Roberto Carlos Mario Gómez

pemain dan jurulatih bola sepak Argentina

Roberto Carlos Mario Gómez (lahir 27 Febuari 1957 di Mar del Plata) merupakan seorang pengurus bola sepak dan bekas pemain bola sepak Argentina. Gómez dikenali sebagai Roberto Gómez semasa zaman bermain bola sepak dan kini, Mario Gómez dalam pengurusan bola sepak dan melatih Borneo F.C..

Mario Gómez
Maklumat peribadi
Nama penuhRoberto Mario Carlos Gomez
Tarikh lahir (1957-02-27) 27 Februari 1957 (umur 67)
Tempat lahirMar del Plata, Argentina
Posisi permainanPertahanan
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1979Temperley10(0)
1980–1987Ferro Carril Oeste135(3)
Jumlah145(3)
Pasukan diurus
1997–1999Lanús (Assistant)
1999Mallorca (Pembantu)
1999–2001Valencia (Pembantu)
2001–2003Internazionale (Assistant)
2004Gimnasia La Plata
2004–2006Gimnasia Jujuy
2006Quilmes
2006–2007Gimnasia Jujuy
2007Club Atlético Belgrano
2009Asteras Tripolis
2010Club Atlético Tucumán
2011–2012Ferro Carril Oeste
2012–2013Gimnasia Jujuy
2014Deportivo Cuenca
2014–2015South China
2015–2017Johor Darul Ta'zim
2017–2018Persib Bandung
2019Borneo
2020Arema
2020–2021Borneo
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya

Gómez mula bermain seawal 1979 untuk kelab Club Atlético Kimberley de Mar del Plata. Pada tahun 1980, beliau diambil oleh pengurus kelab Ferro Carril Oeste, Carlos Timoteo Griguol dan menandatangani kontrak bersama kelab itu. Gómez pernah bermain pada era kejayaan Kelab Bola Sepak Ferro pada era 1980-an, membantu kelabnya memenangi 2 kejuaraan Nacional pada tahun 1982 dan 1984. Gómez telah membuat 135 penampilan untuk Ferro antara tahun 1980 hingga 1987.

Kerjaya Jurulatih

Selepas persaraan daripada bermain, Gómez telah dilantik menjadi pembantu Griguol di Ferro dan di Gimnasia de La Plata.[1] [2]

Selepas itu, Gómez mencuba nasib sebagai pembantu Héctor Cúper di Club Atlético Lanús, dan seterusnya, menjadi pengurus kelab itu selepas Cúper meletak jawatan dan memilih untuk bersama Mallorca di Sepanyol.[3]

Pada 1999, Gómez mengambil alih jawatan pengurus kelab Mallorca,[2] tetapi tidak dibenarkan untuk menyambung tugas disebabkan tidak memenuhi syarat pengalaman pengurusan selama 2 tahun. Beliau hanya mengurus 5 perlawanan untuk kelabnya (2 menang dan 3 tewas).[4]

Gómez menyambung jawatan sebagai pembantu Cúper di Valencia dan seterusnya, Inter Milan.

Pada tahun 2004 Gómez telah kembali ke Argentina untuk mengambil alih tugas sebagai pengurus Gimnasia de La Plata dimana dia terkenal dengan kata hikmat "fútbol argentino lo gobiernan los hinchas" (bola sepak di Argentina ditadbir oleh penyokong).

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno