Silikon dioksida

sebatian kimia
(Dilencongkan dari Silika)

Silikon dioksida, juga dikenali sebagai silika (daripada Latin, silex), ialah sejenis sebatian kimia yang merupakan salah satu oksida bagi silikon dengan formula SiO2. Ia telah dikenali dengan kekerasannya sejak zaman purba lagi. Dalam alam semula jadi, silika paling banyak ditemui dalam bentuk pasir dan kuartza, dan boleh juga dijumpai di dalam dinding sel diatom.[5][6]

Silikon dioksida
Nama
Nama IUPAC
Silikon dioksida
Silicon dioxide
Nama lain
Kuarza
Silika
Pengecam
ChEBI
ChemSpider
ECHA InfoCard100.028.678
Nombor EC
  • 231-545-4
Nombor EE551 (pengawal keasidan pH & agen antikerakan)
200274
KEGG
MeSHSilicon+dioxide
Nombor RTECS
  • VV7565000
UNII
  • InChI=1S/O2Si/c1-3-2 ☑Y
    Key: VYPSYNLAJGMNEJ-UHFFFAOYSA-N ☑Y
Sifat
SiO2
Jisim molar60.08 g/mol
Rupa bentukPepejal lutsinar (amorf)
Putih atau kuning keputihan (serbuk)
Ketumpatan2.648 (kuarza-α), 2.196 (amorf) g·cm−3[1]
Takat lebur 1,713 °C (3,115 °F; 1,986 K) (amorf)[1](p4.88) to
Takat didih 2,950 °C (5,340 °F; 3,220 K)[1]
−29.6·10−6 cm3/mol
Kekonduksian haba12 (|| paksi-c), 6.8 (⊥ paksi-c), 1.4 (am.) W/(m⋅K)[1](p12.213)
1.544 (o), 1.553 (e)[1](p4.143)
Bahaya
NFPA 704 (berlian api)
NIOSH (Had pendedahan kesihatan AS):
PEL (Dibenarkan)
TWA 20 mppcf (80 mg/m3/%SiO2) (amorf)[2]
REL (Disyorkan)
TWA 6 mg/m3 (amorf)[2]
Ca TWA 0.05 mg/m3[3]
IDLH (Bahaya serta-merta)
3000 mg/m3 (amorf)[2]
Ca [25 mg/m3 (kristobalit, tridimit); 50 mg/m3 (quartz)][3]
Sebatian berkaitan
Diona berkaitan
Karbon dioksida

Germanium dioksida
Timah dioksida
Plumbum dioksida

Sebatian berkaitan
Silikon monoksida

Silikon sulfida

Termokimia
Entropi molar
piawai
So298
42 J·mol−1·K−1[4]
Entalpi pembentukan
piawai fH298)
−911 kJ·mol−1[4]
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Silika dihasilkan dalam beberapa bentuk termasuk kuartza terlakur, kristal, silika terwasap (atau silika pirogenik), silika koloid, gel silika dan aerogel.

Menyedut silika kristal yang halus adalah toksik dan boleh mengakibatkan keradangan teruk pada tisu paru-paru, silikosis, bronkitis, kanser paru-paru, dan penyakit autoimun sistemik, seperti lupus dan rheumatoid arthritis. Penyerapan silikon dioksida amorf, dalam dos yang tinggi, membawa kepada keradangan jangka pendek yang tidak kekal, di mana semua kesan sampingannya dapat sembuh.[7]

Aplikasi

Kegunaan utama silika ialah di dalam penghasilan kaca untuk tingkap, cawan minum, botol minuman dan pelbagai kegunaan lain. Kebanyakan gentian optik yang digunakan untuk telekomunikasi juga dibuat daripada silika. Ia merupakan bahan utama dalam penghasilan pelbagai barangan seramik putih seperti barangan tembikar, porselin dan juga simen Portland yang digunakan dalam industri.

Silika ialah bahan tambahan biasa yang digunakan dalam penghasilan makanan, di mana ia digunakan terutama sekali sebagai agen pengalir dalam makanan serbuk, atau untuk menyerap air dalam kegunaan higroskopi. Ia adalah bahan utama dalam tanah diatom yang mempunyai banyak kegunaan, daripada penapisan hingga ke kawalan serangga perosak.

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno