Tokyo Yakult Swallows

Tokyo Yakult Swallows (Jepun: 東京ヤクルトスワローズ) ialah pasukan besbol profesional Jepun yang beraksi di Liga Pusat dalam saingan Nippon Professional Baseball. Pasukan ini berpusat di Shinjuku, Tokyo dan ia merupakan salah satu daripada dua pasukan besbol yang terletak di Tokyo bersama-sama pasukan Yomiuri Giants. Pasukan ini telah menjuarai sembilan kejuaraan Liga Pusat dan meraih enam gelaran Japan Series. Sejak tahun 1964, pasukan ini telah beraksi di Stadium Meiji Jingu.

Tokyo Yakult Swallows
東京ヤクルトスワローズ
Fail:Tokyo Yakult Swallows Tsubakuro logo.png
Logo pasukanLencana topi
Maklumat
LigaNippon Professional Baseball
Liga Pusat (1950–kini)
LokasiShinjuku, Tokyo, Jepun
StadiumStadium Meiji Jingu
Tahun penubuhan12 Januari 1950; 74 tahun yang lalu (1950-01-12)[1]
Nama gelaranTsubame (つばめ, burung layang-layang)
Pennant CL9 (1978, 1992, 1993, 1995, 1997, 2001, 2015, 2021, 2022)
Kejuaraan Japan Series6 (1978, 1993, 1995, 1997, 2001, 2021)
Nama lama
  • Yakult Swallows (1974–2005)
  • Yakult Atoms (1970–1973)
  • Atoms (1969)
  • Sankei Atoms (1966–1968)
  • Sankei Swallows (1965)
  • Kokutetsu Swallows (1950–1965)
Stadium lama
  • Korakuen Stadium (1950–1963)
WarnaBiru kelasi, Merah, Hijau
              
MaskotTsubakuro, Tsubami, dan Torkuya
Kemunculan playoff7 (2009, 2011, 2012, 2015, 2018, 2021, 2022)
PemilikanTakashige Negishi
PengurusanYakult Honsha
PengurusShingo Takatsu
Seragam
Fail:Tokyo Yakult Swallows uniforms.png

Pasukan Swallows mendapat nama sempena pemilik korporatnya, Yakult Honsha. Dari tahun 1950 sehingga 1965, pasukan ini pernah dimiliki oleh Japanese National Railways (dikenali sebagai Kokutetsu (国鉄) dalam bahasa Jepun). Lantaran itu, pasukan ini disebut sebagai Kokutetsu Swallows. Seterusnya, pasukan ini kemudiannya dimiliki oleh akhbar Sankei Shimbun dari 1965 sehingga 1968 dan pasukan ini pula bernama Sankei Atoms. Yakult membeli pasukan ini pada 1970 dan menamakannya semula sebagai Yakult Atoms, sebelum ia ditukar kepada Yakult Swallows pada 1974. Akhirnya pada tahun 2006, ia menjadi Tokyo Yakult Swallows.

Bekas pemain

  • Masaichi Kaneda (1950–1964)
  • Yukihiko Machida (1952–1964)
  • Yasumitsu Toyoda (1963–1969)
  • Hiromu Matsuoka (1968–1985)
  • Akihiko Ohya (1970–1985)
  • Yukio Yaegashi (1970–1993)
  • Takeshi Yasuda (1971–1981)
  • Tsutomu Wakamatsu (1972–1989)
  • Joe Pepitone (1973)
  • Roger Repoz (1974–1977)
  • Charlie Manuel (1976–1978)
  • Dave Hilton (1978–1979)
  • Daisuke Araki (1983–1995)
  • Hideki Kuriyama (1984–1990)
  • Takahiro Ikeyama (1984–2002)
  • Katsumi Hirosawa (1985–1994)
  • Bob Horner (1987)
  • Tetsuya Iida (1987–2004)
  • Katsuyuki Dobashi (1987–2006)
  • Kenji Tomashino (1989–1997)
  • Floyd Bannister (1990)
  • Atsuya Furuta (1990–2007)
  • Tatsuji Nishimura (1990–1994)
  • Johnny Ray (1991–1992)
  • Yōichi Okabayashi (1991-2000)
  • Jack Howell (1992-1994)
  • Rex Hudler (1993)
  • Mitsuru Manaka (1993-2008)
  • Futoshi Yamabe (1994-2006)
  • Hensley Meulens (1995–1996)
  • Tom O'Malley (1995–1996)
  • Atsunori Inaba (1995–2004)
  • Shinya Miyamoto (1995–2013)
  • Shinichi Sato (1996–2005)
  • Dwayne Hosey (1997–1998)
  • Ryota Igarashi (1998–2009, 2019–2020)
  • Jason Jacome (1999–2000)
  • Roberto Petagine (1999–2002)
  • Alex Ramírez (2001-2007)
  • Yuhei Takai (2003–2021)
  • Aaron Guiel (2007–2011)
  • Lim Chang-yong (2008–2012)
  • Ha Jae-hoon (2016)
  • Tomotaka Sakaguchi (2016–2022)
  • Seiichi Uchikawa (2021–2022)

Pemain MLB

Catatan

Pautan luar