Tukul

peralatan mengetuk

Tukul (Jawi: توكول), penukul (Jawi: ڤنوكول‎), palu (Jawi: ڤالو‎) atau martil (Jawi: مرتيل‎; pinjaman Portugis: martelo[1]) ialah alat yang digunakan untuk mengetuk sesuatu contohnya untuk memasukkan paku ke dalam objek seperti kayu dan memecahkan benda seperti batu keras. Tukul memiliki pemegang panjang daripada kayu, logam atau bahan komposit dengan hulu yang berpermukaan mendatar dan berat diperbuat daripada logam kuat seperti keluli.

Sebatang tukul

Sebanyak lebih 40 jenis tukul yang diketahui dari segi bentuk memudahkan pelbagai pekerjaan tertentu[2] yang sering digandingkan dengan alatan lain seperti andas atau baji pembelah.

Lihat juga

  • Gandin

Rujukan