Tanjah

bandar di Maghribi

Tanjah[2][3] (Arab: طَنجَة, rumi: Ṭanjah, bahasa-bahasa Barbar: ⵟⴰⵏⵊⴰ, rumi: Ṭanja; Perancis: Tanger turunan Latin: Tingi atau Tinge;[4][5] bahasa Inggeris: Tangiers) merupakan sebuah bandar di pesisiran Mediterranean barat laut Maghribi. Bandar ini ialah ibu negara bagi wilayah Tanger-Tetouan-Al Hoceima, serta Wilayah Ṭanja-Aẓila.

Tanjah
  • طَنجَة (Arab)
  • ⵟⴰⵏⵊⴰ (bahasa-bahasa Barbar)
  • Tanger (Perancis)
Tanjah
Tanjah
Nama panggilan: Bandar biru dan putih, Boughaz, pengantin perempuan Utara
Tanjah is located in Bumi
Tanjah
Tanjah (Bumi)
Koordinat: 35°46′36″N 05°48′14″W / 35.77667°N 5.80389°W / 35.77667; -5.80389 05°48′14″W / 35.77667°N 5.80389°W / 35.77667; -5.80389
Negara Maghribi
KawasanTanger-Tetouan-Al Hoceima
Diasaskan oleh orang orang Finiqiyahc. 1000 BC
Aras tertinggi
230 m (750 ft)
Aras Terendah
0 m (0 ft)
Penduduk
 (2014)[1]
 • Jumlah947,952
 • Pemeringkatanke-3 di Maghribi[1]
 [a]
DemonimTanjawi
Zon waktuUTC+1 (CET)
Poskod
  • 90000
  • 90010
  • 90020
  • 90030
  • 90040
  • 90050
  • 90060
  • 90070
  • 90080
  • 90090
  • 90100
Kod kawasan0539
Laman sesawangtanger.ma

Banyak tamadun dan budaya telah mempengaruhi sejarah Tanjah, bermula sebelum abad ke-10 SM. Bermula sebagai bandar Barbar yang strategik dan kemudian pusat perdagangan Finiqiyah, Tanjah telah menjadi perhubungan bagi banyak budaya. Pada 1923, ia menjadi zon antarabangsa yang diuruskan oleh kuasa penjajah dan menjadi destinasi bagi ramai diplomat Eropah dan Amerika, pengintip, bohemianisme, penulis dan ahli perniagaan. Status itu berakhir dengan kemerdekaan Maghribi, secara berperingkat antara 1956 dan 1960.

Menjelang awal abad ke-21, Tanjah sedang mengalami pembangunan dan pemodenan yang pesat. Projek termasuk projek pelancongan di sepanjang teluk, daerah perniagaan moden yang dipanggil Pusat Bandar Tanjah, terminal lapangan terbang dan stadium bola sepak. Ekonomi Tanjah ditetapkan untuk mendapat manfaat yang besar daripada pelabuhan Tanger-Med.

Geografi

Pandangan Tanjah dari angkasa (2005)

Tanjah terletak antara dua bukit di hujung barat laut teluk yang senama 23 km (14 bt) timur Tanjung Spartel belah selatan Selat Gibraltar, kawasan rata antara dedua bukit ini seperti perani;[6] bukit baratnya dijadikan kota benteng bersejarah kawasan itu.[7] Ia juga terletak atas penara Marsyan jarak 1,189 meter (3,900 ka) merentas barat pusat kota selari pesisiran.[7]

Iklim

Tanjah beriklim Mediterranean (kelas Köppen Csa) dengan curahan hujan lebih berat berbanding tempat-tempat lain serantau Afrika Utara dan Semenanjung Iberia kerana keadaannya yang terdedah.[8] Angin bertiup utama dari laut yang membantu keadaan peredaran udara sekitar kota tersebut dari dahulu.[9]

Musim panas agak tarik dan terang manakala musim sejuknya basah dan sederhana; ibun jarang ada pada musim ini. Suru tehendah di Tanjah adalah −4.2 °C (24.4 °F) dicatatkan pada Januari 2005.[8]

Data iklim untuk Lapangan Terbang Tanjah 1961–1990, extremes 1917–1963
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F)22.0
(71.6)
24.1
(75.4)
24.0
(75.2)
29.1
(84.4)
31.9
(89.4)
33.5
(92.3)
36.7
(98.1)
38.2
(100.8)
35.8
(96.4)
30.4
(86.7)
27.0
(80.6)
24.0
(75.2)
38.2
(100.8)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)16.2
(61.2)
16.8
(62.2)
17.9
(64.2)
19.2
(66.6)
21.9
(71.4)
24.9
(76.8)
28.3
(82.9)
28.6
(83.5)
27.3
(81.1)
23.7
(74.7)
19.6
(67.3)
17.0
(62.6)
21.8
(71.2)
Purata suhu harian, °C (°F)12.5
(54.5)
13.1
(55.6)
14.0
(57.2)
15.2
(59.4)
17.7
(63.9)
20.6
(69.1)
23.5
(74.3)
23.9
(75.0)
22.8
(73.0)
19.7
(67.5)
15.9
(60.6)
13.3
(55.9)
17.7
(63.9)
Purata minimum suhu harian, °C (°F)8.8
(47.8)
9.4
(48.9)
10.1
(50.2)
11.2
(52.2)
13.4
(56.1)
16.2
(61.2)
18.7
(65.7)
19.1
(66.4)
18.3
(64.9)
15.6
(60.1)
12.2
(54.0)
9.7
(49.5)
13.6
(56.5)
Rekod rendah suhu, °C (°F)−4.2
(24.4)
0.8
(33.4)
4.2
(39.6)
5.8
(42.4)
7.4
(45.3)
10.2
(50.4)
10.5
(50.9)
14.0
(57.2)
10.0
(50.0)
9.0
(48.2)
4.8
(40.6)
−0.1
(31.8)
−4.2
(24.4)
Purata kerpasan, mm (inci)103.5
(4.07)
98.7
(3.89)
71.8
(2.83)
62.2
(2.45)
37.3
(1.47)
13.9
(0.55)
2.1
(0.08)
2.5
(0.10)
14.9
(0.59)
65.1
(2.56)
134.6
(5.30)
129.3
(5.09)
735.9
(28.97)
Purata bilangan hari kerpasan11.211.410.19.36.13.70.80.83.18.011.112.087.6
Purata kelembapan relatif (%)80817878767470727376798176
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari169.2166.9231.7251.7298.9306.8344.0330.7275.6238.2180.6166.92,960.7
Sumber 1: NOAA[10]
Sumber 2: Deutscher Wetterdienst (humidity, 1973–1993)[11]

Sejarah

Petempatan

Tanjah diasaskan para penduduk Finikiah seawal abad ke-10 SM[12][13] mengukuh pada abad ke-8 SM.[14] Ia menjadi pelabuhan besar dalam kerajaan Cathago pada abad ke-5 SM.[12][13] Masyarakat Yunani Purba percaya bahawa kota ini dinamakan sempena Tinjis, anak sang gergasi Atlas yang menjadi kekasih sedudukan Herakles.[15]

Bandar kembar

Tanjah dikembarkan kepada:[16]

Galeri

Rujukan

Sumber

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno