Piala Emirates

Piala Emirates ialah pertandingan bola sepak undangan pramusim yang dihoskan oleh kelab bola sepak Inggeris Arsenal di Stadium Emirates, London. Pertandingan dua hari tersebut telah dirasmikan pada tahun 2007 dan dinamakan sempena penaja utama Arsenal, Emirates.[1] Pertandingan itu diadakan pada setiap musim panas kecuali pada tahun 2012 (disebabkan oleh Sukan Olimpik) dan 2016 (kerana kerja pengubahsuaian padang).

Piala Emirates
A coloured photograph of the Arsenal squad standing on a podium, celebrating their fourth win.
Arsenal menyambut kemenangan mereka setelah memenangi Piala Emirates 2015.
Ditubuhkan2007
Jumlah pasukan4
Juara semasaArsenal (gelaran ke-5)
Kelab paling berjayaArsenal (gelaran ke-5)
Laman sesawangLaman rasmi
Edisi 2017

Pertandingan tersebut mengikuti sistem pemarkahan mata seperti Kejohanan Amsterdam, di mana setiap pasukan bermain untuk dua perlawanan, dengan tiga mata jika menang dalam perlawanan, satu mata untuk seri dan tiada mata jika tewas.[2] Mata tambahan diberikan untuk setiap gol yang dijaringkan; ia dimansuhkan pada tahun 2011,[3] tetapi diwujudkan semula sejak edisi 2013.[4] Dari tahun 2009, jumlah jaringan pada sasaran di sepanjang pertandingan telah digunakan sebagai pematah seri jika pasukan-pasukan memperoleh keputusan seri dari segi mata, perbezaan gol dan gol yang dijaringkan.[5]

Arsenal memenangi edisi pertama pertandingan pada 2007, dan kemudiannya menang pada tahun 2009, 2010, 2015 dan terbaru 2017. Empat lagi pasukan yang pernah memenangi Piala Emirates ialah Hamburg pada 2008, New York Red Bulls pada 2011, Galatasaray pada 2013 dan Valencia pada 2014. Paris Saint-Germain merupakan pasukan tetamu paling kerap, telah diundang untuk bertanding dalam pertandingan untuk tiga edisi di mana pasukan ini pernah mendapat kedudukan kedua sebanyak dua kali.

Kejohanan

EdisiTahunPemenangCatatan
JuaraNaib juaraTempat ke-3Tempat ke-4
12007ArsenalParis Saint-GermainValenciaInter Milan[6]
22008HamburgReal MadridArsenalJuventus[7]
32009ArsenalRangersAtlético MadridParis Saint-Germain[8]
42010ArsenalLyonCelticMilan[9]
52011New York Red BullsParis Saint-GermainArsenalBoca Juniors[10]
62013GalatasarayPortoArsenalNapoli[11]
72014ValenciaArsenalMonacoBenfica[12]
82015ArsenalVillarrealWolfsburgLyon[13]
92017ArsenalSevillaRB LeipzigBenfica

Prestasi mengikut pasukan

PasukanPemenangJumlah
JuaraNaib juaraTempat ke-3Tempat ke-4
Arsenal513&
9
Valencia1&
1&
2
Hamburg1&
&
&
1
New York Red Bulls1&
&
&
1
Galatasaray1&
&
&
1
Paris Saint-Germain&
2&
13
Lyon&
1&
12
Real Madrid&
1&
&
1
Rangers&
1&
&
1
Porto&
1&
&
1
Villarreal&
1&
&
1
Sevilla&
1&
&
1
Atlético Madrid&
&
1&
1
Celtic&
&
1&
1
Monaco&
&
1&
1
Wolfsburg&
&
1&
1
RB Leipzig&
&
1&
1
Benfica&
&
&
22
Inter Milan&
&
&
11
Juventus&
&
&
11
Milan&
&
&
11
Boca Juniors&
&
&
11
Napoli&
&
&
11

Rujukan

Pautan luar