Thunnini

suku ikan

Thunnini ialah suku ikan air masin yang sering dikenali sebagai tuna, aya atau tongkol,[2] dalam keluarga kembung, Scombridae. Thunnini merangkumi 15 spesies dalam lima genus.[3] Ia mempunyai saiz yang sangat berbeza, menjulat daripada aya peluru (panjang maks: 50 cm atau 1.6 ka, berat: 1.8 kg atau 4 lb) sehinggalah tuna sirip biru Atlantik (panjang maks: 4.6 m atau 15 ka, berat: 684 kg atau 1,508 lb), yang puratanya 2 m (6.6 ka) dan dipercayai hidup sehingga 50 tahun.

Tuna
Julat zaman: Ypres-kini , 56.0–0 Ma [1]
Tuna (dari atas): albakor, tuna sirip biru Atlantik, aya jepun, tuna sirip kuning, tuna mata besar
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Actinopterygii
Order:Scombriformes
Keluarga:Scombridae
Subkeluarga:Scombrinae
Tribus:Thunnini
Starks, 1910
Genus

Sebagai pemangsa yang aktif dan tangkas, tuna mempunyai badan yang ramping, menggaris arus, dan merupakan antara ikan pelagik paling cepat berenang – aya sirip kuning contohnya mampu berenang mencapai kelajuan sehingga 75 km/j (47 mph).[4]

Tuna diternak secara komersial dan digemari untuk dipancing dengan tujuan beriadah. Hasil penangkapan ikan yang berlebihan, stok beberapa spesies tuna, seperti tuna sirip biru selatan, hampir pupus.[5] Ikan tuna bertaburan luas di lautan-lautan beriklim sederhana dunia.[6]

Etimologi

Nama tuna dipinjamkan daripada bahasa Inggeris daripada kata bahasa Sepanyol atún daripada bahasa Arab Andalusia at-tūn yang diasimilasikan daripada al-tūn التون [Bahasa Arab Modern التن] dari kata Latin thunnus.[7] Nama suku Thunnini juga dijejak daripada perkataan Thunnus. Perkataan Thunnus dipinjamkan daripada kata Bahasa Yunani Kuno: θύννος, thýnnos yang dipakai pada spesies Thunnus thynnus sin. Scomber thynnus[8][9] daripada kata θύνω thýnō "meluru".[10]

Taksonomi

Suku Thunnini ialah klad monofiletik yang merangkumi 15 spesies dalam lima genus:

  • keluarga Scombridae
    • suku Thunnini: tuna
      • genus Allothunnus: tuna langsing
      • genus Auxis: aya selasih
      • genus Euthynnus: tuna kecil
      • genus Katsuwonus: aya jepun
      • genus Thunnus: albakor dan tuna sebenar
        • subgenus Thunnus (Thunnus): kumpulan sirip biru
        • subgenus Thunnus (Neothunnus): kumpulan sirip kuning

Kladogram ialah alat untuk membayangkan dan membandingkan hubungan evolusi antara takson, dan dibaca dari kiri ke kanan mengikut garis masa. Kladogram berikut menggambarkan hubungan antara tuna dan suku lain dalam keluarga Scombridae. Contohnya, kladogram menggambarkan aya jepun lebih berkait rapat dengan tuna sebenar berbanding tuna langsing (tuna paling primitif), dan saudara terdekat lain bagi tuna adalah bonito daripada suku Sardini.[3]

Tuna: suku Thunnini, dalam keluarga Scombridae
keluarga Scombridae 
 subkeluarga
Gasterochismatinae 

 setan jangki (satu genus)

 subkeluarga
Scombrinae 
suku Scombrini 

 kembung (dua genus)

suku Scomberomorini 

 tenggiri (tiga genus)

suku Sardini 

 bonito (empat genus)

 suku Thunnini,
 tuna 

 Allothunnus, tuna langsing

 Auxis, aya selasih

 Euthynnus, tuna kecil

 Katsuwonus, aya jepun

 Thunnus, tuna sebenar 
 subgenus Thunnus

 kumpulan sirip biru

 subgenus Neothunnus

 kumpulan sirip kuning

Kladogram: Tuna dikelaskan kepada suku Thunnini (di bawah-tengah dalam kladogram di atas) – satu daripada empat suku yang ada dalam keluarga Scombridae.[3]

Ciri

Badan tuna bergaris arus untuk membantunya berenang dengan laju. Ia ada dua sirip yang terpisah di belakangnya. Sirip atasnya boleh direndahkan dan disokong oleh duri-duri badan.[11] Sirip pinggul terletak di bawah sirip dada. Kedua-dua sirip belakang dan sirip pinggul boleh disentap kembali apabila tuna berenang laju.[11]

Ekornya berbentuk bulan sabit. Bahagian atas badannya berwarna biru gelap manakala bahagian bawahnya berwarna keputihan untuk membantunya menyamar.[12] Tuna dapat mengekalkan suhu tubuh lebih tinggi daripada air di sekelilingnya.

Rujukan

Bibliografi

Bacaan lanjut

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi