Chicago

Chicago (sebutan: Syi-ka-go, IPA: /ʃɪˈkɑ.ɡoʊ/) adalah bandar raya terbesar di negeri Illinois, terbesar dalam Midwest, dan, dengan jumlah penduduk melebihi tiga juta orang, ia adalah bandar raya ketiga paling padat di Amerika Syarikat. Kawasan metropolitan Chicago (lebih dikenali sebagai Chicagoland) mempunyai jumlah penduduk melebihi 9.5 juta orang dalam Illinois, Wisconsin dan Indiana, membuatkannya juga kawasan metropolitan yang ketiga terbesar di Amerika Syarikat.[1] Chicago terletak di sepanjang barat daya pesisir Tasik Michigan dan adalah sebuah pusat utama pengangkutan, industri, politik, budaya, kewangan, ubat-ubatan dan Institut Pengajian Tinggi. Antara nama gelaran Chicago termasuklah "Bandaraya Berangin," "Bandar Chi," "Bandar Yang Kedua," dan "Bandar Raya Bahu Besar" (daripada sajak Carl Sandburg bertajuk Chicago).

Chicago, Illinois
Pemandangan Chicago, Illinois
Pemandangan Chicago, Illinois
Bendera Chicago, Illinois
Bendera
Mohor rasmi bagi Chicago, Illinois
Mohor
Nama samaran: "Kota Berangin," "Bandaraya kedua," "Bandar Chi".
Moto: "Urbs In Horto" (Latin: "Bandaraya di dalam Taman"), "Saya Akan"
Lokasi di kawasan metro Chicago dan Illinois
Lokasi di kawasan metro Chicago dan Illinois
Lokasi di kawasan metro Chicago dan Illinois
Koordinat: 41°54′N 87°39′W / 41.900°N 87.650°W / 41.900; -87.650
Negara Amerika Syarikat
Negeri Illinois
DaerahCook & DuPage
Perbadanan perbandaran4 Mac 1837
Kerajaan
 - Datuk BandarRichard M. Daley (D)
Ketinggian 586 kaki (179 m)
Kepadatan (2005)
 - Bandar2,873,790
 - Kaw. perbandaran8,711,000
 - Metro9,505,748
Zon masaCST (UTC-6)
 - Musim panas (DST)CDT (UTC-5)
Laman web: egov.cityofchicago.org

Chicago ialah pusat kewangan, perniagaan, dan kebudayaan Midwest. Bandar raya ini diasaskan pada tahun 1833 di tempat bertumpunya pengangkutan di antara Tasik-Tasik Besar Amerika dan titik haluan Sungai Mississippi, ia kemudian menjadi satu pusat pengangkutan di Amerika Utara. Semasa Pesta Dunia Chicago pada tahun 1893, ia adalah salah satu daripada sepuluh bandar-bandar dunia paling berpengaruh bandar-bandar dunia dan masih kekali sehingga ke hari ini.[2]

Sejarah Chicago

Dewan Bandaraya Chicago sebelum disiapkan pada tahun 1911

Sepanjang pertengahan kurun ke-18, kawasan Chicago telah didiami terutamanya oleh puak Potawatomi, yang mengambil tempat orang Miami dan Sauk dan Rubah. Peneroka bukan penduduk asal pertama di Chicago, Jean Baptiste Pointe du Sable dari Haiti, tiba dalam tahun 1770-an, berkahwin dengan seorang wanita puak Potawatomi, dan mengasaskan pusat dagangan pertama kawasan berkenaan. Pada tahun 1803, Tentera Amerika Syarikat membina Kota Dearborn, yang dimusnahkan pada tahun 1812 dalam Pembunuhan beramai-ramai Kota Dearborn. Puak Ottawa, Ojibwa, dan Potawatomi kemudian menyerahkan tanah itu kepada Amerika Syarikat dalam Perjanjian St. Louis tahun 1816. Semasa 12 Ogos 1833, Bandar Chicago dirancang dengan jumlah penduduk seramai 350 orang, dan dalam masa tujuh tahun ia berkembang dengan jumlah penduduk melebihi 4,000 orang. Bandar Raya Chicago diperbadankan pada 4 Mac 1837.

Sukan

KelabLigaSukanTempatDitubuhkanKejohanan
Chicago BearsNFLBola Sepak AmerikaSoldier Field19191 Menang Super Bowl, 8 Juara Kejohanan Liga (Pra Era Super Bowl)
Chicago CubsMLBBesbolWrigley Field18762 Menang Siri Dunia
Chicago White SoxMLBBesbolUS Cellular Field19003 Menang Siri Dunia
Chicago BullsNBABola KeranjangUnited Center19666 Kejohanan NBA
Chicago SkyWNBABola KeranjangUIC Pavilion20060 Kejohanan WNBA
Chicago BlackhawksNHLHokiUnited Center19263 Piala Stanley
Chicago WolvesAHLHokiAllstate Arena19942 Piala Turner, 1 Piala Calder
Chicago HoundsUHLHokiSears Centre20060
Chicago RushAFLBola Sepak ArenaAllstate Arena20011 Kejohanan ArenaBowl
Chicago FireMLSBola SepakToyota Park19971 Piala MLS, 4 Piala Terbuka A.S.
Chicago StormMISLBola Sepak FutsalSears Centre20040
Chicago MachineMLLLacrosseToyota Park20060
Chicago ShamroxNLL]]LacrosseSears Centre20070
Chicago SlaughterCIFLBola Sepak AmerikaSears Centre20070

Demografi

Bandar Raya Chicago
Populasi mengikut tahun[3]
Tahun
banci
PopulasiKedudukan
18404,47092
185029,96324
1860112,1729
1870298,9775
1880503,1854
18901,099,8502
19001,698,5752
19102,185,2832
19202,701,7052
19303,376,4382
19403,396,8082
19503,620,9622
19603,550,4042
19703,366,9572
19803,005,0722
19902,783,7263
20002,896,0163
20062,873,7903

Bandaraya berkembar

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Blackwell, Elizabeth Canning (2003). Frommer 2004 Chicago. Frommer's. ISBN 0-7645-3903-5. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • James R. Grossman, Ann Durkin Keating, Janice L. Reiff. The Encyclopedia of Chicago (University of Chicago Press 2005) ISBN 0-226-31015-9; The Encyclopedia of Chicago (versi dalam talian)
  • Charles Madigan., penyunting (1 September, 2004). Global Chicago. University of Illinois Press. ISBN 0-252-02941-0. Check date values in: |year= (bantuan)
  • Miller, Donald L. (1996). City of the Century: The Epic of Chicago and the Making of America. Simon & Schuster. ISBN 0-684-80194-9. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • [1] - Chicago Art, Theater, Fashion, and Dining.
  • Griffin, Adam (2006). Chicago Information. chicagopage. ISBN. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Pautan luar