Sean Parker

Sean Parker (lahir 3 Disember 1979) ialah seorang ahli perniagaan dan usahawan teknologi Internet Amerika Syarikat. Beliau membantu menubuhkan Napster, Plaxo, Causes dan Airtime.[4][5][6][7][8] Sehingga September 2014, nilai bersih Parker dianggarkan sebanyak AS$ 3.1 bilion.[1]

Sean Parker
Parker pada 2011
PendidikanOakton High School
PekerjaanAhli perniagaan dan usahawan teknologi Internet
Terkenal keranaPengasas nersama Napster, Plaxo, dan Causes. Penglibatan awal bersama Facebook
Nilai bersih AS$ 3.1 bilion (2014)[1]
Ahli lembagaSpotify
Yammer[2]
NationBuilder[3]
PasanganAlexandra Lenas (k. 2013)
Anak-anak1

Kehidupan awal

Parker dilahirkan di Herndon, Virginia. Ibunya, Diane Parker, seorang broker iklan TV, dan bapanya, Bruce Parker, ialah seorang ahli marin yang bekerja untuk pemerintah Amerika Syarikat.[4][5][9][10] Ketika Parker berusia 7 tahun, bapanya mengajarnya bagaimana membuat program di Atari 800.[4] Bapa Parker, yang mendahulukan keluarga di atas impian usahanya, mengatakan kepada Parker "jika engkau hendak mengambil risiko, lakukanlah sebelum berkeluarga."[11] Sewaktu remaja, hobicParker ialah menggodam dan membuat program komputer.[5] Pada satu malam, ketika sedang menggodam rangkaian suatu syarikat yang termasuk Fortune 500, Parker tidak mampu melog keluar setelah bapanya mencabut dan merampas kekunci komputernya.[5] Kerana alamat IP beliau sering terdedah, ejen FBI dapat menjejaki pemuda berusia 16 tahun itu.[5] Pada usia bawah 18 tahun, Parker dihukum dengan melakukan aktiviti kemasyarakatan.[5]

Rujukan

Pautan luar