Piroksen

Piroksen (lazimnya Px) merupakan sekumpulan mineral inosilikat yang dijumpai dalam pelbagai batuan igneus dan metamorf. Piroksen memiliki formula am XY(Si,Al)
2
O
6
, dengan X mewakili kalsium (Ca), natrium (Na), besi (Fe II) atau magnesium (Mg) dan secara kurang lazim, zink, mangan atau litium, dan Y mewakili ion-ion lebih kecil seperti kromium (Cr), aluminium (Al), besi (Fe II atau III), magnesium (Mg), kobalt (Co), mangan (Mn), skandium (Sc), titanium (Ti), vanadium (V).

Hablur piroksen (diopsid) dari Afghanistan.

Sungguhpun terdapat penggantian aluminium bersama silikon di silikat seperti feldspar dan amfibol, penggantian tersebut hanya berlaku dalam sebilangan kecil piroksen. Mineral piroksen memiliki strutkur serupa, iaitu rantaian tunggal tetrahedron silika. Pirokesen yang menghablur dalam sistem monoklin juga dikenali sebagai klinopiroksen dan piroksen yang menghablur dalam bentuk ortorombus dikenali sebagai 'ortopiroksen.

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno