Ramli M. S.

Dato' Ramli bin Mohd Salleh atau Ramli M. S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6. Beliau dilahirkan pada 17 November 1958 di Geylang, Singapura, dan bertukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ram tidak berpendidikan tinggi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja berikutan masalah kesusahan hidup yang dialami sehingga menyebabkan Tok Ram mula bekerja sebagai buruh binaan seawal usia 8 tahun bagi membantu keluarga.


Ramli M.S.

Kelahiran
Ramli bin Mohd Salleh

(1958-11-17) 17 November 1958 (umur 65)
Nama lainTok Ram
PekerjaanPemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon
Tahun aktif1980–kini
Ketinggian183 cm (6 ka 0 in)
Pasangan
  • Jennifer Thompson
    (k. 1988; c. 1999)
  • Datin Alyah (k. 2013)
Anak-anak
  • Najee Ramli
  • Nadiah Ramli

Dek kerana minat beliau terhadap bidang muzik, Tok Ram mula mempelajari ilmu muzik dengan bersungguh-sungguh pada usia 14 tahun melalui kaedah membaca dan bertanya pada insan-insan seni. Beliau mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia.

Kehidupan peribadi

Beliau sangat terkenal dengan ketegasan dan disiplinnya semasa bekerja. Meskipun begitu, di luar waktu bekerja, keperibadian beliau lebih kepada seorang yang suka bergurau.

Pada tahun 1988, beliau melangsungkan perkahwinan bersama isteri pertamanya, Jennifer Thompson dan mereka berdua telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli. Namun usia perkahwinan mereka tidak panjang. Sepanjang tempoh menduda , Ramli pernah dikaitkan dengan penyanyi wanita seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Misha Omar.

Pada 18 Mac 2013, beliau telah menikahi penyanyi Datin Alyah di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan mereka selama setahun lima bulan sebelum diketahui oleh media.[1]

Kerjaya

Ramli mula bergerak aktif sebagai pemuzik sejak 1980an dengan bantuan dan dorongan bapa saudaranya, penerbit terkenal S. Atan. Penglibatannya sebagai pemuzik dan penggubah lagu untuk beberapa nama besar akhirnya menyerlahkan potensinya sebagai pengarah muzik. Ramli kerap bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Jamal Abdillah, Hetty Koes Endang, M. Nasir dan Sharifah Aini. Setelah beberapa kali mengiringi orkestra pimpinan Ooi Eow Jin, Ahmad Nawab dan Johari Salleh, kerjayanya sebagai pengarah muzik mula menyinar apabila diberi tanggungjawab mengemudi orkestra Anugerah Juara Lagu (AJL). Sebelum itu beliau telah beberapa kali mengetuai pancaragam di Anugerah Industri Muzik. Melalui penglibatannya di AJL, Ramli dilihat mampu menonjolkan kekuatan lagu-lagu yang bertanding sehinggakan khidmatnya diteruskan sehingga musim ke-29. Setelah itu Ramli juga berkhidmat untuk acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan pelbagai konsert artis Malaysia dan juga serantau. Antara konsert terkenal yang dijayakannya adalah Konsert Ikhlas 1992, Konsert Akar Manifestasi Akustika 1995, Malam Amal Karyawan 1994 yang menggabungkan 180 orang artis, Konsert Mega Siti Nurhaliza dan Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Bersama Misha Omar yang juga merupakan konsert orkestra pertama setelah pandemik COVID-19.

Sebagai penerbit album, Ramli yang pada mulanya terlibat sebagai Pengarah Urusan LIFE Records banyak menerbitkan album-album berjilid dan pop Melayu untuk artis-artis naungan LIFE. Setelah itu beliau bertanggungjawab menaikkan jualan album-album bergenre dangdut dan komedi melalui penglibatan dalam album studio Salih Yaacob, Zaleha Hamid dan penyanyi Indonesia - Amigos. Namun menjelang era 90an, khidmat Ramli banyak digunakan oleh label-label antarabangsa seperti Sony Music, BMG, EMI dan Warner sekaligus menjadi tulang belakang pembikinan album-album artis terkenal. Antara artis yang pernah mendapatkan khidmat Ramli sebagai penerbit adalah Sharifah Aini, Hetty Koes Endang, Search, Awie, Ziana Zain, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Misha Omar. Ramli mula kurang terlibat dalam rakaman album setelah menyelesaikan rakaman album untuk Misha kerana menganggap pembikinan album memakan masa yang cukup lama. Fokus beliau lebih terarah kepada pengarahan muzik secara langsung. Ramli tidak begitu dikenali sebagai pencipta lagu walaupun pernah menghasilkan beberapa buah lagu untuk penyanyi tempatan.

Pemilihan beliau memegang peranan sebagai Pengetua di Akademi Fantasia (musim 2) telah menyebabkan namanya menjadi sebutan ramai. Ramli asalnya terlibat sebagai pengkritik undangan pada musim pertama dan khidmatnya diperlukan sebagai tenaga pengajar di musim berikutnya dimana Ramli juga terlibat dalam menggubah lagu-lagu tugasan pelajar AF2. Program realiti itu hingga kini masih memegang rekod jumlah undian terbanyak pernah dikutip daripada mana-mana program televisyen realiti. Pun begitu, karekter Ramli yang garang juga menjadi buah mulut dan kritikan penonton. Ramli meneruskan sekali lagi tugas sebagai pengetua pada musim ke-6 dan bermula musim ke-11 hingga 13, Ramli dilantik sebagai pengkritik tetap. Beberapa nama peserta AF menjadi sinonim dengan kegarangan Ramli antaranya Mas Ghani (AF2), Nubhan Ahamad (AF6) dan Aman Aziz (AF11). Setelah dikritik hebat kerana kelantangannya terhadap Aman, Ramli mula memperlahankan rentaknya di musim-musim berikutnya, dan disebabkan itu juga Ramli mula menonjolkan sisi-sisi santainya di dalam program nnyanyi lain selepas itu. Antaranya beliau terlibat sebagai juri tetap untuk program realiti nyanyian veteran Kilauan Emas selama empat musim sebelum mempopularkan program nyanyian penyanyi rakaman / professional Gegar Vaganza yang masih bertahan kini sehingga 9 musim. Biarpun dilihat lebih ringkas dalam kritikannya, Ramli juga tidak terlepas daripada beberapa kontroversi melibatkan peserta Gegar Vaganza yang dilihat sebagai penyanyi profesional, dan bukan amatur seperti di AF. Antara artis yang mencetuskan polemik bersama Ramli adalah Ifa Raziah, Nora Ariffin, Elly Mazlein dan Noraniza Idris. Peranan beliau sebagai ketua juri membuktikan pengaruh beliau sangat besar terhadap industri rakaman dan penyiaran tempatan hingga dianugerahkan beberapa penghargaan khas bagi menghargai penglibatannya sebagai pemuzik dan penerbit. Ramli juga pernah memenangi 6 buah piala Anugerah Industri Muzik termasuk tiga kali memenangi kategori Susunan Muzik Di Dalam Lagu Terbaik.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2021Mat Bond MalayaEjen 3Penampilan khas

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
1986-1992, 1999Anugerah Juara LaguPemuzik (Strings/Keyboard)TV31986-1992 dipimpin oleh Ooi Eow Jin; 1999 oleh Wah Idris
1997-2007Anugerah Industri MuzikPengarah Muzikntv7
2000, 2002–2015, 2022–2023Anugerah Juara LaguPengarah MuzikTV3
2000–2013Anugerah Bintang Popular Berita HarianPengarah MuzikTV1, TV3
2004Akademi Fantasia (musim 2)PengetuaAstro Ria
2006Ilham KomposerJuriRTM1
2008Akademi Fantasia (musim 6)PengetuaAstro Ria
2010–2013Kilauan EmasJuri
2014Akademi Fantasia (musim 11)Pengkritik Tetap
2014–kiniGegar VaganzaKetua Juri
2015Akademi Fantasia (musim 12)Pengkritik Tetap
2016Gempak SuperstarJuri
2016Akademi Fantasia (musim 13)Pengkritik Tetap
2020Sepahtu Reunion LiveKameoAstro WarnaEpisod: "Dipenjara Kasih"
2023Travel Lawak: Projek Bapak-bapakDirinya SendiriBersama Jalaluddin Hassan, Roy Azman & Jatt
Travel Lawak: Projek Bapak-bapak (musim 2)

Diskografi

Penglibatan Sebagai Penerbit dan Penggubah Lagu

Album Rakaman

Nota: Senarai ini menamakan beberapa produksi terpilih sahaja dan tidak termasuk produksi yang melibatkan Ramli M.S. sebagai pencipta lagu

TahunAlbum RakamanDikreditkan sebagaiPenyanyi RakamanPemilik Hakcipta
(Dalam kurungan adalah label ketika diterbitkan)
Penerbit RakamanPenggubah Lagu
1986Pujaan Malindo [2]TidakYaNoraniza IdrisLIFE
Bila Rindu Ku Sebut Namamu [3]TidakYaSiti FairuzSony Music (PMC)
1988Untukmu [4]TidakYaJamal AbdillahWarner Music
Suara Hati [5]TidakYaDayangku Intan
Kurnia [6]TidakYaJay Jay
1989Perasaan [7]TidakYaDayangku Intan
Ranjau Kasih [8]TidakYaMemoriesSony Music (PMC)
Asmara [9]TidakYaAnita SarawakUniversal Music (EMI)
1990Sejuta RasaYaYaPanca SitaraLIFE
Cintaku Tak Sehebat Rinduku [10]YaYaHetty Koes EndangLIFE
Cinta Nan Satu [11]TidakYaAnita SarawakUniversal Music (EMI)
1991Duo Duo [12]YaYaRuhil AmaniLIFE
Suka Sama Suka [13]TidakYaNorzie IdrisRock Records (Suara Cipta Sempurna)
1992Romantika Di Tampoi [14]YaYaSalih YaacobLIFE
Nostalgia Pilihan [15]YaYaHetty Koes EndangLIFE
Koleksi Nostalgia Vol 3 [16]TidakYaWannRock Records (Suara Cipta Sempurna)
Noraniza IdrisTidakYaNoraniza IdrisSony Music
Jangan Main-main (Sup Selipar) [17]YaYaSalih YaacobLIFE
1993Roy [18]TidakYaRoy AlwiUniversal Music (EMI)
Dankdut Bang! [19]YaYaZaleha HamidLIFE
19942 Sahabat Lama [20]YaYaSalih Yaacob dan Farid Harja
Hadirlah Kasih [21]YaYaHetty Koes EndangPony Canyon
Runut Bunyi Filem Panggilan Pulau [22]TidakYaAhmad Fauzee, Mariam Ahmad, Norli Ismail, Zalifah IbrahimShaw
Disco-Dut [23]YaYaJalil Hamid, Adeq, FeedaLIFE
Senandung Melayu Vol 2 [24]YaYaZaleha Hamid, Jatt Ali, Normadiah, Ann & Abdullah ChikLIFE
1995Seraut Wajah Semerdu SuaraYaYaSharifah AiniUniversal (EMI)
Debaran [25]TidakYaNora AriffinWarner Music
Ramlah Ram [26]YaYaRamlah RamSony Music (BMG/RCA)
Awie Live Unplugged [27]YaYaAwie
Dankdut Bang! Vol 2 [28]YaYaZaleha HamidLIFE
1996SelamanyaYaYaSharifah AiniUniversal (EMI)
Unplugged [29]TidakYaZiana ZainSony Music (BMG/RCA)
O-Tak [30]YaYaAwie
Kembali Merindu [31]YaYaSlam
Senandung Kenangan Silam [32]YaYaHetty Koes EndangPony Canyon
1997Puncak Kasih [33]TidakYaZiana ZainSony Music (BMG/RCA)
Kenangan [34]YaYaSeptember 5Suria Records
Simfoni Gemilang [35]YaYaRamli M.S. & Shanghai Symphony OrchestraLIFE
1998YayadanYaYaSharifah AiniUniversal (EMI)
Sekeping Cinta Sehampar Janji [36]YaYaRamlah RamSony Music (BMG/RCA)
Samrah [37]YaYaJamal AbdillahWarner Music
Melayu Deli Vol 2 [38]YaYaYusni Hamid, Zaleha Hamid, Jatt Ali, Aslinah Ismail, R.IsmailLIFE
1999風一樣的男子 [39]TidakYaDaniel ChanUniversal Music Taiwan
Konsert Live [40]TidakYaSiti NurhalizaSuria Records
走過1999 [41]TidakYaJacky CheungUniversal Music Taiwan
2000Sejernih Airmata [42]TidakYaMartinie KamsaSony Music (BMG)
Seribu Mawar [43]YaYaSharifah AiniUniversal (EMI)
Pijar Kasmaran [44]YaYaUkaysSony Music (BMG)
Akar & BumiTidakYaAmukUniversal (EMI)
Real & Reality [45]YaYaXPDCLIFE
2001Perjalanan Seni [46]TidakYaSM Salim dan Malaysian Philharmonic OrchestraWarner Music
Rockestra [47]TidakYaSearchSony Music (BMG/RCA)
Maria [48]TidakYaJoe RadzwillWarner Music
Aku Cintakan Mu [49]YaYaZiana ZainSony Music (BMG/RCA)
Ratu SanubariYaYaSaleemWarner Music
Konsert Mega [50]YaYaSiti NurhalizaSuria Records
2002Sanggar Mustika [51]YaYa
Konsert Salam Terakhir Untukmu Sudir [52]YaYa
2003SyahduYaYaSharifah AiniUniversal (EMI)
Sekarang Dah Jadi [53]TidakYaSM SalimWarner Music
Un-Metal II [54]TidakYaXPDCLIFE
2005Aku PenghiburYaYaJamal AbdillahWarner Music
GemilangYaYaJaclyn VictorSony Music
2008Misha OmarYaYaMisha Omar
2011Dia..MishaYaYaMisha Omar

Penglibatan Sebagai Penulis Lagu

LaguRegu Penulisan (Lirik/Melodi)TahunPenyanyiLabel
"Ucapan Kasihmu" [55]Habsah Hassan1986Salamiah HassanSony Music (CBS)
"Anak Manja" [56]Habsah Hassan1986Salamiah HassanSony Music (CBS)
"Hati" [57]Juwie1989Anita SarawakUniversal (EMI)
"Seribu Luka Di Hati" [58]Juwie1989Anita SarawakUniversal (EMI)
"Hati-Hati" [59]Seri Bayu1990Anita SarawakUniversal (EMI)
"Kau Diciptakan Bukan Untukku" [60]Juwie1991Endang S. TaurinaLIFE
"Pergilah" [61]Amir Man1991Endang S. TaurinaLIFE
"Duka Rindu" [62]Lukhman S1992Noraniza IdrisSony Music
"Bangkit Bersama" [63]n/a2017Dayang NurfaizahIndigital

Penglibatan Sebagai Pemuzik

Konsert/Persembahan

KonsertPerananTahunPenyanyiLokasi
"Konsert Hijau" [64]Pengarah Muzik, Pemuzik1991ZainalabidinLife Centre, Kuala Lumpur
"Konsert Live Hetty" [65]Pengarah Muzik, Pemuzik1991Hetty Koes EndangLife Centre, Kuala Lumpur
"Konsert Ikhlas" [66]Pemuzik1992R.A.P '92 - Zainalabidin, Sheila Majid, Zubir Ali, Amir Warren, Afdlin Shauki dan SM SalimStadium Merdeka, Kuala Lumpur
"Konsert Jelajah Aishah -Pesta Muzik Salem" [67]Pengarah muzik1993Aishah6 Lokasi - Pulau Pinang, Ipoh, Shah Alam, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru
"Malam Karyawan '94" [68][69]Pengarah Muzik1994Pelbagai artisStadium Shah Alam, Selangor
"M. Nasir Crossing UK" [70]Pengarah Muzik, Pemuzik1994M. NasirLondon, United Kingdom
"Konsert Akar Manifestasi Akustika" [71]Pengarah Muzik, Pemuzik1995M. NasirPusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
"Konsert Awie Live Unplugged" [72]Pengarah Muzik, Pemuzik1995AwieLife Centre, Kuala Lumpur
"Konsert Ziana Zain Unplugged" [73]Pengarah Muzik, Pemuzik1996Ziana ZainLife Centre, Kuala Lumpur
"Konsert Grand Slam Unplugged" [74]Pengarah Muzik, Pemuzik1996SlamStadium Negara, Kuala Lumpur
"Konsert Live Sharifah Aini" [75]Pengarah Muzik, Pemuzik1996Sharifah AiniPanggung Bandaraya, Kuala Lumpur
"Konsert Simfoni Gemilang " [76]Pengarah Muzik1996Ramli MS dan The Shanghai Symphony OrchestraStadium Negara, Kuala Lumpur
"Konsert Live Siti Nurhaliza" [77]Pengarah Muzik1999Siti NurhalizaStadium Putra, Bukit Jalil (Axiata Arena)
"Konsert Bersama Erra Fazira"Pengarah Muzik1999Erra FaziraPusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
"Konsert Di Pinggir Kayangan" [78]Pengarah Muzik, Pemuzik2000Sharifah AiniPanggung Bandaraya, Kuala Lumpur
"Konsert Siti Nurhaliza Live in Singapore" [79]Pengarah Muzik2000Siti NurhalizaHarbour Pavilion, Singapura
"Konsert Live Jamal Abdillah"Pengarah Muzik2001Jamal AbdillahPusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
"Konsert Perjalanan Seni SM Salim" [80]Pengarah Muzik, Pemuzik2001SM Salim dan Malaysia Philharmonic OrchestraDewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur
"Konsert Mega Siti Nurhaliza" [81]Pengarah Muzik2001Siti NurhalizaStadium Putra, Bukit Jalil (Axiata Arena)
"Konsert Ziana Zain On The Park"Pengarah Muzik2001Ziana ZainPusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
"Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir" [82]Pengarah Muzik2002Siti NurhalizaIstana Budaya, Kuala Lumpur
"Konsert Sang Pencinta" [83]Pengarah Muzik, Pemuzik2006M. NasirIstana Budaya, Kuala Lumpur
"Konsert Keunggulan Francissca Peter" [84]Pengarah Muzik2011Francissca PeterIstana Budaya, Kuala Lumpur
"Konsert Gemilang 2012" [85]Pemuzik Jemputan2012Jamal AbdillahDewan Plenary, Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur
"Konsert 5 Divo" [86]Pengarah Muzik2016Afgan, Judika, Hafiz Suip, Hazama Azmi dan Taufik BatisahStadium Malawati, Shah Alam
"Konsert The Musical Journey of Zainalabidin" [87]Pengarah Muzik2017ZainalabidinDewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
"Konsert Komedi" [88]Pengarah Muzik2017Senario, Afdlin Shauki, Shiro, Nabil Ahmad, AC Mizal, Hans Isaac, Awie, Bocey, Zero, SepahtuAuditorium MBSA, Shah Alam
"Konsert Bangkit Bersama - Sukan SEA 2017" [89]Pengarah Muzik2017Pelbagai artisStadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
"Konsert Dua Diva" [90]Pengarah Muzik2018Aishah dan Liza HanimEsplanade, Singapura
"This Is Misha..Live at DFP 2019" [91]Pengarah Muzik2019Misha OmarDewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur
"Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersama Bintang: Misha Omar" [92]Pengarah Muzik2021Misha OmarIstana Budaya, Kuala Lumpur
"Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang" [93]Pengarah Muzik2022Hetty Koes EndangManhattan Ballroom, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
"Konsert Cakra Khan A Decade Live in Kuala Lumpur" [94]Pengarah Muzik2023Cakra KhanDewan Plenary, Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur

Album Rakaman

Kredit bersama S. Atan

Di awal pembabitan, Ramli menjadi pemuzik sambilan di bawah kelolaan bapa saudaranya, S. Atan sejak usia 17 tahun ketika di Singapura. Sebelum pelaksanaan undang-undang royalti MACP di Malaysia, nama Ramli kerap termasuk di dalam kredit bersama bapa saudaranya itu [95].

Album (Lagu)InstrumenTahunPenyanyiLabel
"Hatiku Kecewa" (lagu "Hatiku Kecewa", "Dewi Cinta", dan "Oh Durian") [96]Bass1975Jeffrydin dan Aida AhmadParlophone
"Perasaan Remaja" (lagu "Rintihan Dara" dan "Perasaan Remaja") [97]Bass1976Julie RemieUniversal (EMI)
"Engkau Sinar Hidupku" (lagu "Menari Bersama", "Kehilangan Dewi Ilhamku", "Tetap Ku Nanti" dan "Bahgia Akhirnya") [98]Bass, Gitar1977Julie RemieUniversal (EMI)
"Sindir Sindir Sayang" (lagu "Sindir Sindir Sayang", "Joget Hati Jujur", "Relaks" dan "Bila Rindu") [99]Bass, Gitar1977Black Dog BoneTony Wong Company
"Kabus" (lagu "Aku Setia Padamu", "Bila" , "Ku Berikan Kasih" dan "Terkenang Padamu") [100]Bass, Gitar1977Hail AmirUniversal (EMI)
"Hanya Nyanyian" (lagu "Joget Bunga Melati") [101]Bass, Percussion1977Halil ChikUniversal (EMI)
"Si Gadis Ayu" (semua) [102]Bass, Gitar, Clarinet1978Black Dog BoneUniversal (EMI)
"Untok Mu Sayang" (semua) [103]Bass, Gitar, Clarinet, Percussion1978Trio ManjaUniversal (EMI)
"Selamat Hari Raya" (semua termasuk "Lenggang Mak Limah") [104]Bass, Gitar, Clarinet, Percussion1978Halil Chik dan Trio ManjaUniversal (EMI)
"Khayalan" (semua termasuk "Khayalan") [105]Back up for bass, gitar, clarinet, percussion1978Black Dog BoneUniversal (EMI)
"Cinta Mu" (semua) [106]Bass, Percussion1978Halil ChikUniversal (EMI)
"Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah)" (semua) [107]Bass, Drums, Percussion1978Al HidayahUniversal (EMI)


Kredit Persendirian
Album (Lagu)InstrumenTahunPenyanyiLabel
"Kristal" (lagu "Jangan Kau Rayu", "Cinta Kristal", "Hipokrasi" dan "Jumpa Sekali Lagi") [108]Keyboard1987Rahim MaarofSony Music (CBS)
"Dari Pancaran" (semua) [109]Keyboard1987PelangiLIFE
"Kali Pertama" (lagu "Tiada") [110]Keyboard1988Fairuz HusseinSony Music (CBS)
"Harapan" (semua) [111]Keyboard1988Francissca PeterWarner Music
"Suara Hati" (semua) [112]Keyboard1988Dayangku IntanWarner Music
"Kurnia" (semua) [113]Keyboard, Percussion1988Jay JayWarner Music
"Suara Cinta" (semua) [114]Piano1989IllusiAntartika
"Perasaan" (semua) [115]Keyboard1989Dayangku IntanWarner
"Perasaan" (semua) [116]Keyboard1989Moses VadhamSuria Records
"Cintaku Tak Sehebat Rinduku" (semua) [117]Keyboard, Synth1990Hetty Koes EndangLIFE
"Bersama" (semua) [118]Keyboard1990Jay JayWarner Music
"Mawar Terpinggir" (semua) [119]Keyboard, Programming1992Francissca PeterWarner Music
"Cahaya" (semua) [120]Keyboard1992Dayangku IntanWarner Music
"Noraniza Idris" (semua) [121]Keyboard, Akordian1992Noraniza IdrisSony Music
"Nash '92" (semua) [122]Keyboard1992Nash EliasWarner Music
"1" (lagu "Satu") [123]Keyboard1992SM Salim dan ZainalabidinWarner Music
"Nostalgia Pilihan" (semua) [124]Keyboard, Programming1992Hetty Koes EndangLIFE
"Koleksi Nostalgia Vol 3" (semua) [125]Keyboard1992WannRock Records (Suara Cipta Sempurna)
"Khazanah Dari Malaya" (semua) [126]Keyboard1992Ayati TasripRock Records (Suara Cipta Sempurna)
"Jangan Main-main (Sup Selipar)" (semua) [127]Keyboard1992Salih YaacobLIFE
"Nostalgia Aidilfitri Vol 2" (semua) [128]Keyboard, Akordian, Mandolin1993WannRock Records (Suara Cipta Sempurna)
"Seniman Sepanjang Zaman" (lagu "Tunggu Sekejap") [129]Keyboard1993Ahmad NawabUniversal (Nawab Production/EMI)
"Dankdut Bang!" (semua) [130]Keyboard, Programming1993Zaleha HamidLIFE
"Amigos" (lagu "Menaruh Harapan" dan "Sri Kandi Kasih") [131]Keyboard, Programming1993AmigosDenoris
"Impiana" (lagu "Murni" dan "Rentak Orang Berdua") [132]Keyboard, Akordian1993Ayati TasripRock Records (Suara Cipta Sempurna)
"Canggung Mendonan" (lagu "Mentera Semerah Padi") [133]Akordian1993M. NasirSony Music (BMG)
"Slam" (lagu "Endless", "Leka Yang Lama", "Semoga Kau Mengerti") [134]Keyboard1994SlamSony Music (BMG/JSP)
"Cahaya" (lagu "Itu Ini") [135]Akordian1994SheqalSony Music (BMG)
"Asli" (semua) [136]Akordian1994Nash EliasWarner Music
"Nona Manis" (semua) [137]Keyboard1994Nona ManisRock Records (Suara Cipta Sempurna)
"Nona Manis" (semua) [138]Keyboard1994Nona ManisRock Records (Suara Cipta Sempurna)
"Ramlah Ram" (lagu "Sabarmu Terlalu Tipis" dan "Rindu Yang Ku Simpan") [139]Keyboard1995Ramlah RamSony Music (BMG)
"Setia Ku Di Sini" (lagu "Tiada Kepastian", "Tuduhan" dan "Kini Ku Mengerti") [140]Keyboard1995Ziana ZainSony Music (BMG)
"Mamat" (semua) [141]Strings, Piano, Synth1995MamatJojo
"Man Bai" (lagu "Sebenarnya") [142]Akordian1995Man BaiWarner Music
"Bisa Berbisa" (semua) [143]Akordian, Piano, Frame Drum1995UkaysSony Music (BMG)
"O-Tak" (lagu "Nostalgia Cinta") [144]Keyboard, Strings1996AwieSony Music (BMG)
"Bila Hatiku Rindu" (semua) [145]Keyboard1996MelatiJojo
"Kulit" (semua) [146]Keyboard1996KulitHSP
"Percaya" (lagu "Percayalah" dan "Tari Pujangga") [147]Keyboard, Akordian, Programming1997Ruhil AmaniGong Klasik
"Simfoni Gemilang" (semua) [148]Akordian1997Ramli M. S. dan Shanghai Symphony OrchestraLIFE
"Mata" (semua) [149]Akordian1997Jalil HamidPony Canyon
"Puncak Kasih" (lagu "Berpisah Jua" dan "Terlerai Kasih") [150]Strings, Piano, Keyboard1997Ziana ZainSony Music (BMG)
"Berkat" (lagu "Pulanglah", "Puasa dan Raya", dan "Syahdu Di Hari Lebaran") [151]Keyboard, Akordian1997Senario, Normala Samsudin, DenGong Klasik
"Anugerah" (semua) [152]Keyboard1997AnugerahMatahati
"Best of Ziana Zain" (lagu "Tiada Jodoh Antara Kita") [153]Strings, Piano1998Ziana ZainSony Music (BMG)
"Hujan Emas" (lagu "Firasat", "Bunga Lalang" dan "Tidur Tak Lena") [154]Akordian1998To'kiUniversal (EMI/Syncrosound)
"Melayu Deli Vol 2" (semua) [155]Akordian, Keyboard1998Yusni Hamid, R. Ismail, Salih Yaacob, Jatt Ali, Aslina IsmailLIFE
"風一樣的男子" (lagu "風一樣的男子") [156]Akordian1999Daniel ChanUniversal Music Taiwan
"走過1999" (lagu "走過1999") [157]Akordian1999Jacky CheungUniversal Music Taiwan
"Phoenix Bangkit" (lagu "Hijab Kekasih") [158]Akordian2001M. NasirWarner Music
"Rockestra" (semua) [159]Strings2001SearchSony Music (BMG)
"Maria" (lagu "Lewat Mana Ku Nanti") [160]Keyboard2001Joe RadzwillWarner Music
"Aku Cintakan Mu" (lagu "Dibiar Resah", "Bagai Gahara", "Terkenang Jua" dan "Menadah Gerimis") [161]Keyboard, Strings, Piano2001Ziana ZainSony Music (BMG)
"Sunrise 我喜歡" (lagu "Sunrise") [162]Akordian2002Fish LeongRock Records
"V6" (lagu "Kaca") [163]Strings2002XPDCLIFE
"Sanggar Mustika" (lagu "Nirmala", "Bisikan Hati", "Dibatas Masa" dan "Bunga Melor") [164]Strings, Akordian2002Siti NurhalizaSuria Records
"Sekarang Dah Jadi" (lagu "Entahkan Jadi Entahkan Tidak") [165]Keyboard, Akordian2003SM Salim dan Sheila MajidWarner Music
"Gorrr-reng Jer!" (semua) [166]Keyboard2006ChobibPower Records
"Misha Omar" (lagu "Nafas Cahaya", "Sembunyi", "Sampai Di Sini" dan "Cinta Adam dan Hawa" )Strings, Piano, Keyboard2008Misha OmarSony Music
"Dia...Misha Omar" (lagu "Berlalu" dan "Kerana" )Strings, Piano, Keyboard2011Misha OmarSony Music

Anugerah dan pencapaian

Darjah Kebesaran

Penganugerahan Nasional dan Lain-lain

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
1995
Anugerah Industri Muzik ke-3
Album Terbaik
Penerbit untuk album "Awie Live Unplugged" oleh AwieTercalon
1998
Anugerah Industri Muzik ke-6
Album Nasyid Terbaik
Penerbit untuk album "Yayadan" oleh Sharifah AiniTercalon
Album Pop Etnik Terbaik
Penerbit untuk album "Samrah" oleh Jamal AbdillahTercalon
Penerbit untuk album "Sekeping Cinta Sehampar Janji" oleh Ramlah RamTercalon
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu
Penggubah untuk lagu "Seri Langkat" oleh Jamal Abdillah dan AmelinaMenang
2000
Anugerah Industri Muzik ke-8
Penggubah untuk lagu "Rondo Cinta Buta" oleh UkaysTercalon
Penggubah untuk lagu "Jernih" oleh AmukTercalon
2001
Anugerah Industri Muzik ke-9
Album Pop Terbaik
Penerbit untuk album "Aku Cintakan Mu" oleh Ziana ZainTercalon
Penerbit untuk album "Konsert Mega" oleh Siti NurhalizaTercalon
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu
Penggubah untuk lagu "Merisik Khabar" oleh SaleemTercalon
2002
Anugerah Industri Muzik ke-10
Album Pop Terbaik
Penerbit untuk album "Konsert Live Untukmu Sudirman" oleh Siti NurhalizaTercalon
Album Pop Etnik Terbaik
Penerbit untuk album "Sanggar Mustika" oleh Siti NurhalizaTercalon
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu
Penggubah untuk lagu "Merisik Khabar" oleh Siti NurhalizaMenang
2005
Anugerah Industri Muzik ke-13
Album Terbaik
Penerbit untuk album "Gemilang" oleh Jaclyn VictorMenang
Album Pop Terbaik
Menang
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu
Penggubah untuk lagu "Gemilang" oleh Jaclyn VictorMenang
Penggubah untuk lagu "Aku Penghibur" oleh Jamal AbdillahTercalon
2008
Anugerah Industri Muzik ke-16
Album Terbaik
Penerbit untuk album "Misha Omar" oleh Misha OmarTercalon
Album Pop Terbaik
Menang
2019
Malaysia Prestigious Industry Award (MYPIA)
Pencapaian Sepanjang Hayat
"Prestigious Leader in Music Industry" [168]Menang
Anugerah ThrowBaek Astro
Khas Juri
"ThrowBaek Abadi" - Penghargaan Khas [169]Menang

Rujukan

Pautan luar