Washington (negeri)

Washington adalah salah sebuah negeri yang membentuk Amerika Syarikat. Ia dinamakan bersempena George Washington, Presiden Amerika Syarikat yang pertama. Washington menjadi wilayah Amerika Syarikat yang ke-42 pada 11 November 1889. Washington tidak harus dikelirukan dengan ibu negara Amerika Syarikat, Washington, D.C.

State of Washington
Bendera WashingtonMohor negeri Washington
Bendera WashingtonMohor
Nama samaran: The Evergreen State
Cogan kata: Alki (Chinook Wawa: "Eventually", atau "By and by"[1])
Peta Amerika Syarikat dengan nama Washington ditonjolkan
Peta Amerika Syarikat dengan nama Washington ditonjolkan
DemonimWashingtonian
Ibu negeriOlympia
Bandar raya terbesarSeattle
Keluasan Kedudukan 18th
 - Jumlah71,342 batu persegi
(184,827 km²)
 - Lebar240 batu (400 km)
 - Panjang360 batu (580 km)
 - % air6.6
 - Latitud45° 33′ U ke 49° U
 - Longitud116° 55′ W to 124° 46′ W
Penduduk Kedudukan ke-13
 - Jumlah6,468,424
 - Kepadatan88.6/batu persegi 
34.20/km² (ke-25)
 - Pendapatan median AS$53,515 (ke-13)
Ketinggian 
 - Titik tertinggiGunung Rainier[2]
14,410 ft  (4,395 m)
 - Purata1,700 ft  (520 m)
 - Titik terendahLautan Pasifik[2]
0 ft  (0 m)
Kemasukan ke
dalam Kesatuan
11 November 1889 (ke-42)
GabenorJay Inslee (D)
Leftenan GabenorDenny Heck (D)
Senator A.S.Patty Murray (D)
Maria Cantwell (D)
Delegasi Dewan A.S.Senarai
Zon waktuPasifik: UTC-8/-7
SingkatanWA US-WA
Tapak webwww.access.wa.gov

Terdapat lebih 6 juta orang tinggal di Washington, kebanyakannya tinggal di bahagian barat yang mendapat banyak hujan. Satu perempat dari penduduknya tinggal di bahagian timur yang kurang mendapat hujan serta terdapat kawasan di timur yang beriklim gurun. Bandar terbesar di timur adalah Spokane yang juga kedua terbesar selepas Seattle.

Panggilan lain negeri ini adalah "Evergreen State" (Negeri Malar Hijau) kerana ia mempunyai banyak pokok pine. Washington mempunyai banyak hutan, sungai, kanyon kecil dan gunung yang cantik, antaranya Gunung Rainier.

Demografi

Seattle
Spokane

Menurut bancian pada tahun 2006, Washington mempunyai populasi seramai 6,395,798 iaitu pertambahan sebanyak 501,658 atau 8.5% sejak tahun 2000.[3] Ini termasuk kemasukan pendatang dari luar Amerika Syarikat ke dalam negeri Washington. Setakat 2004, populasi Washington termasuk 631,500 rakyat kelahiran asing (10.3% dari populasi penduduk) dan anggaran seramai 100,000 pendatang haram (1.6% dari populasi).[4]

Berdasarkan bancian 2000, kawasan metropolitan Seattle-Tacoma-Bellevue mempunyai populasi 3,043,878 atau lebih kurang separuh dari jumlah keseluruhan penduduk Washington.[5]

Bandar besar

Bandar-bandar besar di Washington menurut anggaran bancian negeri 2007.[6]

NoBandarPopulasi
1Seattle586,200
2Spokane202,900
3Tacoma201,700
4Vancouver160,800
5Bellevue118,800
6Everett101,800
7Spokane Valley88,280
8Federal Way87,390
9Kent86,660
10Yakima82,940

Komposisi kaum

Enam kumpulan kaum terbesar di Washington adalah: Jerman (18.7%), Inggeris (12%), Irish (11.4%), bangsa Norway (6.2%), bangsa Mexico (5.6%) dan Filipino (3.7%).

Terdapat ramai pendatang Mexiko bekerja di ladang-ladang di Washington. Washington juga mempunyai penduduk Amerika-Asia yang kelima terbesar di Amerika Syarikat. Masyarakat Filipino adalah kumpulan terbesar di negeri ini. Gary Locke merupakan bangsa Amerika-Asia pertama dipilih sebagai gabenor (dan setakat ini, satu-satunya gabenor berbangsa Amerika-Cina dalam sejarah Amerika Syarikat) pada akhir tahun 1990-an.

Bangsa Amerika-Afrika walaupun kurang dari Asia dan Hispanik tetapi ada yang dipilih sebagai datuk bandar Seattle, Spokane dan Lakewood dan juga sebagai eksekutif King County. Tacoma menyaksikan peningkatan populasi Amerika-Afrika.

Washington juga adalah lokasi tanah simpanan penduduk asli Amerika dan sesetengahnya mempunyai pusat judi kasino terkenal. Pengaruh budaya masyarakat asli Amerika dapat dilihat dalam masyarakat seperti dalam hasil-hasil seni. Kebanyakan nama bandar juga berasal dari sebutan masyarakat asli Amerika seperti Yakima, Seattle, Spokane, Puyallup dan Walla Walla.

Ekonomi

Microsoft Corporation di Redmond.
Ibu pejabat Starbucks di Seattle.

KDNK 2005 Washington berjumlah AS$268 bilion, menempatkan negeri itu di tangga ke-14 teratas di Amerika Syarikat.[7] Pendapatan per kapita pula sebanyak AS$42,702 iaitu yang ke-17 di Amerika Syarikat. Antara nama syarikat penting di negeri itu termasuk pembuat jet Boeing, Microsoft, Amazon.com, Nintendo Amerika Syarikat, dan Weyerhaeuser.

Sejumlah besar barang dagangan dari Asia melalui pelabuhan Seattle. Kajian majalah Fortune mengenai 20 syarikat Amerika Syarikat yang dipandang tinggi mendapati empat daripadanya beribu pejabat di negeri ini iaitu Starbucks, Microsoft, Costco dan Nordstrom.[8]

Bill Gates (nilai kekayaan AS$59.2 bilion), kedua terkaya di dunia, adalah bilionaire terkenal dari negeri ini.[9] Bilionaire lain yang tinggal di Washington adalah Paul Allen (Microsoft), Steve Ballmer (Microsoft), Jeffrey Bezos (Amazon), Craig McCaw (McCaw Cellular), James Jannard (Oakley), Howard Schultz (Starbucks), dan Charles Simonyi (Microsoft).[10]

Pertanian

Washington adalah antara negeri utama dalam bidang pertanian. Pada tahun 2003, nilai produk pertanian Washington adalah AS$5.79 bilion, iaitu ke-11 tertinggi di Amerika Syarikat. Nilai tanaman negeri itu pula adalah AS$3.8 bilion, ketujuh tertinggi. Nilai ternakan pula AS$1.5 bilion, ke-26 tertinggi.

Pada tahun 2004, Washington di tempat pertama dalam pengeluaran raspberri merah (90% dari pengeluaran Amerika Syarikat), epal (58.1%), ceri (47.3%) dan lebih satu pertiga untuk anggur.

Pendidikan

Universiti terbesar di Washington adalah University of Washington dan Washington State University yang terletak di Pullman.

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno