1986
Tahun
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1986. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1986 (nombor).
1986 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Rabu. Ia berlangsung dari 19 Rabiulakhir 1406 hingga 28 Rabiulakhir 1407.
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
Januari
- 14 Januari: Penerbangan pertama Boeing 767-300
- 28 Januari: Kapal angkasa Challenger hancur 73 saat selepas dilancarkan.
Februari
- 19 Februari: Kesatuan Soviet melancarkan stesen angkasa Mir.
April
- 26 April: Salah satu reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine meletup dan mengakibatkan 31 orang mati serta-merta, dan beribu orang lagi terkena sinaran radioaktif. Merupakan kemalangan radiologi yang terburuk di dunia sehingga kini.
Jun
- 29 Jun: Argentina menewaskan Jerman Barat untuk memenangi Piala Dunia 1986.
Ogos
- 10 Ogos: Kompleks Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur.
November
- 4 November: Malaysia dan Indonesia memeterai satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Perjanjian ini memperuntukan beberapa perkara, antaranya kedua-kedua negara akan bekerjasama untuk saling membantu jika berlaku kemalangan maritim dalam perairan negara masing-masing.
Tarikh tepat tidak pasti
- Bahagian Komputer Peribadi IBM mengeluarkan PC Convertible, komputer ribanya yang pertama yang beratnya 12 paun.
- Intel 80386DX, mikropemproses bas data 32-bit yang mampu mengalamatkan RAM 4 GB, diperkenalkan. 80386 bukan sahaja mampu mengendalikan struktur bas data 32-bit, malah merevolusikan reka bentuk ingatan. Ia membenarkan sistem beroperasi menyediakan 640K ingatan untuk membolehkan melebihi satu perisian digunakan dengan serentak.
- 80386SL, cip yang lebih kecil juga dicipta, dengan litar penyusunan kuasa dan digunakan pada komputer kecil seperti komputer riba.
- PIKOM (Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia) dibentuk.
- (c)Brain, virus komputer peribadi yang pertama dicipta oleh Basit dan Amjad Farooq Alvi, dua adik-beradik dari Lahore, Pakistan.
- Penemuan dendrogramma.
Kelahiran
- 6 Januari - Jannat, penyanyi dan pelakon wanita Maghribi dan Mesir
- 9 Mac - Brittany Snow, pelakon wanita Amerika Syarikat
- 23 Mac - Lisa Surihani, pelakon wanita Malaysia
- 4 Mei - Ahmed Magdy, pelakon lelaki Mesir dan Algeria
- 9 Julai - Angelica Simperler, pelakon wanita Indonesia
- 12 September - Emmy Rossum, seorang pelakon, penyanyi dan penulis lagu A.S. yang memenangi Anugerah Emmy.
- 6 Ogos - Mehmet Akgün seorang pemain bola sepak Turki-Jerman yang sedang bermain untuk Borussia Dortmund.
- 16 September - Virgoun Tambunan, penyanyi, penulis lagu, dan pelakon lelaki Indonesia.
- 25 Disember - Maram Ben Aziza, pelakon wanita Tunisia
Kematian
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno