Permainan mudah alih

permainan video peranti mudah alih

Permainan mudah alih (juga disingkatkan kepada permua, bahasa Inggeris: mobile game) adalah permainan video yang biasanya dimainkan dalam mana-mana peranti mudah alih termasuk telefon bimbit[1] (termasuk yang jenis pintar), tablet, PDA hingga konsol dan pemain media atau kalkulator grafik sama ada dilengkapi capaian rangkaian tertentu ataupun sebaliknya.[1] Permainan jenis ini biasanya dimuat turun dari gedung aplikasi atau portal jualan operator mudah alih, tetapi adakala juga dimuatkan pengeluar kelengkapan asal sama ada melalui sambungan inframerah, Bluetoothatau masukan kad ingatan, mahupun terpasang melalui hubungan kepada suatu wayar kabel.

Permainan mudah alih yang paling awal diketahui dihasilkan telefon bimbit adalah Tetris yang dipasangkan pada model Hagenuk MT-2000 keluaran Denmark tahun 1994.[2][3][4]

Gambaran

Permainan video mudah alih cenderung direka memudahkan pemainan serta dihadkan saiz kecil fail dipengaruhi kemampuan ingatan yang ada pada peranti mudah alih berbanding dalam komputer peribadi mahupun konsol permainan. Atur-atur cara ini boleh dimainkan dalam aplikasi dijalankan pelbagai jenis sistem kendalian alat pelantar.

Pembiayaan

Permainan mudah alih sering dibiayai atau diuntungkan melalui seberapa model dibangunkan:[5]

  • Freemium: mencuba secara percuma (free to try) sehingga suatu tahap yang memerlukan pembayaran sekali membuka capaian keseluruhan bahagian lain permainan.
  • free-to-play: tanpa sebarang pembayaran diperlukan dari mula ke akhir, tetapi peluang giliran dan menggunakan kemudahan tambahan dihadkan melainkan bayaran diberikan biasanya selepas biasa dengan tatamainnya.[6]
  • beriklan: iklan disertakan secara selingan sebelum pemain mara ke tahap baharu melainkan jika ada versi permainan yang boleh dibayar untuk mematikan pengiklanan ini
  • berlangganan: pembayaran secara berkala bulan membuka akses kepada keistimewaan yang diselitkan dalam permainan.

Rujukan