Plankton

Plankton ditakrifkan sebagai sebarang jenis organisma hanyut yang hidup dalam zon pelagik (bahagian atas) lautan, laut, dan takungan air tawar yang tidak ada kekuatan untuk menggerakkan diri melawan arus, air pasang atau angin yang menghanyutkannya.[1][2] Saiznya menjulat dari sekecil virus sampai ke sebesar ubur-ubur.[3]

Fotomontaj organisma plankton
Fotomontaj organisma plankton
Taburan plankton di seluruh dunia

Ia secara meluas dianggap sebagai salah satu organisma terpenting di dunia kerana ia menjadi sumber makanan utama dalam rantai makanan kebanyakan hidupan laut.[4] Plankton terdiri daripada sisa-sisa haiwan dan tumbuhan laut. Plankton hidup di pesisiran pantai yang membolehkannya mendapat bekalan garam mineral dan cahaya matahari yang penting dan mencukupi. Memandangkan plankton menjadi makanan ikan, maka tidak hairanlah ikan banyak terdapat di kawasan pesisiran pantai di mana penangkapan ikan aktif dijalankan.

Selain sisa-sisa haiwan, plankton juga terhasil daripada tumbuhan. Jika dilihat menerusi mikroskop, unsur tumbuhan alga dapat dilihat pada plankton. Antara hidupan laut yang memakan plankton adalah seperti batu karang, kepah, dan ikan paus.

Rujukan