Abad ke-8 SM

abad

Abad ke-8 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 800 SM hingga 31 Disember 701 SM dalam kalendar Gregory.

Milenium:milenium pertama SM
Abad:
Garis masa:
Ketua negara:
  • abad ke-9 SM
  • abad ke-8 SM
  • abad ke-7 SM
Dekad:
  • 79-an SM
  • 78-an SM
  • 77-an SM
  • 76-an SM
  • 75-an SM
  • 74-an SM
  • 73-an SM
  • 72-an SM
  • 71-an SM
  • 70-an SM
Kategori:Kelahiran – Kematian
Penubuhan – Pembubaran



Peristiwa dan arah aliran

Serigala Capitoline gangsa kuno menetek bayi kembar Romulus dan Remus. Bayi-bayi itu yang ditambahkan pada abad ke-16 merupakan pengasas dongeng Rom.
Sargon II, raja Assyria dan penakluk terhadap Kemaharajaan Israel, digambarkan disini dengan seorang pembesar.
  • Akhir abad ke-8 SM - Subang, mahkota, dan roset dari makam Permaisuri Yabay di Kalhu (Nimrud moden, Iraq) dicipta, dan kini berada di Muzium Iraq, Baghdad.
  • k.k. abad ke-8 SM - abad ke-7 SM: Arca wanita memintal dari Susa (Shush moden, Iran) dicipta, dan kini berada di Musee du Louvre, Paris.
  • 797 SM - Ardysus I menjadi raja Lydia.
  • 797 SM - Thespieus, raja Athens, mangkat selepas memerintah selama 27 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Agamestor.
  • 783 SM - Shalmaneser IV mewarisi bapanya, Adad-nirari III, sebagai raja Assyria.
  • 782 SM - Pengasasan Erebuni (Էրեբունի) di bawah perintah Raja Argishtis I di kawasan Yerevan kini.
  • 782 SM - Kemangkatan Raja Xuan dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
  • 781 SM - Raja You dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 780 SM - Gerhana suria bersejarah yang pertama dicatatkan di China.
  • 778 SM - Agamestor, raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 17 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Aeschylus.
  • 776 SM - Sukan Olimpik pertama yang dicatat. Sejarah Sukan ini dipercayai bermula sejak abad ke-13 SM lagi, tetapi rekod yang lebih awal tidak wujud.
  • 774 SM - Keakhiran pemerintahan Pygmalion dari Tyre.
  • 773 SM - Kemangkatan Shoshenq III, raja Mesir.
  • 773 SM - Ashur-Dan III mewarisi abangnya, Shalmaneser IV, sebagai raja Assyria.
  • 771 SM - Keakhiran Dinasti Zhou Barat di China apabila puak-puak gasar "barat" menjarah ibu kota Hao dan membunuh Raja You dari Zhou. Putera Mahkota Ji Yijiu melarikan diri dan kemudian memerintah sebagai Raja Ping dari Zhou.
  • 770 SM - Permulaan Dinasti Zhou Timur di China apabila Raja Ping menjadi raja Zhou yang pertama untuk memerintah dari Chengzhou, ibu kota baru di Luoyang kini.
  • Assyria menaklukkan Damascus dan Samaria.
  • 15 Jun 763 SM - Sebuah gerhana suria pada tarikh ini dipergunakan untuk menetapkan kronologi Timur Dekat Kuno.
  • 756 SM - Pengasasan Cyzicus.
  • 755 SM - Ashur-nirari V mewarisi Ashur-Dan III sebagai raja Assyria.
  • 755 SM - Aeschylus, raja Athens, mangkat selepas memerintah selama 23 tahun, dan diwarisi oleh Alcmaeon.
  • 753 SM - Alcmaeon, raja Athens, mangkat selepas memerintah selama dua tahun, dan digantikan oleh Harops, Arkon yang dipilih untuk tempoh sepuluh tahun.
  • 21 April 753 SM - Rom diasaskan oleh Romulus (menurut tradisi). Permulaan takwim 'Ab urbe condita' Rom.
  • 26 Februari 747 SM - Nabonassar menjadi raja Assyria.
  • 747 SM - Meles menjadi raja Lydia.
  • 745 SM - Takhta kerajaan Assyria dirampas oleh Pul yang mengambil nama Tiglath-Pileser III.
  • 743 SM - Kebangkitan Duke Zhuang dari negeri Zheng di China untuk berkuasa.
  • 740 SM - Tiglath-Pileser III menaklukkan kota Arpad di Syria selepas pengepungan selama dua tahun.
  • 740 SM - Permulaan pemerintahan Ahaz di Judah.
  • 739 SM - Hiram II menjadi raja Tyre.
  • 738 SM - Raja Tiglath-Pileser III dari Assyria menyerang Israel, dan memaksa mereka untuk membayar ufti.
  • 734 SM - Naxus di Sicily diasaskan sebagai sebuah tanah jajahan Chalcis di Euboea (tarikh tradisional)
  • 732 SM - Hoshea menjadi raja Israel yang terakhir.
  • 730 SM - Osorkon IV mewarisi Sheshonq IV sebagai raja Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir.
  • 730 SM - Piye mewarisi bapanya, Kashta, sebagai raja kemaharajaan Napata di Nubia.
  • 730 SM - Mattan II mewarisi Hiram II sebagai raja Tyre.
  • 728 SM - Piye menyerang Mesir, menaklukkan Memphis, dan memaksa raja-raja Delta Nile untuk menyerah. Baginda mengasaskan Dinasti Kedua Puluh Lima Mesir.
  • 727 SM - Babylonia mencapai kemerdekaan daripada Assyria.
  • 724 BC]] - Assyria memulakan pengepungan selama empat tahun terhadap Tyre.
  • 724 SM - Lumba lari diaulos diperkenalkan di Sukan Olimpik.
  • 722 SM - Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh dalam sejarah China bermula apabila Raja Ping daripada Dinasti Zhou memerintah pada nama sahaja.
  • 722 SM - Israel ditaklukkan oleh Sargon II, raja Assyria.
  • 720 SM - Keakhiran pengepungan Assyria ke atas Tyre.
  • 710-an SM - Judah, Tyre, dan Sidon memberontak terhadap Assyria.
  • 719 SM - Raja Huan daripada Dinasti Zhou menjadi raja China.
  • 718 SM - Gyges menjadi raja Lydia.
  • 717 SM - Sargon, raja Assyria, menaklukkan kubu tentera Hittite di Carchemish.
  • 717 SM - Sargon II mengasaskan sebuah ibu kota baru untuk Assyria di Dur-Sharrukin.
  • 716 SM - Dongeng Rom menandakan tarikh ini sebagai tarikh yang pemerintahan Romulus tamat.
  • 715 SM - Permulaan pemerintahan Raja Numa Pompilius, raja Rom.
  • 713 SM - Numa Pompilius membuat pembaharuan pada takwim Rom.
  • 712 SM - Numa Pompilius mencipta jawatan Pontifex Maximus.
  • 706 SM - Pendatang-pendatang Sparta mengasaskan Taras (Tarentum, Taranto moden), sebuah tanah jajahan di Itali Selatan.
  • 705 SM - Sennacherib mewarisi abangnya, Shalmaneser V, sebagai raja Assyria.
  • 704 SM - Sennacherib memindahkan ibu kota Assyria ke Nineveh.
  • 701 SM - Disokong oleh Mesir, Raja Hezekiah dari Judah memberontak terhadap Raja Sennacherib dari Assyria. Sennacherib menjarah kota-kota Palestin, tetapi gagal dalam percubaannya untuk menawan Jerusalem.
  • 700 SM - Orang-orang Scythia memulakan penempatan di kawasan-kawasan Cimmerian, dan dengan perlahan-lahannya menggantikan penduduk-penduduk terdahulu.
  • 700 SM - Keakhiran kebudayaan Villanovan di Itali Utara, dan kebangkitan peradaban Etruska.
  • 700 SM - Karya Upanishad, sebuah teks suci Hinduisme, ditulis pada sekitar masa ini.
  • Pertengahan abad ke-8 SM - Model candi yang ditemukan di Tempat Perlindungan Hera, Argos dicipta, dan kini berada di Muzium Arkeologi Negara, Athens.
  • Orang-orang Greek menjajah Laut Mediterranean dan Laut Hitam.
  • Pengaruh Thraco-Cimmerian di Eropah Tengah.

Tokoh-tokoh

  • 760-an SM - Kemangkatan Argishtis I dari Urartu.
  • 760-an SM - Kemangkatan Amaziah dari Judah.
  • 760-an SM - Kemangkatan Archilaus, raja Sparta.
  • 760-an SM - Kemangkatan Marduk-apla-usur dan Eriba-Marduk, raja Babylon.
  • 760-an SM - Kemangkatan Rivallo, raja dongeng orang British.
  • Shoshonq V, firaun Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir (767 SM - 730 SM).
  • Osorkon III, firaun Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir (787 SM - 759 SM).
  • Takelot III, firaun Dinasti Kedua Puluh Tiga Mesir (764 SM - 757 SM).
  • Rudamun, firaun Dinasti Kedua Puluh Tiga Mesir (757 SM - 754 SM).
  • Iuput, firaun Dinasti Kedua Puluh Tiga Mesir (754 SM - 715 SM).
  • Niumateped, raja Libya (775 SM - 750 SM).
  • Titaru, raja Libya (758 SM - 750 SM).
  • Ker, raja Libya (750 SM - 745 SM).
  • Midas, raja Phrygia.
  • Hezekiah dari Kemaharajaan Judah (memerintah antara tahun 715 SM - 687 SM).
  • Sennacherib, raja Assyria dan penakluk terhadap Babylon (705 - 681 SM).
  • Homer (tarikh-tarikh tepat tidak diketahui, tetapi biasa ditarikhkan pada pertengahan hingga akhir abad ke-8 SM).
  • 740-an SM - Romulus dan Remus.
  • 725 SM - Bakenranef (juga dikenali sebagai Bocchoris) mewarisi bapanya, Tefnakhte, sebagai raja Dinasti Kedua Puluh Empat Mesir.
  • Ahaz, raja Judah (735 SM - 715 SM).
  • 723 SM - Kemangkatan Shalmaneser V, raja Assyria.
  • 723 SM - Sargon mewarisi Shalmaneser V sebagai raja Assyria.
  • 721 SM - Shabaka mewarisi ayahnya, Piye, sebagai raja Dinasti Kedua Puluh Lima Mesir.
  • 720 SM - Shabaka membunuh Bakenranef (Bocchoris), dan menamatkan Dinasti Kedua Puluh Empat Mesir
  • 720 SM - Kemangkatan Zhou Ping Wang, raja Dinasti Zhou di China.
  • 715 SM - Keakhiran Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir, dengan kemangkatan Osorkon IV.
  • 713 SM - Kelahiran Zamolxis separa legenda di Dacia.

Perekaan, penemuan, dan pengenalan


800-an SM809 SM808 SM807 SM806 SM805 SM804 SM803 SM802 SM801 SM800 SM
790-an SM799 SM798 SM797 SM796 SM795 SM794 SM793 SM792 SM791 SM790 SM
780-an SM789 SM788 SM787 SM786 SM785 SM784 SM783 SM782 SM781 SM780 SM
770-an SM779 SM778 SM777 SM776 SM775 SM774 SM773 SM772 SM771 SM770 SM
760-an SM769 SM768 SM767 SM766 SM765 SM764 SM763 SM762 SM761 SM760 SM
750-an SM759 SM758 SM757 SM756 SM755 SM754 SM753 SM752 SM751 SM750 SM
740-an SM749 SM748 SM747 SM746 SM745 SM744 SM743 SM742 SM741 SM740 SM
730-an SM739 SM738 SM737 SM736 SM735 SM734 SM733 SM732 SM731 SM730 SM
720-an SM729 SM728 SM727 SM726 SM725 SM724 SM723 SM722 SM721 SM720 SM
710-an SM719 SM718 SM717 SM716 SM715 SM714 SM713 SM712 SM711 SM710 SM
700-an SM709 SM708 SM707 SM706 SM705 SM704 SM703 SM702 SM701 SM700 SM
690-an SM699 SM698 SM697 SM696 SM695 SM694 SM693 SM692 SM691 SM690 SM