Serangan Paris November 2015

Serangan Paris November 2015 (Tulisan Jawi: سراڠن ڤاريس نوۏيمبر 2015) merupakan satu siri tembakan rambang yang disasarkan terhadap orang ramai dan serangan berani mati berlaku pada petang 13 November 2015 di Paris dan Saint-Denis, Perancis. Bermula pada 21:16 CET,[15] tiga letupan berasingan dan enam tembakan besar-besaran berlaku, termasuk pengeboman berhampiran Stade de France di pinggir bandar utara Saint-Denis.[15]130 orang disahkan dibunuh, termasuk 129 orang di dalam teater.[8] Polis Perancis melaporkan bahawa dua pengebom berani mati mungkin terlibat serangan ini.

Serangan Paris November 2015
Lokasi serangan di Paris
Map
LokasiParis, Perancis
1: Rue Bichat dan Rue Alibert (Le Petit Cambodge, Le Carillon, La Casa Nostra)
2: berdekatan Stade de France
3: Rue de Charonne (La Belle Équipe)
4: teater Le Bataclan
5:Rue de Charonne (La Belle Équipe)
6:Boulevard Voltaire (Comptoir Voltaire)
Bintang kecil menandakan serangan berani mati
Koordinat48°51′47″N 2°22′14″E / 48.86303°N 2.37064°E / 48.86303; 2.37064
Tarikh13 November 2015 (2015-11-13) –
14 November 2015 (2015-11-14)
21:16 – 00:58 (CET)
SasaranCivilian Sunting ini di Wikidata
Jenis serangan
Insiden tembakan beramai, Pengeboman, Serangan berani mati, Krisis Tebusan
Senjata
Kematian130 orang awam[2][3][4]
Tercederalebih 200 orang[5] termasuk 99 kritikal[6][7][8]
PelakuMilitan IS [9][10][11]
Bil. pelaku
Sekurang kurang 8 orang, 7 orang daripadanya pengebom berani mati[12][13]
MotifPenentangan negara Perancis terhadap IS di Syria.[14]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dalam siaran rasmi pukul 23:58 CET, Presiden Perancis François Hollande mengumumkan keadaan darurat,[11] penutupan sempadan[16] dan berkabung di seluruh Perancis selama tiga hari.[17]

Latar belakang

Sejak 19 September 2014, Perancis terlibat dalam operasi di Iraq dan Syria yang dikenali dengan nama kod Operasi Chammal. Perancis menyerang sasaran pertamanya pada bulan Oktober 2015.[18]

Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan ancaman pengganas sejak kejadian tembak-menembak Charlie Hebdo pada awal Januari 2015 dan kejadian berkaitan lain semasa Serangan Île-de-France Januari 2015. Perancis turut meningkatkan keselamatan kerana Persidangan Perubahan Iklim PBB 2015 dijadualkan akan diadakan di Paris pada 30 November hingga 11 Disember 2015, dan telah mengadakan semula pemeriksaan sempadan pada minggu sebelum serangan berlaku.

Kejadian tembak-menembak Charlie Hebdo pada Januari 2015 berlaku di Daerah 11 kota raya Paris, di mana terletaknya panggung Bataclan.[19]

Kumpulan Negara Islam (IS) dan cawangannya telah mengaku bertanggungjawab ke atas beberapa serangan maut dalam minggu-minggu yang membawa kepada serangan ini. Pada 12 November 2015, pengeboman berani mati berkembar berlaku di Beirut, Lubnan, membunuh seramai 43 orang. Pada 31 Oktober 2015, Penerbangan 9268 Metrojet yang membawa kebanyakannya penumpang Rusia terhempas di Sinai di Mesir. IS cawangan Sinai mengaku bertanggungjawab.

Serangan berasingan

Kronologi serangan
13 November:
  • 21:20 – Serangan berani mati pertama berdekatan Stade de France.[20][11]
  • 21:25 – Tembakan beramai-ramai di rue Bichat.[20]
  • 21:30 – Serangan berani mati kedua berdekatan Stade de France.[20]
  • 21:32 – Tembakan beramai-ramai di rue de la Fontaine-au-Roi.[20]
  • 21:36 – Tembakan beramai-ramai di rue de Charonne.[20]
  • 21:40 – Serangan berani mati di boulevard Voltaire.[20]
  • 21:40 – Tiga orang lelaki memasuki teater Bataclan dan mula menembak kearah penonton.[20][11]
  • 21:53 – Serangan berani mati ketiga berdekatan Stade de France.[20]
  • 22:00 – Penyerang menahan seramai 60 orang tebusan di teater Bataclan.[11][21]

14 November:

  • 00:20 – Pasukan keselamatan memasuki teater Bataclan.[20][11]
  • 00:58 – Pasukan Polis Perancis menembak mati semua penyerang di teater Bataclan.[21][11]
Semua masa menggunakan CET (UTC+1).
Lokasi pengeboman berdekatan Stade de France
Restoran McDonald's.
Rue Jules-Rimet, di hadapan restoran Quick.
Restoran Events.

Tujuh serangan berasingan telah berlaku,[22] terdiri daripada enam penembakan[11] dan tiga letupan.[23][24] Letupan terjadi berhampiran Stade de France, sementara penembakan dilaporkan terjadi di sekitar jalan Rue Alibert, Rue de la Fontaine-au-Roi, Rue de Charonne, panggung Bataclan di Boulevard Voltaire, Avenue de la République, dan Boulevard Beaumarchais.[19]

Letupan di Stade de France

Tiga letupan[8][25][26] berlaku berdekatan dengan stadium sukan nasional Perancis, Stade de France, di pinggir bandar Saint-Denis, mengakibatkan sekurang-kurangnya lima kematian. Letupan-letupan ini terjadi pada 21:16, 21:30, dan 21:53.[27]

Rue Bichat dan Rue Alibert

Serangan-serangan pertama terjadi di jalan Rue Bichat dan jalan Rue Alibert, dekat Terusan Saint-Martin di daerah ke-10. Para pengganas telah menembak orang ramai yang berada di luar Le Carillon, sebuah bar kafe, pada sekitar 21:20 CET.[28]

Rue de la Fontaine-au-Roi

Pada jam 21:32, seorang lelaki bersenjatakan mesingan telah melepaskan tembakan di luar Café Bonne Bière,[27] berhampiran dengan restoran Itali La Casa Nostra, di rue de la Fontaine-au-Roi di selatan rue Bichat. Pendakwaraya Paris memaklumkan bahawa lima orang telah terbunuh manakala lapan lagi cedera.Seorang saksi melaporkan bahawa beliau telah melihat seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan singkat beberapa kali.[29]

Dalang

Kerakyatan Pengganas
NegaraJumlah
 Perancis
5
 Belgium
2

Presiden François Hollande mengumumkan pada 14 November bahawa serangan-serangan ini telah[30][31] dirancang di Syria, diatur di Belgium dan dilaksanakan di Perancis oleh IS dengan bantuan dari dalam negara.[32] Pasport-pasport Syria[11] dan Mesir dilaporkan telah ditemui berhampiran dengan mayat para pelaku di dua tempat yang diserang.[33]

Pendakwaraya Paris, François Molins telah mengesahkan bahawa lapan penyerang yang dikenali telah terbunuh, namun pihak berkuasa masih mencari penembak-penembak yang menyerang restoran.[33] Omar Ismail Mostefai, 29, warganegara Perancis dikenal pasti sebagai penyerang pertama.[34] Ahmed Almuhamed, 25 pula dikenali pasti sebagai penyerang kedua.[35] Kedua-dua mereka memasuki Perancis pada akhir bulan Oktober 2015 sebagai pelarian Syria melalui Greece.[11][36][37]Penyerang lain yang telah dikenalpasti ialah Bilal Hadfi,Brahim Abdeslam,[38]Ahmad Al Mohammad Idlib, warganegara Syria dan Samy Amimour, 28, warganegara Perancis.[39]Salah Abdeslam, 26 pula merupakan suspek utama yang masih hidup dan masih dicari.[40]

Mangsa

Jumlah kematian berdasarkan kewarganegaraan
KewarganegaraanKematian
 Perancis *102
 Belgium *3[41]
 Chile3[42]
 Algeria2[43]
 Mesir *2[44]
 Jerman2[45][46]
 Mexico *2[42][11]
 Portugal *2[47]
 Romania2[48][49]
 Senegal2[47]
 Tunisia2[47]
 Itali1[50][51]
 Maghribi1[47]
 Sepanyol1[52]
 Sweden1
 UK1[42]
 AS *1[47]
Jumlah130
* Sesetengah mangsa mempunyai dua kewarganegaraan. Kiraan menggunakan kiraan awal dan mungkin tidak lengkap.

Sebanyak 153 orang[53] terkorban di dalam serangan ini, dengan 433 yang lain tercedera.[54]

Reaksi

Kecaman

Pemimpin-pemimpin negara di seluruh dunia mengecam serangan ini.[11][55][56][57]Pemimpin politik di Malaysia[58][59][60][61][62] turut menyatakan pendirian bersolidariti dan bersimpati terhadap serangan tersebut, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.[11][63][64]Pemimpin agama seperti Imam Besar Al-Azhar,Sheikh Al Azhar Ahmed al-Tayyeb[65], persatuan agama di Perancis[66] dan Hamas turut mengeluarkan kenyataan yang senada.[67]

Tangkapan

Polis Belgium menahan tujuh suspek di Paris dan 16 lagi di Brussels.[68][69]Polis Jerman pula telah menahan lima orang suspek setakat ini.[70]Polis UK menahan seorang pemuda kerana mengeluarkan kenyataan yang menyokong serangan ini di media sosial.[8]

Dianatara 15 dan 16 November 2015,Polis Taktikal Perancis telah menyerbu lebih 200 lokasi di belah selatan dan utara Perancis, dengan 23 orang suspek ditahan dan senjata dirampas.104 orang suspek yang lain pula telah diarahkan untuk menjalani tahanan rumah.[71]Didalam satu serbuan di Saint-Denis untuk mencari Abdelhamid Abaaoud, tiga orang suspek[72] telah terbunuh (termasuk seorang wanita yang meletupkan dirinya sendiri dengan menggunakan suicide vest).Tujuh orang yang lain telah ditahan.[73][74][75]Abdelhamid Abaaoud,25, penyerang kedua telah disahkan sebagai salah seorang yang terbunuh ketika serbuan tersebut.[76]

Serangan terhadap IS

Pada hari selepas serangan, sebuah pesawat pejuang Perancis menyerang sebuah kubu IS di Raqa dengan menggugurkan lebih 20 bom sebagai tindak balas terhadap serangan itu.[77]Serangan melibatkan 10 buah pesawat pejuang, pesawat berlepas dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan. Sebanyak 20 butir bom dilepaskan dalam serangan itu.[78][79]

Keselamatan

Sekatan di sekitar sempadan Perancis telah diperketatkan berikutan serangan ini.[80]Sekatan agar setiap stadium perlawanan Liga Perancis hanya menerima penyokong tuan rumah turut telah dikuatkuasakan kerana kekurangan pasukan keselamatan.[81]United Kingdom pula meningkatkan perbelanjaan keselamatan sebanyak 30 peratus.[82]Malaysia telah meningkatkan tahap tapisan[83] sebelum menerima 3,000 pelarian dari Syria[84] dan pelajar asing baharu.[85] Jumlah anggota keselamatan untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-27[86] dan Persidangan Perubahan Iklim PBB 2015[87] turut telah dipertingkatkan.

Solidariti

Upacara menyalakan lilin oleh warganegara Perancis telah dilakukan di Dataran Trafalgar pada sebelah malam,sehari selepas serangan.[88]Beberapa mercu tanda kebangaan negara diterangi cahaya bendera Perancis,sebagai tanda berkabung.[11]Kedutaan Malaysia di Perancis telah mengadakan upacara bertafakur selama seminit,tiga hari selepas serangan ini.[89]

Upacara rasmi mengenang mangsa serangan telah dilakukan di Muzium Tentera Les Invalides, dua minggu selepas serangan di Paris.[90]

Islamofobia

Sebuah kumpulan berhaluan kanan telah menganggu tunjuk perasaan aman di bandar Lille dengan membawa sepanduk anti-Islam[91] manakala di Britain, jenayah anti-Muslim meningkat secara mendadak.[92]

Lihat Juga

Rujukan

Pautan luar