Rindu Kasih 2

Musim kedua Rindu Kasih, juga dikenali sebagai Rindu Kasih 2 memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula pada 13 Februari 2024 hingga 18 Mac 2024.

Rindu Kasih 2
Musim 2
Dibintangi
oleh
Negara asalMalaysia
Bil. episod20
Keluaran
RangkaianTV3
Tarikh siaran13 Februari –
18 Mac 2024
Kronologi
← Sebelumnya
Musim 1

Sinopsis

Mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir dan ibu mertuanya Halijah. Kini, apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya, Fayyad.

Amir tetap tidak berputus asa untuk menjejaki Salina dan Fayyad seperti bekas suami yang gila talak. Amir mahukan Salina kembali ke sisinya dan juga ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina merahsiakan keberadaannya kecuali Hisyam saja yang tahu. Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara.

Selepas beberapa tahun, Halijah telah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah. Malah, Salina juga difitnah menjalani hubungan dengan Hisyam apabila hubungan Hisyam dan Murni mula bermasalah.

Fayyad yang kini sudah berusia 7 tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina. Namun, Fayyad yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Salina mengecapi kebahagiaan bersama anaknya selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya?

Pelakon

Penerbitan dan siaran

Drama Rindu Kasih 2 merupakan drama terbitan syarikat Malaysia, P&D Pictures Sdn Bhd.

Drama Rindu Kasih 2 ditayangkan di TV3 melalui Slot Samarinda dari hari Isnin sehingga Khamis pada pukul 10.00 malam waktu tempatan. Drama ini juga boleh distrim melalui platform iQIYI satu jam selepas siaran televisyen

Runut bunyi

  • "Sia" – Shazreen Shaharum
  • "Lelah" – Aqeesh Aleeya
  • "Delusi" – Meeyojoe
  • "Bimbang" – Marsha Milan
  • "Hanyut" – Black Hanifah
  • "Retak Hati" – Aqeesh Aleeya
  • "Yang Satu" – Akim & The Majistret
  • "Menangislah Hati" – Daqmie & Shazia Rozaimi