Wilayah Aichi

Wilayah Aichi (Jepun: 愛知県, Hepburn: Aichi-ken) ialah sebuah wilayah (prefektur) di Jepun yang terletak di Kawasan Chūbu, secara tepatnya di bahagian tengah pulau Honshu, Jepun. Ibu negeri Wilayah Aichi ialah Nagoya.

Wilayah Aichi (愛知県)
Peta Jepun dengan ditunjukkan Aichi
Ibu wilayahNagoya
KawasanChūbu, Hokuriku
PulauHonshū
GabenorHideaki Ōmura
Keluasan5,153.81 km² (ke-28)
 - % air%
Penduduk  (1 Mei 2016)
 - Populasi7,498,485 (ke-4)
 - Kepadatan penduduk1,454.94 /km²
Daerah7
Perbandaran54
ISO 3166-2JP-23
Laman rasmiwww.pref.ishikawa.jp/
index_e.htm
Lambang Wilayah
 - BungaKakitsukuba (Iris laevigata)
 - PokokHananoki (Otus scops japonicus)
 - BurungBurung Hantu Scops (Aquila chrysaetos)
Lambang Wilayah Aichi
Lambang Wilayah Aichi

Sejarah

Pada awalnya wilayah ini terbahagi menjadi tiga daerah, iaitu Owari, Mikawa, dan Ho. Setelah era Taika, Mikawa dan Ho disatukan menjadi satu daerah.Pada tahun 1871, setelah penghancuran sistem Han, seluruh wilayah Owari kecuali semenanjung Chita, dirasmikan sebagai wilayah Nagoya. Pada waktu yang hampir sama, Mikawa bergabung dengan semenanjung Chita dan membentuk wilayah Nukata.Wilayah Nagoya diubah namanya menjadi Wilayah Aichi pada April 1872 dan pada 27 November bersatu dengan Wilayah Nukata.

Geografi

Terletak berdekatan dengan bahagian tengah dari pulau utama Jepun, iaitu Honshu, Wilayah Aichi berhadapan dengan Teluk Ise dan Mikawa di selatan, dan berbatasan dengan Wilayah Shizuoka di timur, Wilayah Nagano terletak di timur laut, Wilayah Gifu di utara, dan Wilayah Mie di barat. Panjangnya sekitar 106 km dari timur ke barat dan 94 km dari utara ke selatan. Dengan luas 5,153.81 km² Wilayah Aichi turut mencakupi sekitar 1.36% dari jumlah keluasan Jepun. Titik tertingginya adalah Chausuyama dengan 1415 m di atas permukaan laut.

Bahagian barat dari wilayah ini didominasi oleh Nagoya, bandar ke-4 terbesar di Jepun, dan wilayah subbandarnya. Sedangkan bahagian timur relatif lebih rendah kepadatan penduduknya, namun ada beberapa pusat industri utama yang terletak di bahagian ini.

Bandar

  • Aisai
  • Ama
  • Anjou
  • Bisai
  • Chiryu
  • Chita
  • Gamagori
  • Handa
  • Hekinan
  • Ichinomiya
  • Inazawa
  • Inuyama
  • Iwakura
  • Kariya
  • Kasugai
  • Kitanagoya
  • Kiyosu
  • Komaki
  • Konan
  • Miyoshi
  • Nagakute
  • Nagoya (ibukota)
  • Nishio
  • Nisshin
  • Okazaki
  • Obu
  • Owariasahi
  • Seto
  • Shinshiro
  • Tahara
  • Takahama
  • Tokoname
  • Tokai
  • Toyoake
  • Toyohashi
  • Toyokawa
  • Toyota
  • Tsushima
  • Yatomi

Pekan dan desa

Berikut ini ialah senarai pekan dan desa di Wilayah Aichi mengikut daerahnya masing-masing.

Ekonomi

Hasil industri Aichi merupakan yang tertinggi di Jepun. Wilayah Aichi dikenali sebagai pusat industri automotif dan penerbangan di Jepun. Beberapa perusahaan yang memiliki markas besar di Wilayah Aichi antara lain:

Perusahaan seperti Daimler Chrysler, Fuji Heavy Industries, Mitsubishi Motors, Pfizer, Sony, Suzuki, dan Volkswagen juga mengoperasikan fabriknya di Aichi.

Pautan luar