Pyotr Ilyich Tchaikovsky

komposer Rusia abad ke-19

Pyotr Ilyich Tchaikovsky (disebut [pʲɵtr ɨˈlʲjitɕ tɕɪjˈkofskʲɪj terdekat pi.yo.tr il.yic cai.kof.ski]; Bahasa Rusia: Пётр Ильи́ч Чайко́вский, tr. Pëtr Il'ich Chaikovskiy[a 1], 7 Mei 1840 – 6 November 1893[a 2]) merupakan seorang komposer Rusia pada era Romantis. Karyanya merangkumi pelbagai jenis termasuklah simfoni, opera, balet, instrumental, muzik kamar dan lagu. Beliau menulis beberapa konsert dan muzik teater paling popular dalam repertoir klasik termasuk pementasan balet Lebedinoye ozero, Spyashaya krasavitsa dan Shchelkunchik, Balet-feyeriya, Overtur 1812, First Piano Concertonya, Violin Concertonya, simfoni bernombor tiga akhirnya, dan opera Eugene Onegin.

A middle-aged man with grey hair and a beard, wearing a dark suit and staring intently at the viewer.
Pyotr Ilyich Tchaikovsky oleh Nikolay Kuznetsov, 1893

Riwayat hidup

Awal hidup

Pyotr Ilyich Tchaikovsky lahir di Votkinsk, kini Udmurtia, bekas provinsi Vyatka di Rusia. Ayahnya, Ilya Petrovich Tchaikovsky, adalah seorang ahli mesin keturunan Ukrania melalui datuknya Petro Fedorovich Chaika dari Nikolaevka (dekat Poltava) - yang menjabat sebagai seorang leftenan kolonel di Jabatan Perlombongan dan pengurus perusahaan besi Kamsko-Votkinsk. Ibunya, Alexandra Andreyevna née d'Assier berketurunan Perancis dan merupakan isteri ketiga Ilya. Tchaikovsky memiliki empat adik-beradik lelaki (Nikolai, Ippolit serta kembar Anatoly dan Modest) serta seorang saudara perempuan, Alexandra - beliau sangat bersahabat erat dengan Alexandra serta kembarAnatoly dan Modest. Beliau juga ada saudara tiri perempuan, Zinaida hasil pernikahan pertama ayahnya.

Pada 1843, kerana perkembangan keluarganya, orang tua Tchaikovsky memperkerjakan seorang pengasuh dari Perancis, Fanny Dürbach yang berumur 22 tahun yang dideskripsikan oleh Modest atas "kemampuan Bahasa Prancis dan Jerman yang baik, serta moral yang menolak Protestan". Sementara Dürbach mengawasi abang-abang Tchaikovsky, Nikolai dan sepupu perempuan Tchaikovsky, Pyotr memiliki rasa ingin tahu yang besar terhadap wanita muda ini. Anthony Holden, penulis biografi mengatakan, "Rasa keinginannya tertuju kepada Fanny Dürbach dan membawanya kepada kelas pelajarannya". Rasa sayang dan afeksi Dürbach dilihat berat sebelah kerana ibu Tchaikovksy yang dilihat oleh Holden berperwatakan dingin, tidak menyenangkan, malah kurang menunjukkan rasa sayang yang erat kepada anak-anaknya; namun, Alexander Poznansky menulis bahwa ibunya menyusui Tchaikovksy.

Tchaikovsky belajar bermain piano ketika berumur 5 tahun. Ia adalah siswa yang cepat dalam belajar musik, ia mampu membaca musik semahir gurunya hanya dalam kurun waktu tiga tahun. Orangtuanya sangat mendukung perkembangan talenta musiknya dengan memberikan seorang tutor, membelikan sebuah orkestrion dan memberinya semangat belajar piano. Namun, semangat orang tuanya dalam talenta Tchaikovsky perlahan menurun dan pada 1850, kedua orang tuanya memutuskan untuk mengirim Tchaikovsky ke Sekolah Imperial Perundangan di Saint Petersburg. Sekolah ini berfokus untuk menjadikan para siswanya berkarier sebagai pembantu sipil. Karena umur minimal untuk diterima adalah 12 tahun, Tchaikovsky diwajibkan untuk memasuki sekolah persiapan selama dua tahun, 800 mile jauhnya dari rumahnya. Ia kemudian melanjutkan tujuh tahun sekolahnya di Sekolah Imperial Perundangan.

Ibunya meninggal dunia akibat kolera pada 25 Jun 1854. Kejadian ini sangat mengejutkan Tchaikovsky yang tidak sahaja "penting" malah begitu "menghancurkan", sepertimana yang ditulis sejarawan David Brown Ratapannya atas kehilangan ibunya bahkan telah menjadi "Sebuah pengaruh besar dalam yang mengubah perjalanan hidupnya."

Kerjaya muzik

Kemasyhuran awal

Perantauan

Sekembalinya ke Rusia

Senja hidup

Karya penggubahan

Rujukan

Nota ulasan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno