Teori konspirasi

Teori konspirasi atau teori persekongkolan (dalam bahasa Inggeris: conspiracy theory) adalah teori-teori yang berusaha menjelaskan bahawa punca utama suatu atau serangkaian peristiwa (yang umumnya berkaitan hal politik, sosial, atau sejarah) itu terahsia dan seringkali diperdayakan atau dimanipulasikan serta dirancang diam-diam oleh sekumpulan individu atau organisasi sulit yang sangat berkuasa atau berpengaruh.

Simbol "Mata Yang Melihat Segalanya" (The All Seeing Eye) atau "Mata Takdir" (Eye of Providence) pada wang kertas dolar Amerika Syarikat yang dimaksudkan sebagai lambang pengawasan perilaku umat manusia[1] sering disalah tafsir sebagai Illuminati.

Kepercayaan terhadap teori yang diungkitkan seperti yang disebutkan dikatakan datang daripada prasangka atau kekurangan bukti kukuh berkaitan peristiwa ini.[2] Malah, ia dikukuhkan suatu penaakulan yang melingkar (circular reasoning) di mana kekurangan tersebut boleh ditafsirkan sebagai bukti kebenaran difikirkan itu[2][3] dan konspirasi yang ditumpukan menjadi suatu yang mesti dipercayai berbanding sesuatu yang perlu dicabar kesahihannya;[4][5] sesiapa yang tidak percaya selalu menganggap ia olok-olok, mengada-ada, mensia-siakan masa, kurang kerjaan, dan sebagainya.

Kajian ada menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap teori-teori yang rapuh asas disebut berkait rapat dengan masalah psikologi seperti paranoia atau penafian dan pelepasan keinginan tanpa disedari (psychological projection)[6] lalu boleh membahayakan jika keadaan yang membenarkan tidak dibendung.[7][8]

Gambaran umum

Penganut teori ini pun terbelah dalam dua kubu utama. Kumpulan pertama adalah mereka yang hanya percaya bahawa segala hal mungkin terjadi apabila ada sokongan argumentasi yang kuat, fakta tepat, data ilmiah, pendapat yang boleh disahkan kebenarannya, tokoh-tokoh yang nyata, sejarah yang memang ada dan bukan mitos, dan sebagainya. Kumpulan ini percaya John F. Kennedy sebenarnya tidak ditembak, tetapi diselamatkan oleh makhluk angkasa luar, misalnya. Kumpulan kedua adalah mereka yang percaya tanpa syarat alias mereka yang menganggap apa yang berlaku sudah dirancang sedemikian rupa, yang acapkali menyambung dengan mitos, legenda, ghaib, dan sebagainya. Misalnya, mereka percaya bahawa serangan 11 September sudah dirancang sebagaimana yang terlihat pada lipatan wang kertas 20 dolar AS; di mana apabila kita melipat wang itu sedemikian rupa akan tercipta gambar menara kembar yang terbakar.

Teori tersebut memang benar adanya, itu boleh dibuktikan dari hal-hal kecil seperti: apabila kita bermain poker dengan jumlah pemain 5 orang, maka kita boleh melakukan konspirasi terhadap 3 pemain lain, sehingga hasil dari kekalahan 1 pemain yang merupakan calon korban konspirator boleh dibahagikan berempat, dan cara itu biasa digunakan oleh pejudi-pejudi terkenal.

Rujukan


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno