Pemerintahan beraja United Kingdom

Monarki berperlembagaan di United Kingdom dan wilayah-wilayah luar negeri/seberang laut

Monarki United Kingdom, biasanya dirujuk sebagai monarki British, raja British atau raja United Kingdom adalah raja berperlembagaan United Kingdom dan wilayah di luar negara. Gelaran raja adalah "King" ("Raja" bagi lelaki) atau "Queen" ("Ratu" bagi wanita). Monarki dan ketua negara terkini, Raja Charles III, menaiki takhta ketika kemangkatan bondanya, Elizabeth Ii, pada 8 September 2022.

Raja United Kingdom
Jata Diraja
Penjawat kini
Raja Charles III
sejak 8 September 2022 (2022-09-08)
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaWilliam, Putera Wales
PersemayamanSenarai
Laman sesawangroyal.uk

Monarki dan atau kerabat terdekat baginda menjalankan pelbagai tugas rasmi, adat istiadat, diplomatik dan perwakilan. Memandangkan monarki adalah perlembagaan, monarki adalah terhad kepada fungsi berkecuali seperti penganugerahan darjah kebesaran dan perlantikan Perdana Menteri. Monarki, mengikut tradisi, Panglima Agung Angkatan Tentera British. Walaupun kuasa muktamad eksekutif formal ke atas kerajaan di United Kingdom masih oleh dan melalui hak mutlak diraja raja itu, kuasa-kuasa ini hanya boleh digunakan mengikut undang-undang yang digubal di Parlimen dan, dalam amalan, dalam kekangan konvensyen dan duluan.

Monarki British dijejaki asal-usulnya daripada kerajaan kecil awal zaman pertengahan Scotland dan England Anglo-Saxon, yang disatukan ke dalam kerajaan England dan Scotland pada abad ke-10. Pada 1066, raja Anglo-Saxon yang terakhir dinobatkan, Harold II, ditewaskan dan dibunuh semasa penaklukan England oleh Norman dan monarki Inggeris diserahkan kepada pemimpin Norman yang menang, William si Penakluk, dan keturunannya.

Pada abad ke-13, Wales, sebagai wilayah raja, menjadi negara pelanggan Kerajaan Inggeris, manakala Magna Carta memulakan proses mengurangkan kuasa politik Raja Inggeris.

Dari 1603, apabila raja Scotland Raja James VI mewarisi takhta Inggeris sebagai James I, kedua-dua kerajaan Inggeris dan Scotland telah diperintah oleh seorang Pemerintah. Dari 1649 hingga 1660, tradisi pemerintahan beraja telah dipecahkan oleh republik Komanwel England, yang diikuti Perang Tiga Kerajaan. Akta Penyelesaian 1701, yang masih berkuat kuasa, mengecualikan penganut roman Katolik, atau mereka yang mengahwini penganut Katolik, dari pewarisan takhta Inggeris. Pada 1707, kerajaan England dan Scotland telah digabungkan untuk mewujudkan Kerajaan Great Britain, dan pada tahun 1801, Kerajaan Ireland bergabung untuk mewujudkan Kerajaan Bersatu Britain Raya dan Ireland. Monarki British menjadi ketua nominal Empayar British yang luas, yang merangkumi satu perempat daripada permukaan dunia pada tahap yang paling besar pada tahun 1921.

Dalam tahun 1920, lima perenam daripada Ireland menarik diri daripada Kesatuan sebagai Negara Bebas Ireland, dan Pengisytiharan Balfour mengiktiraf evolusi kekuasaan empayar kepada negara-negara berasingan yang ditadbir sendiri dalam Negara-Negara Komanwel. Selepas Perang Dunia Kedua, sebahagian besar tanah jajahan dan wilayah British telah merdeka, menandakan berakhirnya empayar British. George VI dan penggantinya, Elizabeth II, menerima pakai gelaran Ketua Komanwel sebagai lambang persatuan negara-negara anggota yang bebas.

Pada tanggal 8 September 2022, Pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir. Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland Pemerintahan baginda kemudiannya telah digantikan oleh puteranya iaitu Charles III.

United Kingdom dan lima belas monarki Komanwel yang lain berkongsi orang yang sama sebagai raja mereka yang dipanggil negara Komanwel. Istilah Monarki British dan raja British masih sering digunakan merujuk kepada individu dan institusi yang dikongsi itu; walau bagaimanapun, setiap negara adalah berdaulat dan merdeka, dan raja mempunyai gelaran dan panggilan negara yang berbeza, khusus, dan rasmi bagi setiap negara.

Peranan perlembagaan

Dalam Perlembagaan United Kingdom yang tidak terakam, Monarki (atau disebut sebagai Tuanku atau "Baginda") adalah Ketua Negara. Sumpah setia dibuat kepada ratu dan pengganti sah baginda.[1] "God Save the Queen" (atau "God Save the King") adalah lagu kebangsaan British,[2] dan raja muncul pada setem pos, duit syiling dan wang kertas.[3]

Monarki hanya mengambil sedikit bahagian secara langsung dalam Kerajaan. Keputusan untuk menggunakan kedaulatan kuasa itu diwakilkan daripada raja, sama ada dengan undang-undang atau konvensyen, kepada Menteri atau pegawai Mahkota, atau badan awam lain, eksklusif khusus buat raja secara peribadi. Oleh itu, tindakan negara yang dilaksanakan atas nama Mahkota, seperti Pelantikan Mahkota,[4] walaupun secara peribadi dilakukan oleh raja, seperti Ucapan Ratu dan Pembukaan Parlimen, bergantung kepada keputusan yang dibuat di tempat lain:

  • Kuasa perundangan dijalankan oleh Ratu-dalam-Parlimen, oleh dan dengan nasihat dan persetujuan Parlimen, Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat.
  • Kuasa eksekutif dijalankan oleh Kerajaan Baginda Ratu, yang terdiri daripada Menteri, terutamanya Perdana Menteri dan Kabinet, yang secara teknikal sebuah jawatankuasa Majlis Privi. Mereka mempunyai kuasa arahan ke atas Angkatan Tentera Mahkota, Perkhidmatan Awam dan Kakitangan Mahkota lain seperti Diplomatik dan Perkhidmatan Rahsia (Ratu menerima laporan perisikan asing tertentu sebelum Perdana Menteri[5]).
  • Kuasa kehakiman terletak pada Kehakiman, yang melalui perlembagaan dan undang-undang[6] mempunyai kebebasan kehakiman Kerajaan.
  • Gereja England, yang mana Monarki adalah ketua, mempunyai struktur perundangan, kehakiman dan eksekutif sendiri.
  • Kuasa bebas daripada kerajaan yang diberikan secara sah kepada badan-badan awam lain oleh statut atau Surat Berkanun seperti Perintah dalam Majlis, Titah Perkenan, Suruhanjaya Diraja atau sebaliknya.

Peranan Raja sebagai raja berperlembagaan adalah sebahagian besarnya terhad kepada fungsi berkecuali, seperti pemberian darjah kebesaran. Peranan ini telah diiktiraf sejak abad ke-19. Penulis perlembagaan Walter Bagehot mengenal pasti monarki pada tahun 1867 sebagai "bahagian bermaruah" dan bukannya "bahagian cekap" kerajaan.[7]

Perakuan Hak 1689 Inggeris mengekang kuasa kerajaan raja.

Pelantikan Perdana Menteri

Apabila perlu, Raja bertanggungjawab untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baru (yang melalui konvensyen boleh melantik dan menolak Menteri Mahkota setiap lain, dan dengan itu membentuk dan mengawal kerajaan). Mengikut konvensyen perlembagaan tidak bertulis, Raja hendaklah melantik seorang individu yang mendapat sokongan daripada Dewan Rakyat, biasanya pemimpin parti atau pakatan yang mempunyai majoriti di Dewan itu. Perdana Menteri mengambil alih jawatan dengan menghadap Raja secara bertutup, dan selepas "mencium tangan" pelantikan itu serta-merta berkesan tanpa apa-apa formaliti atau surat cara lain.[8]

Dalam kes parlimen tergantung di mana tiada parti atau gabungan memegang majoriti, raja mempunyai kelebihan untuk dalam memilih individu yang mungkin mendapat sokongan paling ramai, walaupun ia biasanya adalah pemimpin parti terbesar.[9][10] Sejak tahun 1945, hanya terdapat dua parlimen tergantung. Yang pertama selepas pilihan raya umum Februari 1974 apabila Harold Wilson telah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Edward Heath meletak jawatan berikutan kegagalannya untuk membentuk kerajaan campuran. Walaupun Parti Buruh Wilson tidak mempunyai majoriti, mereka adalah parti terbesar. Kedua pula berikutan pilihan raya umum Mei 2010, di mana Konservatif (parti terbesar) dan Demokrat Liberal (parti ketiga terbesar) bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran pertama sejak Perang Dunia II.

Pembubaran Parlimen

Pada tahun 1950 Setiausaha Sulit Raja menulis dengan memakai nama samaran kepada akhbar The Times menekankan konvensyen perlembagaan: mengikut Prinsip Lascelles, jika kerajaan minoriti meminta untuk membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya awal untuk mengukuhkan kedudukannya, raja boleh menolak, dan akan berbuat demikian di bawah tiga syarat. Apabila Perdana Menteri Wilson memohon pembubaran lewat pada tahun 1974, Ratu memperkenankan permintaannya kerana Heath telah gagal membentuk kerajaan campuran. pilihan raya umum yang terhasil memberikan Wilson majoriti kecil.[11] Raja sendirian boleh seara teori memecat seorang Perdana Menteri, tetapi kebanyakan tempoh Perdana Menteri kini berakhir hanya dengan kekalahan pilihan raya, kematian, atau peletakan jawatan. Monarki yang terakhir membuang seorang Perdana Menteri adalah William IV, yang memecat Lord Melbourne pada 1834.[12] Akta Jangka Tetap Parlimen 2011 membuang kuasa raja untuk membubarkan Parlimen; walau bagaimanapun akta secara khusus mempertahankan kuasa raja untuk memprorog (perbuatan menghentikan sesuatu penggal Parlimen bagi memidahkan penggal tersebut dengan penggal yang berikutnya), yang merupakan ciri biasa kalendar Parlimen.

Lambang

Jata diraja United Kingdom merupakan "Mengikut suku, I and IV Tinktur Merah tiga ekor singa sambil lalu mengawal pucat Atau [untuk England]; II Atau seekor singa memberang dalam batas sempit berganda dihiasi fleurs-de-lis Tinktur Merah [untuk Scotland]; III Lazuardi hap Atau Perak bertali [untuk Ireland]".[nota 1] Penyokongnya ialah Singa dan Unikorn; cogan katanya "Dieu et mon droit" (Perancis: "Tuhan dan Hakku"). Mengelilingi perisai ialah perlambangan Garter membawa cogan kata darjah kesateriaan dengan nama yang sama "Honi soit qui mal y pense". (Perancis Kuno: "Malulah kepadanya yang berfikir jahat akannya"). Di Scotland, raja menggunakan bentuk lain lambang berkenaan iaitu suku I dan IV melambangkan Scotland, II England, dan III Ireland. Cogan katanya "In Defens" (singkatan bahasa Scots "In My Defens God Me Defend") dan cogan kata Order of the Thistle; "Nemo me impune lacessit". (Latin: "Tiada siapa memurkaiku bebas daripada hukuman"); penyokongnya ialah unikorn dan singa, yang menyokongi kedua-dua perisai berjata dan tombak, dari sana terkibarnya bendera-bendera Scotland dam England.

Jata Raja Charles III di United Kingdom. Reka bentuk ini telah digunakan sejak Ratu Victoria menaiki takhta pada tahun 1837, menampilkan lambang England di suku pertama dan keempat, Scotland di suku kedua, dan Ireland di suku ketiga. Di Scotland, versi berasingan jata ini digunakan (ditunjuk di kanan) yang dengannya Lambang Scotland diberi keutamaan.

Panji-panji rasmi baginda raja pemerintah di United Kingdom ialah Panji-panji Diraja, yang menggambarkan Lambang Diraja dalam bentuk panji-panji. Panji-panji ini hanya dikibarkan pada bangunan, kapal dan kenderaan apabila baginda Raja mencemar duli pada ketika itu.[13] Panji-panji Diraja tidak boleh dikibarkan separuh tiang kerana raja pemerintah sentiasa ada bersemayam di takhta singgahsana kerajaan: apabila baginda raja mangkat, pengganti baginda akan menjadi raja pemerintah dengan serta-merta.[14]

Apabila raja pemerintah tidak bersemeyam di tempat persemayaman, Bendera Kesatuan dikibarkan di Istana Buckingham, Istana kota Windsor dan Rumah Sandringham, manakala di Scotland Panji-panji Diraja Scotland dikibarkan di Istana Holyrood dan Istana kota Balmoral.[13]

Lihat juga

Nota kaki

Catatan

Rujukan

  • Ashley, Mike (1998). The Mammoth Book of British Kings and Queens. London: Robinson. ISBN 1-84119-096-9.
  • Bagehot, Walter; edited by Paul Smith (2001). The English Constitution. Cambridge University Press.
  • Brazier, Rodney (1997). Ministers of the Crown. Oxford University Press.
  • Brock, Michael (September 2004; online edition, January 2008). "William IV (1765–1837)". Oxford Dictionary of National Biography. Oxford University Press. Retrieved 22 April 2008 (subscription required).
  • Castor, Helen (2010). She-Wolves: the Women who Ruled England Before Elizabeth. Faber and Faber.
  • Cannon, John; Griffiths, Ralph (1988). The Oxford Illustrated History of the British Monarchy. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-822786-8
  • Crabbe, V.C.R.A.C. (1994). Understanding Statutes. Cavendish Publishing.
  • Flanagan, M. T. (2004). "Mac Murchada, Diarmait (c.1110–1171)" and Clare, Richard fitz Gilbert de, second earl of Pembroke (c.1130–1176)". Oxford Dictionary of National Biography. Oxford University Press. Retrieved 14 October 2008 (subscription required).
  • Fraser, Antonia (Editor) (1975). The Lives of the Kings & Queens of England. London: Weidenfeld & Nicolson. ISBN 0-297-76911-1.
  • Ives, E. W. (September 2004; online edition, January 2008). "Henry VIII (1491–1547)". Oxford Dictionary of National Biography. Oxford University Press. Retrieved 20 April 2008 (subscription required).
  • Matthew, H. C. G. (2004). "Edward VIII (later Prince Edward, duke of Windsor) (1894–1972)" and "George VI (1895–1952)". Oxford Dictionary of National Biography. Oxford University Press. Retrieved 14 October 2008 (subscription required).
  • Sayers, Jane E. (2004). "Adrian IV (d. 1159)". Oxford Dictionary of National Biography. Oxford University Press. Retrieved 20 April 2008 (subscription required).
  • Tomkins, Adam (2003). Public Law. N.Y.: Oxford University Press (Clarendon Law ser.).
  • Waldron, Jeremy (1990). The Law. Routledge.
  • Weir, Alison (1996). Britain's Royal Families: The Complete Genealogy. (Revised edition). London: Pimlico. ISBN 0-7126-7448-9.

Pautan luar