Nafiz Muaz

Pelakon lelaki Malaysia

Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir (lahir 22 Disember 1998) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau ialah finalis bagi Drama Festival Kuala Lumpur 2016.[1]

Nafiz Muaz
Kelahiran
Muhd Nafiz Muaz bin Mat Nasir

(1998-12-22) 22 Disember 1998 (umur 25)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2016–kini
PasanganDiyana Omar (k. 2021)

Kerjaya

Nafiz menyertai pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur 2016 selepas diminta oleh ibunya untuk menghadiri ujibakat. Beliau berjaya menjadi salah seorang finalis pertandingan tersebut yang juga disertai oleh Syazuwan Hassan, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shuhanty Hanafiah dan Indah Emeerlda.[2] Sejak itu, beliau telah berlakon dalam beberapa drama televisyen.

Nafiz melakonkan watak sebagai Hakim dalam Budak Boys. Ia mengisahkan seorang budak lelaki yang pemalu dan sering dibuli oleh rakan-rakannya di sekolah. Kehidupannya berubah selepas dia menjadi seorang tentera. Drama ini ditayangkan di saluran TV3.

Peranan terkenal beliau hadir menerusi watak sebagai Reza dalam drama Cinta Tiada Ganti lakonan Addy Ashraf, Nelydia Senrose, Ben Amir dan Atikah Suhaime. Diadaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[3] Drama ini menjadi drama pertama lakonan Nafiz di saluran Astro.

Beliau turut berlakon bersama Fasha Sandha dalam drama Semua Salahku, memegang watak sebagai Harris yang ditayangkan di saluran TV3. Nafiz meraih kejayaan utamanya menerusi drama adaptasi novel karya Rehal Nuharis, Cinta Belum Tamat Tempoh lakonan bersama Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem dan Dayang Areeda. Ia merupakan drama pertamanya sebagai pelakon utama.[4]

Kehidupan peribadi

Di luar kerjayanya sebagai pelakon, Nafiz juga giat membantu keluarganya berniaga roti dengan mengendalikan perniagaan dikenali sebagai Perusahaan Roti SM yang diusahakan oleh datuknya.[5]

Beliau berkahwin dengan Diyana Omar pada 2 Januari 2021.[perlu rujukan]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2022The Disappearance of Irdina AdhwaFilem pertama
SeratusPenampilan khas
2023WalidRinggo
2024Pemburu Saka

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2016AmsyarHisyamTV9Drama pertama
Sweetie NanieRadhiTV3
2017Jejak KarmilaSyed Zaidi (remaja)
2018Budak BoysHakim
Cinta Koko CoklatNaimNTV7
Teratai KembojaHamdanTV3
Cinta Tiada GantiRezaAstro PrimaAdaptasi drama Filipina
Melodi Cinta SaraHakimTV Okey
2019Encik Iman EkspresIzzat HairiAstro Ria
Semua SalahkuHarrisTV3
Hilang Yang KembaliDanial
Cinta Belum Tamat TempohRadinAstro Ria
Pengantin Lelaki Untuk Cik GadisKris Al-Hadi
2021Covid Oh CovidZafrinTV3
Hello, Jangan Tapau CintakuAsh Fayyad
2022Kau Cipta KasihIdris
Sorry Naik LoriJohnIQIYI
Sembang Jarak JauhFahmiTV1
Rindu KasihHishamTV3
2023Diva SerojaCikgu Azlan
Tentang Hati DiaKhalid
2024Rindu Kasih 2Hisham
Dia Dari SyurgaKamilTV1

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2016Bibah BebelTV9
Pondok Itu RumahkuTV3
Ketika Daun Berzikir
2017Tali KasutTV9
2018Bawaku TerbangAmntv7
AzamAzamTV3
2019Terima Kasih IbuNil Jibril Mikail
Takkan GentarIbrahim
Hijrah Itu IndahHafizTV Okey
2020Next Station, JodohBigAwesome TV
AmanatHassanTV3
2021Maulidur Rasul Datang LagiAdam
KalutFirdausRTM
2023Kami TVKimiAstro Citra
Pinjamkan Aku PelangiShahizam (dewasa)TV1

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2016Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016Finalis
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Artis Baru Lelaki PopularTercalon
2020Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33Artis Baharu Lelaki PopularTercalon

Rujukan

Pautan luar