewenang berbanding orang lain seperjuangan yang sering meminta bantuan Belgium.[11]

Perjuangan mendapatkan kemerdekaan

Pemerintahan

Sebagai Perdana Menteri

Krisis bergolak

Perebutan kuasa dengan Mobutu

Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengundi pada 24 November di mana majoriti suara bersetuju menerima pegawai lantikan Mobutu ke dalam Perhimpunan Agung mengenepikan yang dijanjikan dari pihak Lumumba. Lumumba memutuskan mengikuti timbalannya Antoine Gizenga ke Stanleyville mendapatkan kembali kuasa wewenang direbut:[12] beliau pada tulat harinya berkonvoi bersama keluarganya (isteri dan anak bongsunya) serta orang kuat seperti Rémy Mwamba, Pierre Mulele bertemu orang-orang pedalaman meskipun diancam bahaya dan sepatutnya bertemu askar-askar setia Gizenga di sempadan provinsi Orientale.

Pasukan Mobutu berjaya menangkap rombongan Lumumba pada 1 Disember di sungai Sankuru[13] tepi Lodi.[12] Lumumba berpatah balik mendapatkan isteri dan anaknya yang tertinggal di sebelah batang sungai meskipun ditegah Mwamba dan Mulele, Lumumba diberkas konco-konco[13] dan dibawa singgah Port Francqui sebelum diterbangkan kembali ke Léopoldville keesokan harinya,[12] Mobutu berniat membicarakan dan menghukum Lumumba atas dakwaan memberontak.

Pembunuhan

Lumumba dibawa diikat ke Elisabethville pada 17 Januari 1961,[14] beliau dan beberapa orang sekutunya diseksa di Rumah Brouwez oleh askar-askar Katanga dan Belgium.[15] sambil Presiden Katanga Moïse Tshombe dan kabinet memutuskan apa mahu dilakukan kepada mereka.[16][17][18] Pada malam hari kemdian, Lumumba, Mpolo dan Okito dibawa ke suatu tempat terpencil adanya tiga pasukan penembak maut diketuai pegawai kontrak Belgium Julien Gat[19] serta dihadiri Tshombe dan dua orang menterinya. Ketiga-tiga orang Congo ini segera diikat pada pokok dan dilepaskan tembakan searahan Gat;[19] hukuman ini dilaksanakan sama ada pada jam 21:40-21:43 malam atau pada 22:45 malam.[20] Mayat-mayat mereka dilupuskan keesokan hari atas desakan Menteri Dalam Negeri Katanga Godefroid Munongo secara dikerat-kerat, direndam dalam asid sulfurik dan dihancurkan tulang-belulang bertaburan di kawasan setempat.[21]

Kematian Lumumba diumumkan di siaran radio Katangan radio sebulan kemudian dengan dakwaan kononnya beliau dibunuh orang kampung sebaik meloloskan diri sekitar pekarangan penjara Kolatey.[22] Khabar ini mencetuskan banyak tunjuk perasaan menyokong Lumumba di beberapa negara Eropah termasuk samunan kedutaan Belgium diBeograd, Serbia, suatu perarakan bertempung dengan pihak polis di dataran Trafalgar London[23] serta tunjuk perasaan ganas semasa berlakunya sidang Majlis Keselamatan PBB di New York.[24][25]

Rujukan

Sumber utama