Udang lipan

order krustasea

Udang lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (Inggeris: mantis shrimp) ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat tersebut. Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawaii.[2]

Udang lipan
Julat zaman: Carboniferous–kini
Odontodactylus scyllarus (udang lipan merah)
Lysiosquillina maculata (udang lipan belang)
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Arthropoda
Kelas:Malacostraca
Subkelas:Hoplocarida
Order:Stomatopoda
Latreille, 1817
Subbahagian[1]
Superkeluarga dan keluarga

Bathysquilloidea

  • Bathysquillidae
  • Indosquillidae

Gonodactyloidea

  • Alainosquillidae
  • Hemisquillidae
  • Gonodactylidae
  • Odontodactylidae
  • Protosquillidae
  • Pseudosquillidae
  • Takuidae

Erythrosquilloidea

  • Erythrosquillidae

Lysiosquilloidea

  • Coronididae
  • Lysiosquillidae
  • Nannosquillidae
  • Tetrasquillidae

Squilloidea

  • Squillidae

Eurysquilloidea

  • Eurysquillidae

Parasquilloidea

  • Parasquillidae

Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segmen pertama toraksnya. Udang lipan terdapat dalam pelbagai warna, daripada perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan subtropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung di dalam sarang dan lubang.[3]

Rujukan