William III dari England
William III (14 November 1650 – 8 Mac 1702)[1] (Belanda: Willem III ) adalah seorang Putera Orange berdaulat melalui kelahiran. Bermula pada tahun 1672, beliau memerintah sebagai Stadtholder William III dari Orange (Belanda: Willem III van Oranje ) ke atas Holland, Zeeland, Utrecht, Guelders, dan Overijssel dalam Republik Belanda. Bermula pada 1689, beliau memerintah sebagai William III ke atas England dan Ireland, dan sebagai William II ke atasScotland.[2] Di Ireland Utara dan Scotland beliau dikenali sebagai "Raja Billy".[3] Seorang anggota Kerabat Orange-Nassau, William telah memenangi takhta England, Scotland, dan Ireland berikutan Revolusi Gemilang, yang mana menyebabkan bapa saudara dan mertua beliau James II diturunkan dari takhta. Di British Isles, William memerintah bersama-sama dengan isteri beliau, Mary II, sehingga kematian Mary II pada 28 Disember 1694. Sejarah popular biasanya merujuk pemerintahan bersama ini sebagai pemerintahan "William dan Mary".
William III & II | |
---|---|
Putera Orange | |
Pemerintahan | 14 November 1650 – 8 Mac 1702 (51 tahun, 114 hari) |
Didahului oleh | William II |
Diikuti oleh | John William Friso |
Stadtholder dari Belanda, Zeeland, Utrecht, Guelders, dan Overijssel | |
Pemerintahan | Julai 1672 – 8 Mac 1702 |
Didahului oleh | William II |
Diikuti oleh | William IV |
Raja England, Scotland dan Ireland (lagi ...) | |
Pemerintahan | 13 Februari 1689 – 8 Mac 1702: 13 tahun, 23 hari (11 Mei 1689 – 8 Mac 1702 di Scotland: 12 tahun, 301 hari) |
Kemahkotaan | 11 April 1689 |
Didahului oleh | James VII & II |
Diikuti oleh | Anne |
Raja bersama | Mary II |
Pemakaman | Westminster Abbey, London |
Pasangan | Mary II dari England |
Kerabat | Kerabat Orange-Nassau |
Ayahanda | William II, Putera Orange |
Bonda | Mary, Putera Diraja |
Tandatangan |
Sebagai seorang Protestant, William terlibat dalam beberapa perang menentang raja Katolik dari Perancis yang berkuasa, Louis XIV, dengan kerjasama kuasa-kuasa Protestant dan Katolik di Eropah. Ramai penganut Protestant mengumumkan beliau sebagai seorang penaung bagi kepercayaan mereka. Di sebabkan reputasi ini, William berjaya mendapatkan takhta England apabila ramai rakyat ketakutan akan kebangkitan semula fahaman Katolik di bawah Raja James. Kemenangan William ke atas James II di Pertempuran Boyne pada tahun 1690 diingati dengan pembinaan Institusi Orange di Ireland Utara sehingga hari ini. Pemerintahan beliau menandakan permulaan prubahan dari pemerintahan peribadi dari kerabat Stuart kepada pemerintahan lebih berpusatkan kepada parlimen dari Kerabat Hanover.
Rujukan
Nota
Bibliografi
Pautan luar
- Official House of Orange website
- "King Billy", BBC
- House of Orange
- Het Loo Palace
- N. Japikse, ed., Correspondentie van Willem III en van Hans Willem Bentinck, eersten graaf van Portland
William III dari England dan Orange & II dari Scotland Kerabat Orange-Nassau Cabang kadet bagi Kerabat Nassau Tarikh keputeraan: 14 November 1650 Tarikh kemangkatan: 8 Mac 1702 | ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh William II | Putera Orange 1650–1702 | Diikuti oleh: John William Friso |
Baron dari Breda 1650–1702 | ||
Kosong Gelaran dipegang dahulu oleh James II & VII | Raja England Raja Ireland 13 Februari 1689 – 8 Mac 1702 bersama Mary II (1689–1694) | Diikuti oleh: Anne |
Raja Scotland 11 Mei 1689 – 8 Mac 1702 bersama Mary II (1689–1694) | ||
Kerabat diraja England | ||
Didahului oleh James, Putera Wales | Pewaris takhta England, Scotland dan Ireland sebagai bakal raja kepada Mary II 13 Februari 1689 – 28 Disember 1694 | Diikuti oleh: Anne |
Jawatan politik | ||
Kosong Tempoh Stadtholderless Pertama Gelaran dipegang dahulu oleh William II | Stadtholder dari Belanda dan Zeeland 1672–1702 | Kosong Tempoh Stadtholderless Kedua Gelaran dipegang kemudian oleh William IV |
Stadtholder dari Utrecht 1674–1702 | ||
Stadtholder dari Guelders dan Overijssel 1675–1702 | ||
Didahului oleh James II | Lord High Admiral 1689 | Diikuti oleh: Earl Torrington |
Gelar sebagai penuntut | ||
Didahului oleh James II dari England | — TIDAK MEMERINTAH — Raja Perancis 1689–1702 dengan Mary II dari England Alasan untuk kegagalan Pewarisan: Kegagalan pewarisan oleh Kerabat Capet | Diikuti oleh: Anne dari England |