Stadium Sultan Ibrahim

stadium di Malaysia

Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan sultan negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar. [2]

Stadium Sultan Ibrahim
Nama penuhStadium Sultan Ibrahim
LokasiIskandar Puteri, Johor, Malaysia
Koordinat1°28′53″N 103°37′09″E / 1.481513°N 103.619120°E / 1.481513; 103.619120
Pecah tanah30 Januari 2016
Dibuka22 Februari 2020
PemilikJohor Darul Ta'zim F.C.
PermukaanNatural grass (Zeon Zoysia Hybrid)
Kos pembinaanRM 200 juta[1]
ArkitekSaadon Architect, Beijing Institute of Architectural Design
Pengurus ProjekCGPV Industrial Building System Sdn Bhd
Jurutera strukturHaikal Jurutera Perunding Sdn Bhd
Jurutera perkhidmatanJurutera Perunding FRM Sdn Bhd (M&E), Pakatan Ukur Bahan Sdn Bhd (QS)
Kontraktor umumShanghai Baoye Group (Malaysia) Sdn Bhd
Kapasiti40,000


Sebagai stadium baru Johor Darul Ta'zim FC untuk Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium itu menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 200 juta.[3][4] Stadium ini mempunyai kapasiti untuk 40,000 penonton dan dibuka pada 22 Februari 2020.[5] Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.

Reka bentuk

Diilhamkan dari mahkota, konsep dan reka bentuk akhir telah diumumkan oleh Tunku Ismail dalam upacara yang diadakan di Iskandar Puteri, Johor. Stadium ini terletak dalam 140,000 meter persegi dengan jumlah kawasan yang dibina sebanyak 70,000 meter persegi dan boleh menampung sehingga 40,000 penonton.[6][7] LED merah, biru dan putih (warna bendera Johor ) dipasang di luar stadium untuk pencahayaan pada waktu malam. [8] Stadium ini juga termasuk ibu pejabat kelab, pusat latihan dan megastore. [9]

Ujian terowong angin integral untuk reka bentuk stadium telah dijalankan oleh Guangdong Provincial Research Group Research, anak syarikat Guangdong Construction Engineering Group Diarkibkan 2018-10-02 di Wayback Machine Co Ltd. [10]

Pembinaan

Dengan kos pembinaan stadium baru yang dianggarkan sebanyak RM200 juta,[1] Sultan Johor memberikan dana yang diperlukan untuk pembinaan.[11]

Country Garden Pacificview Sdn Bhd telah diberi tanggungjawab untuk membina stadium. [7]

Pada bulan Januari 2017, kelab ini telah mengumumkan bahawa pembinaan itu telah ditangguhkan oleh beberapa bulan dan akan selesai antara bulan Julai dan akhir tahun 2018 berikutan pelarasan dibuat oleh Tunku Ismail di lokasi stadium, perubahan teknikal dan reka bentuk. [12][13][14]

Rujukan