Varian membimbangkan

Istilah varian membimbangkan (bahasa Inggeris: variant of concern; singkatan: VOC) untuk koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2) adalah suatu kategori yang digunakan apabila mutasi-mutasi pada domain ikatan reseptor (receptor binding domain) meningkatkan pertalian ikatan (contohnya N501Y) di kompleks RBD-hACE2 (data genetik), sambil dikaitkan dengan penularan meluas di dalam populasi manusia (data epidemiologi).[1]

Sebelum ini, varian yang baru muncul mungkin telah dilabelkan sebagai "varian berkepentingan".[2] Semasa atau selepas penilaian penuh sebagai "varian membimbangkan", varian ini biasanya dikaitkan dengan keturunan dalam sistem tatanama PANGOLIN[3][4] dan pelapis dalam sistem Nextstrain[5][6] dan GISAID.[7][8]

Semasa pandemik COVID-19, virus SARS-CoV-2 telah diperhatikan dapat bermutasi dengan gabungan tertentu beberapa titik mutasi spesifik. Ini membuktikan ianya lebih membimbangkan daripada yang lain.[9] Hal ini dikatakan demikian kerana penularan dan virulensi serta berkenaan dengan kemungkinan kemunculan "mutasi melarikan diri"[10] (escape mutations).

Rujukan