Nikki Palikat

Nicolette Louisa Palikat (lahir 1 November 1985) atau kini lebih dikenali sebagai Nikki Palikat adalah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan peserta Malaysian Idol musim pertama.[1] Beliau juga merupakan naib juara Gegar Vaganza (musim 8) pada 2021.

Nikki Palikat
Nama lahirNicolette Louisa Palikat
Kelahiran (1985-11-01) 1 November 1985 (umur 38)
Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat
Berasal dariTambunan, Sabah, Malaysia
GenrePop, R&B, soul
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Artistes United Records
Pengkarya berkait
Zahid, Ning Baizura, Yanie, Audi Mok, Siti Sarah
Laman sesawang
www.nikkimusic.com.my

Kehidupan peribadi

Beliau berasal dari Tambunan, Sabah dan dilahirkan pada 1 November 1985 di Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat ketika bapanya sedang melanjutkan pengajiannya di sana. Nikki fasih berbahasa Dusun dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu. Selepas tamat Malaysian Idol 1, Nikki menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Sebelum itu, beliau bersekolah di St Francis Convent Catholic School. Nikki dikenali di Malaysia dengan suara tinggi ( Whistle Register) yang menjadi trademark beliau dalam nyanyian.

Beliau ialah anak saudara kepada Jimmy Palikat, yang popular dengan lagu ' Anak Kampung. Nikki berkahwin dengan komposer dan penerbit rakaman Audi Mok dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Liam Audi yang kini berusia 12 tahun .[2]. Semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, Nikki berjaya memasuki pertandingan Malaysian Idol Musim 1 dengan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk 'Emotions' dendangan Mariah Carey. Nikki berjaya memasuki peringkat 12 teratas pertandingan tersebut dan dianggap sebagai peserta yang terbaik untuk memenangi pertandingan tersebut oleh Paul Moss.

Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan Nikki dilamar oleh Artistes United Records dan melahirkan album sulung beliau berjudul Maharani. Album tersebut juga telah menunjukkan kemantapan vokal Nikki menggunakan teknik 'whistle register'.

Nikki membuat penampilan teater pertamanya dengan Shout the Mod Musical dan diikuti oleh Euphrasia.[3][4]

Setelah selesai menyertai Gegar Vaganza, Nikki kemudian membuat pengakuan bahawa beliau sebenarnya sudah lama berpisah dengan bekas suaminya, Audi Mok akan tetapi Nikki tidak menghebahkan berita tersebut kepada media pada ketika itu. Namun beliau berkata bahawa beliau dan bekas suami kini tetap berhubungan baik demi anak mereka.

Malaysian Idol 2004

Nikki hampir tersingkir di pusingan Workshop namun beliau bertuah pada ketika itu kerana dipilih oleh para juri untuk mara ke pusingan Wildcard dan hasilnya beliau berjaya terpilih ke Top 12 hasil undian penonton. Namun beliau tersingkir pada konsert spektakular kelima berikutan undian tidak menyebelahi beliau. Berikut persembahan Nikki;

PusinganLagu (penyanyi asal)Keputusan
Workshop 1"One Moment in Time" (Whitney Houston)Wildcard
Wildcard"The Voice Within" (Christina Aguilera)Top 12
Top 12"Crazy in Love" (Beyoncé Knowles)Selamat
Top 10"I Want You Back" (The Jackson 5)Selamat
Top 8"Against All Odds" (Phil Collins)Selamat
Top 7"I'm With You" (Avril Lavigne)Selamat
Top 6"Emotions" (Mariah Carey)Tersingkir

Uniknya, sepanjang pertandingan Malaysian Idol berlangsung, Nikki antara peserta yang tidak pernah sekalipun menyanyikan lagu berbahasa melayu.

Gegar Vaganza 8

Nikki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Laguku SendiriCaramuDirinya sendiri (Duet dengan Zahid Baharuddin)Ke-4
Minggu 2Masih Aku TerasaDramaNikki Palikat, Ning Baizura dan YanieKe-3
Minggu 3Segalanya Ku TerimaSemalamAina AbdulTempat Pertama
Minggu 4Berdiri Bulu RomakuZombieThe CranberriesKe-2
Minggu 5Dulu Lain Sekarang LainGelombangSalamiah HassanTempat Pertama
Minggu 6Langkah SeiringanGurindam Jiwa (Duet Bersama Syamel)Rafeah Buang dan R. IsmailKe-6
Minggu 7Kelentang KelentongRinduHetty Koes EndangTempat Pertama
Minggu 8 (Suku Akhir)Kupetik Bintang-BintangZheng FuNai YingKe-4
Minggu 9 (Separuh Akhir)Lagu UntukmuPuncak KasihZiana ZainKe-2
Ikut RentakkuJaclyn Victor
Minggu 10 (Akhir)Akhirnya Kini PastiTerasing Dato' SudirmanNAIB JUARA
Mengapa (Duet Bersama Idayu)Nicky Astria
Gangnam Style (battle Suki Low)PSY

All Stars Gegar Vaganza 2023

Nikki terpilih menyertai All Stars Gegar Vaganza (2023) melalui Hot Seat All Stars Gegar Vaganza anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Nikki membawakan single Faradhiya iaitu lagu Bertakhta Di Hati.

Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza (musim 10)
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Kembali MenyengatBertakhta Di HatiFarahdhiyaKe-4
Minggu 2Nyanyi Ikut Tekak SendiriBersama AkhirnyaZiana ZainKe-7
Minggu 3Putar Kiri KananCanggungWany HasritaKe-6
Minggu 4Berdua BersatuTak Tercapai Akalmu (Duet Bersama Wanie kayri)ElyanaKe-5
Minggu 5MisteriDepresiIamNEETAKe-4
Minggu 6No Retreat No SurrenderCinta Dalam HatiUnguKe-7
Minggu 7Kau IlhamkuSelagi Ada CintaNing BaizuraKe-10
Minggu 8Fun Fair Tok Ram (Pilihan Lagu Dato’Ramli Ms)Semakin Rindu Semakin AsyikAmelinaKe-10
Minggu 9Duet 2.0 (Astro Verse)Drama King (Duet Bersama Ara Johari)Meet Uncle Hussain & Black HanifahKe-4
Minggu 10Fiesta MuzikaPerhaps Perhaps Perhaps & MacarenaDesi Arnaz & Los Del RíoKe-6

Diskografi

Album studio

JudulButiran album
Maharani
Hawa

Single

TahunJudulAlbum
2005"Pinta"Maharani
"Imaginasi"
"Hey! Hey!"
2006"Caramu" (feat Zahid)
"Drama" (featuring Ning Baizura & Yanie)Single
2008"Relakan"Hawa
"Selamat Tinggal"
"Cantik"
2009"Belasmu"
"Hawa"
2010"Biar Waktu"OST Drama Apa Dosaku
2013"Kata Mama"Single
2022"Sudah"Single
2023“Panas”Single
2023“Usah Najiskan Cinta Ini”Single
2024"Dugaan Takdir Cinta"OST Drama Takdir Itu Milik Aku

Filemografi

Televisyen

TahunAcaraPerananSaluran TVCatatan
2004Malaysian Idol Musim 1Peserta8TVTersingkir konsert Top 6.
2021-2022Gegar Vaganza Musim 8PesertaAstro RiaNaib Juara GV8

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2017Dendam AuroraLauraAstro PrimaPelakon pembantu
Selamat Malam Tan SriPuspaTV2
2019Seputih Cinta RangbulanCindy

Anugerah & pencapaian

TahunAcaraKategoriKarya dicalonkanKeputusan
2006Anugerah Planet Muzik 2006Artis Baru Wanita TerbaikAlbum MaharaniMenang
Anugerah Era 2006Artis HarapanTercalon
Lagu Pop Terbaik"Caramu"Tercalon
2007Anugerah Era 2007Vokal Dua BerkumpulanMenang
Anugerah Industri Muzik ke-14Video Muzik TerbaikMenang
2009Anugerah Industri Muzik ke-16Kulit Album TerbaikAlbum HawaTercalon
Anugerah Planet Muzik 2009Artis Wanita TerbaikTercalon
2021-2022Gegar Vaganza Musim 8Tempat kedua
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Penyanyi Wanita PopularDirinya sendiriTercalon

Rujukan

Pautan luar