Risteena Munim

Pelakon wanita Malaysia

Nur Risteena Munim Zainul Ilyas (Jawi: نر رثتنا مونيم بنت زينل اليس; lahir 19 November 1989) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali umum dalam bidang seni lakonan tanahair menerusi drama waktu perdana Playboy Itu Suami Aku yang disiarkan di Slot Akasia TV3 di mana beliau memegang peranan utama sebagai Afina Aulia.[2][3]

Nur Risteena
Kelahiran
Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas

(1989-11-19) 19 November 1989 (umur 34)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, jurucakap produk
Tahun aktif2012–kini
PasanganIsa Khan (k. 2021)
Ibu bapa
  • Zainul Ilyas Zainul Abidin (bapa)
  • Che Bunga Salleh (ibu)
Saudara
  • Rahimah Sadrina (kakak)
  • NRF M U S M (adik)
  • Riesha Sharmin (adik)
  • Nul Aiman (adik)

Kehidupan awal

Risteena dilahirkan pada Ahad, 19 November 1989 Masihi bersamaan 19 Rabitul Akhir 1410 Hijrah di Kepala Batas, Pulau Pinang dan beliau merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh. Adiknya, Ruhainies Farehah juga seorang pelakon yang mencipta nama menerusi drama Hello, Mr. Perfect! bersama Fattah Amin. Beliau lebih mesra dengan panggilan Ris dikalangan keluarganya.[4][5][6][7] Risteena merupakan lulusan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Lendu, Melaka.

Kerjaya

Bermula sebagai pelakon tambahan dan model sambilan pada usia belasan tahun. Risteena mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2012 apabila beliau memegang peranan tambahan dalam siri drama Friday I'm In Love, bersama-sama dengan pelakon utamanya—Qi Razali, Ryzal Jaafar, Aiman Hakim Ridza, Zoey Rahman, Bella Dally dan Nelydia Senrose.

Dalam tahun 2013, Risteena berlakon dalam empat drama dan dua telefilem. Beliau memegang watak pembantu dalam siri drama Karlos bersama-sama dengan pelakon utamanya, Johan As'ari dan Syazwan Zulkifli. Seterusnya beliau muncul dalam siri drama Menjinak Ombak dan bergandingan bersama Fattah Amin dalam siri drama Playboy Itu Suami Aku, beliau memegang watak utama sebagai Afina Aulia. Didalam drama itu beliau dikritik kerana lakonannya yang mengjengkelkan.[8] Beliau turut berlakon dalam siri drama Diandra, bersama pelakon utamanya, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza. Antara telefilem lakonannya ialah Bukan Cinta Monyet dan Di Bawah Satu Langit.

Pada 2014, beliau berlakon dalam siri drama aksi, Plan B bersama-sama dengan Shukri Yahaya, Beto Kusyairy dan Mikail Andre. Selain itu, beliau turut melebarkan sayapnya ke layar lebar apabila beliau berlakon dalam filem pertamanya, Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin, bersama-sama dengan pelakon utamanya, Shaheizy Sam. Filem ini ditayangkan pada 28 Ogos 2014. Selepas tamatnya Plan B, Risteena berehat seketika daripada bidang lakonan kerana menyambung pelajarannya. Beliau seterusnya melakonkan watak aksi seorang pelacur dalam filem yang tidak diketahui tajuknya yang akan menjalani penggambarannya di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat.[9][10] Pada 2015, Risteena bergandingan dengan pelakon Keith Foo menerusi filem, Girlfriend Kontrak [11] arahan pengarah filem Australia, Virginia Kennedy, beliau memegang watak sebagai Alisa. Filem ini ditayangkan pada 24 September 2015 dan diterbitkan oleh Grand Brilliance.

Pada 2016, beliau berlakon dalam siri drama Cinta Teruna Kimchi bersama-sama dengan Johan As'ari, Niena Baharun dan Nazim Othman dan seterusnya muncul dalam filem Chowrasta arahan Profesor Datuk Abdul Razak Mohaideen. Seterusnya, Risteena memegang watak utama sebagai Ain dalam siri melodrama Demi Cinta Ain yang bersiaran di TV3, drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson dan Nazrief Nazri. Pada Julai, beliau muncul dalam filem keempat lakonannya, Anak Mami Nasi Kandaq arahan Prof Madya Abdul Razak Mohaideen, dengan memegang watak sebagai Fitri.[12]

Bekerja di bawah arahan Ahmad Idham, Risteena memegang watak Dr. Azira, seorang pakar psikologi dalam filem komedi seram Hantu Wangan yang ditayangkan pada 22 Mac 2018, turut dibintangi oleh Achey Bocey dan Cat Farish.[13][14]

Pada 19 April 2018, Risteena menerima Anugerah Ikon Usahawan Tahunan Kosmetik & Pakaian di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2018 anjuran Niaga Times.[15] Beliau kemudian muncul dalam drama Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung bersama Hafidz Roshdi yang mana beliau memegang watak sebagai Aisyah.

Imej umum

Sejak kemunculannya dalam bidang seni, Risteena sering dilihat menghiasi drama dan telefilem di stesen televisyen, terutamanya di TV3.[16] Bermula dengan telefilem Karlos, diikuti Playboy Itu Suami Aku, Menjinak Ombak, Pilihan Rozana dan, Dosa Kelmarin, beliau mula dilabel sebagai 'anak emas' di rangkaian televisyen popular itu.[16] Menafikan akan perkara tersebut, beliau berkata, peluang itu adalah satu rezeki dan kepercayaan yang bermakna buat dirinya.[16][17][18]

Di awal kerjayanya sebagai pelakon, Risteena pernah dikritik hebat gara-gara lakonannya menerusi Playboy Itu Suami Aku dikatakan agak kaku dan ‘kayu’.[19][8][20]

Kehidupan peribadi

Risteena merupakan lulusan jurusan Komunikasi Massa dari UiTM. Namun, khabar angin mula timbul mengatakan beliau tidak pernah menghabiskan pengajian di UiTM dan mengaku dirinya memiliki segulung ijazah adalah palsu dan dusta semata-mata. Bagaimanapun, dalam temuramah dengan Harian Metro, Risteena menjelaskan bahawa beliau bukanlah berhenti atau diberhentikan, sebaliknya menangguhkan pengajiannya sementara mendapat banyak tawaran berlakon.[21]

Risteena turut mengakui tidak mencemburui adiknya, Ruhainies yang lebih popular[22] dan menganggap kejayaan adiknya membuatkan beliau lebih bekerja keras.[23] Mengakui tidak pernah bercinta, Risteena berkata dalam temuramah bersama Harian Metro pada Februari 2014:

"Dari darjah satu sehinggalah tingkatan lima, saya belajar di sekolah perempuan. Hanya apabila masuk UiTM, barulah saya bercampur dengan lelaki. Saya memang tiada pengalaman bercinta".[24]

Beliau bertunang dengan pelakon Isa Khan pada 23 November 2019.[25] Beliau sebelum ini pernah bertunang dengan Ikhwan Khairuddin, namun pertunangan berakhir pada Ogos 2019.[26] Beliau berkahwin dengan Isa pada 12 Mac 2021.[27]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatanSumber
2013KL ZombiDirinya sendiriPenampilan khas
2014Mamak CupcakeHana[28]
2015Girlfriend KontrakAlisa[29]
ChowrastaZahara[30]
2016Anak Mami Nasi KandaqFitri[31]
2017Pak PongRohayuPelakon undangan
2018Hantu WanganDr. Azira
QhaliqQhalisya
Blok 404Misha
2022Roh 100 HariMaria
SeratusPenampilan khas

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2012Friday I'm In LoveDirinya sendiriTV9Pelakon tambahan, peranan kecil
2013SaharaAstro Prima
KarlosIkinTV3Pelakon pembantu, hanya episode 2, 7 episode 8(tidak dikreditkan).
DiandraFida
Playboy Itu Suami Aku?!Afina AuliaAdaptasi novel Playboy Itu Suami Aku?! karya Suri Ryana.
Menjinak OmbakSakinah
2014Kifarah: Bisikan QarinNur Rahimah
Kifarah 2: TaksubNoni
PLAN BIris
2015Cermin Kasih AmiraTV2
Alaa Bib..HabibahTV3
Kifarah Mistik: Malar HitamMaya
Lara
2016Cinta Teruna KimchiSuraya
Demi Cinta AinAin
Sein dan LunaDahlia
2017Gaduh-Gaduh SayangSyazanaTV1Adaptasi novel Gaduh-Gaduh Sayang karya Immaz Huda
Kisah Dari MekahJajaAstro Oasis
2018Ahmad Rosli Arwahkan Ketua KampungAisyahTV3
2019Ajari Playboy ItuNiki
Lelaki Itu UntukkuOrked HarlinaTV2
2020Lelaki Itu Untukku 2
Manuskrip CintaNianTV Okey
Bulan Di Kota LangitMunirah
Setiaku Di SiniAleesaSalam HD
Rahsia HatiTengku DaniaTV1

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2013Bukan Cinta MonyetNurul Suhana
Di Bawah Satu LangitLysTV3
Bini Aku Hantu LangsuirSalehaTV9
2014Terpaku PontianakSeri
Haji Tak MabrurTV3
Pilihan Rozana
2015Hantu Botox
Pilihan RozanaRozana
Romantika Bulan MaduIrisTV3
2016Bila Artis Balik Kampung BerayaWatiAstro Prima
Baju Berkancing PenitiCik OmTV3
Kecoh Mami Jarum BerayaRita
2017Cikgu Manik UraiCikgu ShahirahTV2
Pintu No.9 Masjid NabawiAstro Citra
Cinta LatahZanaTV2
Kakak Iparku Memang WinSitiTV9
2018Personal ShopperAmaniAstro Ria
2019Atas Satu JanjiMariaTV3
Izinkan Aku PulangTV2
Salam Manis
Puisi Wan MaliniWan MaliniTV1
2020RindingYanaTV3
Reda KuTV Okey
Waiduri Di Sebalik PintuWaiduriTV1
TebusEllyTV2
2021SelumbarAzrinaTV1
2022Isa dan BellaIsaAwesome TV
2023GergasiAishahTV2

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2016Ketuk-Ketuk RamadanDirinya sendiriTV1
2017Perang BibirDirinya sendiriTV9
2021Cer Teka?Dirinya sendiriAwesome TV

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2015Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015Pelakon Drama Wanita PilihanDirinya sendiriTercalon
2016Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29[32][33]Pelakon Filem Wanita PopularTercalon
2023Anugerah Telenovela Ke-8Pasangan Serasi Telenovela Popular 2019Bersama Azam Pitt menerusi drama "Lelaki Itu Untukku".Tercalon

Rujukan

Pautan luar