Penguin

Keluarga burung terbang tanpa air

Penguin (Jawi: ڤيڠݢوءين) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan banyak hidup di kawasan beriklim sejuk dalam Hemisfera Selatan; ia tergolong dalam keluarga Spheniscidae dan order Sphenisciformes.[1]

Penguin
Julat zaman: 62–0 Ma Paleosen-Kini
Penguin Gentoo, Pygoscelis papua
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Neognathae
Order:
Sphenisciformes

Sharpe, 1891
Keluarga:
Spheniscidae

Bonaparte, 1831
Genus moden

Aptenodytes
Eudyptes
Eudyptula
Megadyptes
Pygoscelis
Spheniscus
untuk genus prasejarah, lihat Sistematik

Taksonomi

Nama keluarga Spheniscidae diberikan Charles Lucien Bonaparte daripada genus Spheniscus,[2] nama genus tersebut datang daripada perkataan bahasa Yunani σφήν sphēn "baji" yang digunakan untuk bentuk sayap spesies penguin Afrika.[3]

Spesies

Bilangan spesies burung penguin masih didebatkan. Bergantung pada pihak mana yang diikuti, kepelbagaian burung penguin berbeza-beza antara 17 dan 20 spesies, semuanya dalam subfamili Spheniscinae. Sesetengah sumber menganggap spesies white-flippered penguin (penguin berkaki sirip putih) sebagai spesies Eudyptula berasingan, sementara yang lain memperlakukan ia sebagai subspesies Little Penguin;[4][5] keadaan yang sebenar kelihatan lebih sukar.[6] Begitu juga, masih kurang jelas sama ada burung penguin diraja hanya morf warna burung penguin makaroni. Yang juga layak untuk menjadi spesies berasingan ialah populasi utara rockhopper penguin.

Gambar contohGenusSpesies masih wujud
Aptenodytes Miller,JF, 1778 – penguin besar
Pygoscelis Wagler, 1832 – penguin ekor gebu
  • Penguin Adélie, Pygoscelis adeliae
  • penguin Chinstrap, Pygoscelis antarctica
  • Penguin gentoo, Pygoscelis papua
Eudyptula Bonaparte, 1856 – penguin kecil
  • Penguin kecil, Eudyptula minor
  • Penguin kecil Australia, Eudyptula novaehollandiae
  • Penguin kepak putih, Eudyptula albosignata (provisional)
Spheniscus Brisson 1760 – penguin berjalur
  • Penguin Magellan, Spheniscus magellanicus
  • Penguin Humboldt, Spheniscus humboldti
  • Penguin Galápagos, Spheniscus mendiculus
  • Penguin Afrika, Spheniscus demersus
Megadyptes Milne-Edwards, 1880
  • Penguin mata kuning, Megadyptes antipodes
  • †Penguin Waitaha, Megadyptes waitaha (pupus)
Eudyptes Vieillot, 1816 – penguin berjambul
  • Penguin Fiordland, Eudyptes pachyrhynchus
  • Penguin Snares, Eudyptes robustus
  • Penguin jambul tinggi, Eudyptes sclateri
  • Penguin batu selatan, Eudyptes chrysocome
  • Penguin batu timur, Eudyptes filholi
  • Penguin batu utara, Eudyptes moseleyi
  • Penguin diraja, Eudyptes schlegeli (diselisih)
  • Penguin royal, Eudyptes chrysolophus
  • †Penguin Chatham, Eudyptes chathamensis (pupus)

Anatomi

Aptenodytes forsteri atau "penguin maharaja" (emperor penguin) merupakan penguin paling besar yang ada[7] dengan saiz purata dewasa setinggi 1.1 m (3 ka 7 in) dan seberat 35 kg (77 lb); Eudyptula minor atau "penguin kecil" (little blue penguin) pula spesies terkecil dengan badan setinggi sekitar 33 cm (13 in) dan berat sekitar 1 kg (2.2 lb).[8]

Kesemua burung-burung penguin berkongsi ciri sama di mana bahagian sayap dan belakang berwarna hitam dan bahagian belakang berwarna putih. Hal ini demikian untuk tujuan penyamaran:[9] pemangsa-pemangsa dasar laut tidak mampu mengenalpasti dengan mudah badan-badan burung yang berenang dari permukaan air yang terang disinari matahari sementara burung penguin tidak mudah dikenalpasti dalam kegelapan laut jika dilihat jauh dari tempat tinggi.

Penguin mempunyai deria pendengaran yang sederhana dalam kalangan spesies burung[10] yang digunakan untuk saling menyahut antara yang dewasa dengan yang anak di kelompok sarang yang padat dihuni beribu-ribu ekor burung.[11]

Pergerakan

Penguin cuba berenang ke aisberg

Tubuh badan penguin sangat disesuaikan untuk ia hidup bergantung kepada lautan dan segala sumbernya.[12] Sayapnya merupakan pendayung dan tidak boleh terbang. Di daratan, penguin menggunakan ekor dan sayapnya untuk menjaga keseimbangan ketika berjalan.Penguin kadangkala berjalan dengan kaki pendeknya atau meluncur di permukaan salji dengan perutnya untuk menjimatkan tenaga.

Tabiat

Pemakanan

Umumnya penguin memakan kril, pelbagai jenis ikan,[12] dan sotong ketika memburu di laut dengan paruhnya.

Burung ini boleh minum air laut kerana adanya kelenjar supraorbital yang mampu menapis garam laut keluar daripada aliran darah, lalu garam ini dikeluarkan dalam bentuk cecair yang dikumuh sewaktu pernafasan.

Pembiakan

Kawanan penguin di pesisiran cagar alam Île de la Possession, Kepulauan Crozet.

Hampir semua spesies penguin (kecuali yang spesies mata kuning dan Fiordland) bersarang dalam kawanan besar, bilangan burung yang berkawan ini berbeza-beza dari spesies ke spesies: penguin gentoo berkawan sebanyak 100 ekor, penguin-penguin besar berkawan sebanyak ratusan ribu ekor.[13]

Penguin berpasangan kekal selama semusim. Banyak penguin bertelur sebanyak 2 biji sepasangan, ada yang hanya bertelur sebiji sahaja dalam kalangan jenis penguin besar.[14] Kedua-dua jantan dan betina mengeram bersama telur-telur ini sepanjang musim.[15] Seekor pasangan ini memburu makanan sambil seekor mengeram telur dalam tempoh yang bersilih ganti selama berhari-hari hingga berminggu-minggu.

Rujukan

Sumber utama

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno