Peranti masukan
persisian untuk memberikan data dan isyarat kepada sesuatu sistem pemprosesan maklumat
Dalam pengkomputan, peranti masukan atau peranti input ialah suatu perkakasan yang digunakan untuk memberikan data dan isyarat kawalan kepada sesebuah sistem pemprosesan maklumat seperti komputer atau peralatan maklumat. Contoh-contoh peranti masukan termasuklah papan kekunci, tetikus, pengimbas, kamera, kayu ria, dan mikrofon.
Peranti masukan boleh dikategorikan berdasarkan:
- Modaliti masukan (mis. gerakan mekanikal, audio, visual, dll.)
- Sama ada masukan itu adalah diskrit (mis. menekan kekunci) atau berterusan (mis. kedudukan tetikus, walaupun didigitan menjadi kuantiti diskrit, cukup pantas untuk dianggap berterusan)
- Bilangan darjah kebebasan yang terlibat (mis. tetikus tradisional dwi-dimensi, atau navigator tri-dimensi yang direka untuk aplikasi CAD)
Senarai di bawah meringkaskan jenis-jenis peranti masukan yang telah disebut dan juga peranti lain yang berkaitan:
- Papan kekunci
- Peranti penuding
- Peranti permainan
- Kayu ria
- Pad ria
- Pengkawal permainan lain
- Peranti masukan imej, video
- Peranti masukan audio
- Skrin sentuh
Lihat juga
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno