Tatamain

Tatamain atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai gameplay merujuk kepada cara pemain berinteraksi dengan permainan,[1][2] khusus lagi yang berformat video interaktif.[3][4] Ia difahamkan sebagai pola atau corak bagaimana permainan sebegini dimainkan berdasarkan:

  • peraturan yang ditetapkan,[2][5]
  • ketersambungan antara pemain dan permainan,[6]
  • cabaran yang diberikan dalam permainan[7] dan cara penyelesaian,[8]
  • jalan cerita yang ditumpukan[9] dan rasa hubungan pemain terhadap jalan cerita tersebut.

Hal ini mempunyai pendalaman yang tersendiri berbanding aspek teknikal yang dikandungkan dalam permainan video seperti grafik [10] dan audio.

Lihat juga

Rujukan