Ulang tahun perkahwinan

Ulang tahun perkahwinan merupakan ulang tahun yang jatuh pada hari bulan berlakunya perkahwinan yang disambut setiap tahun kecuali mereka yang berkahwin pada 29 Februari. Orang yang berkahwin menganggap hari tersebut penting dengan cara yang tersendiri.

Ulang tahun ke-25 (perak) atau ke-30 sering ditunggu-tunggu oleh keluarga baru, (dengan percutian keluarga), memandangkan betapa seringnya waktu ini serentak dengan berakhirnya fasa menjaga anak.

Beberapa kumpulan besar dalam masyarakat, terutamanya keluarga kembangan (termasuk cucu), mungkin mahu menyambut keraian seterusnya, seperti sambutan ulang tahun ke-40, ke-50 dan ke-60.

Adat sambutan mengikut kawasan

Di United Kingdom dan serta negara-negara Komanwel, seseorang boleh menerima pesanan dari Ratu Elizabeth II bagi ulang tahun perkahwinan yang ke-60, 65, dan 70 serta mana-mana tahun selepas yang ke-70.[1] Ini boleh dilakukan dengan memohon kepada pihak Istana Buckingham, atau kepada pejabat Jeneral Gabenor negara komanwel.[2]

Di Kanada, seseorang boleh menerima pesanan daripada Jeneral Gabenor bermula pada ulang tahun ke-50 dan setiap lima tahun hingga tahun yang ke-60, lalu anda akan berpeluang menerima petisyen daripada Ratu Elizabeth II seperti negara Komanwel lain.[3]

Di Amerika Syarikat, seseorang boleh menerima ucapan daripada Presiden bagi mana-mana ulang tahun selepas yang ke-50. [4]

Di Australia, seseorang boleh menerima surat dari Jeneral Gabenor dan Perdana Menteri terkini atas ucapan tahniah bagi ulang tahun ke-60.[5]

Hadiah tradisonal
TahunBritainAmerikaModen
PertamaKertasKertasJam
ke-2KapasKapasTembikar
ke-3Kulit haiwanKulit haiwanKristal, Kaca
ke-4Buah, BungaLinen, SuteraPerkakas rumah
ke-5KayuKayuBarangan perak
ke-6GulaBesiKayu
ke-7Kapas, TembagaKapas, TemabaSet meja
ke-8Gangsa, PasuGangsaLinen, Tali
ke-9Pasu, DedaluPasuKulit haiwan
ke-10TimahTimah, AluminiumBerlian
ke-11KeluliKeluliBarang kemas fesyen
ke-12Sutera, LinenSuteraMutiara, Batu berwarna
ke-13TaliTaliTekstil, Bulu
ke-14GadingGadingBarang kemas emas
ke-15KristalKristalJam tangan
ke-16TungstenKutleri perak
ke-17FirusPerabot
ke-18Porselin
ke-19Gangsa
ke-20TembikarTembikarPlatinum
ke-25PerakPerakPerak sterling
ke-30MutiaraMutiaraBerlian
ke-35KarangKarang, JedJed
ke-40DelimaDelimaDelima
ke-45NilamNilamNilam
ke-50EmasEmasEmas
ke-55ZamrudZamrudZamrud
ke-60BerlianBerlianBerlian
ke-65Nilam BintangNilam BintangNilam Bintang
ke-70PlatinumPlatinum
ke-75BerlianBerlianBerlian
ke-80OakOakBerlian, Mutiara
ke-90GranitGranitBerlian, Zamrud

Rujukan

Pautan luar