Tomorrow X Together

Tomorrow X Together (Hangul투모로우바이투게더, Jepun: トゥモローバイトゥギャザ-; Tomorrow by Together, digayakan dengan semua huruf besar), biasa dikenali sebagai TXT (/ˈt-ˈɛks-ˈt/ TEE-eks-tee) adalah kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat Big Hit Entertainment, kini dikenali sebagai Big Hit Music. Kumpulan muzik ini terdiri daripada lima orang ahli: Yeonjun, Soobin, Beomgyu, Taehyun dan HueningKai.[2]

TOMORROW X TOGETHER
TXT pada bulan Mac 2024
Dari kiri ke kanan: Soobin, HueningKai, Beomgyu, Yeonjun dan Taehyun
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
투모로우바이투게더
TXT
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Penampilan sulung
4 Mac 2019
melalui karya album mini The Dream Chapter: Star
Tahun aktif2019 (2019)–kini
Syarikat pengurusan
Laman sesawang
Ahli
  • Yeonjun
  • Soobin
  • Beomgyu
  • Taehyun
  • HueningKai

Mereka membuat penampilan sulung pada 4 Mac 2019 dengan album mini (EP), The Dream Chapter: Star. EP tersebut memperoleh kedudukan pertama dalam Gaon Album Chart dan Billboard World Albums Chart, serta memasuki Billboard 200 Amerika Syarikat di tangga ke-140, album debut dengan carta tertinggi oleh mana-mana kumpulan K-pop lelaki pada masa itu. Single utamanya "Crown" berjaya berada di kedudukan nombor satu pada Billboard World Digital Songs chart. Kumpulan ini juga mengungguli carta Billboard Emerging Artists chart. TXT ialah kumpulan lelaki Korea pertama yang membuat persembahan dan tajuk utama di Lollapalooza, salah satu festival muzik terbesar di Amerika Syarikat.

Kejayaan komersial awal Tomorrow X Together memberi mereka beberapa anugerah artis baharu, termasuklah Rookie of the Year di Golden Disc Awards ke-34 dan Melon Music Awards 2019, New Artist of the Year di Gaon Chart Music Awards ke-9 dan Best New Male Artist di Mnet Asian Music Awards 2019.

Nama

Akronim TXT bagi kumpulan muzik ini merujuk kepada Tomorrow X Together.[3] Nama kumpulan ini dibaca sebagai "Tomorrow by Together" dan dialih hurufkan dalam Hangul kepada 투모로우바이투게더;[4] mereka tidak mempunyai versi nama bahasa Korea berasingan.[5] Menurut laman sesawang mereka, nama kumpulan muzik ini merujuk kepada lima individu yang "datang bersama di bawah satu impian dengan harapan membina hari esok yang lebih baik".[6]

Di dalam rancangan temu bual bersama rancangan Section TV MBC, kumpulan ini menyatakan bahawa mereka lebih suka dipanggil "Tomorrow X Together" berbanding "TXT".[7]

Ahli

NamaPengenalan ringkas
PentasPenuh
Soobin
(수빈)
Choi Soo-bin
(최수빈 · 崔秀彬)
  • Tarikh lahir: (2000-12-05) 5 Disember 2000 (umur 23)
  • Asal: Sangnok, Ansan, Gyeonggi
  • Pendidikan: Universiti Siber Global
Yeonjun
(연준)
Choi Yeon-jun
(최연준 · 崔然竣)
  • Tarikh lahir: (1999-09-13) 13 September 1999 (umur 24)
  • Asal: Bundang, Seongnam, Seoul
  • Pendidikan: Universiti Siber Global
Beomgyu
(범규)
Choi Beom-gyu
(최범규 · 崔杋圭)
Taehyun
(태현)
Kang Tae-hyun
(강태현 · 姜太顯)
  • Tarikh lahir: (2002-02-05) 5 Februari 2002 (umur 22)
  • Asal: Gangnam, Seoul
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Seni Hiburan Hanlim
Hueningkai
(휴닝카이)
Kai Kamal Huening
(카이 카말 휴닝)
  • Tarikh lahir: (2002-08-14) 14 Ogos 2002 (umur 21)
  • Asal: Honolulu, Hawaii
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Seni Hiburan Hanlim

Diskografi

Album studio berbahasa Korea

  • The Dream Chapter: Magic (2019)
  • The Chaos Chapter: Freeze (2021)
  • The Name Chapter: Freefall (2023)[8]

Album studio berbahasa Jepun

  • Still Dreaming (2021)
  • Sweet (2023)

Filemografi

Televisyen

TahunTajukNotaRef.
2019One Dream.TXTRancangan realiti, 8 episod[9]
2021PlaygroundBersama Enhypen; Rancangan variati istimewa Tahun Baru Lunar, 2 episod[10]
To Do X Tomorrow X TogetherRancangan variati[11]

Rancangan dalam talian

TahunTajukNotaRef.
2019–kiniTalk X TodayRancangan realiti, 5 musim[12][13]
2020–kiniTo Do X Tomorrow X TogetherRancangan variati[14]
2019Welcome Back ShowShowcase comeback di Mnet & M2[15]
2020Weekly TXTRancangan realiti mingguan Jepun[16]
Talk X Today ZeroRancangan realiti pra-debut[17]
COMEBACK SHOW

(THE DREAM CHAPTER : ETERNITY)

Showcase comeback di Mnet & M2[18]
Comeback Show : Blue HourComeback showcase on Mnet & M2[19]
2021Tomorrow X Together

Map for "Still Dreaming"

Rancangan dokumentari Jepun mengenai persediaan Still Dreaming, 4 episod[20]
Smash. RestaurantRancangan variati mingguan Jepun[21]
COMEBACK SHOW 'FREEZE'Comeback showcase on Mnet & M2[22]
2022BackstageDokumentari kolaborasi istimewa bersama Enhypen[23]
Smash. VillaRancangan pelbagai mingguan Jepun[24]
COMEBACK SHOW : Thursday's ChildComeback showcase on Mnet & M2[25]
2023Tomorrow X Together: Our Lost SummerDokumentari tersedia di Disney+[26]

Rancangan radio

TahunTajukNotaRef.
2019Tomorrow X Together ShowDJ[27]
2021Listen[28]
Kiss the RadioDJ 25–31 Oktober[29]

Rujukan

Pautan luar