Abad ke-7 SM

abad

Abad ke-7 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 700 SM hingga 31 Disember 601 SM dalam kalendar Gregory.

Milenium:milenium pertama SM
Abad:
Garis masa:
Ketua negara:
  • abad ke-8 SM
  • abad ke-7 SM
  • abad ke-6 SM
Dekad:
  • 69-an SM
  • 68-an SM
  • 67-an SM
  • 66-an SM
  • 65-an SM
  • 64-an SM
  • 63-an SM
  • 62-an SM
  • 61-an SM
  • 60-an SM
Kategori:Kelahiran – Kematian
Penubuhan – Pembubaran



Peristiwa

Penggambaran Taman Tergantung Babylon pada abad ke-16 oleh Martin Heemskerck). Menara Babel dapat dilihat di latar belakang.
  • Akhir abad ke-7 SM - Tentera Medes dari Iran barat serta tentera Scythia dari Rusia moden dan Ukraine menyerang bahagian-bahagian utara dan timur Assyria.
  • 699 SM - Khallushu mewarisi Shuttir-Nakhkhunte sebagai raja Empayar Elam.
  • 697 SM - Kemangkatan Raja Huan, raja Dinasti Zhou di China.
  • 696 SM - Raja Zhuang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 696 SM - Tentera Cimmerian memusnahkan Phrygia; kemungkinan penghijrahan orang-orang Armenia.
  • 691 SM - Raja Sennacherib dari Assyria menewaskan raja Humban-nimena dari Empayar Elam dalam Pertempuran Halule.
  • 690 SM - Taharqa, raja Dinasti Kedua Puluh Lima, naik takhta Mesir (tarikh anggaran).
  • 689 SM - Raja Sennacherib dari Assyria menjarah Babylon.
  • 687 SM - Gyges menjadi raja Lydia.
  • 687 SM - Hezekiah diwarisi oleh Manasseh sebagai raja Judah.
  • 682 SM - Kemangkatan Raja Zhuang, raja Dinasti Zhou di China.
  • 681 SM - Raja Li menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 681 SM - Esarhaddon mewarisi Sennacherib sebagai raja Assyria.
  • 677 SM - Kemangkatan Raja Li, raja Dinasti Zhou di China.
  • 677 SM - Esarhaddon mengetuai angkatan tentera Assyria terhadap puak-puak Arab, dan mara sehingga Anak Air Mesir.
  • 676 SM - Raja Hui menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 675 SM - Esarhaddon memulakan pembinaan semula Babylon.
  • 674 SM - Esarhaddon menghancurkan pemberontakan di Ashkelon yang disokong oleh Taharqa, raja Mesir. Sebagai gerak balas, Assyria menyerang Mesir, tetapi Taharqa dapat mempertahankan diri daripada penyerang-penyerang tersebut.
  • 673 SM - Tullus Hostilius menjadi raja Rom.
  • 671 SM - Esarhaddon menyerang Mesir sekali lagi, dan menawan Memphis serta menangkap sebilangan ahli kerabat diraja.
  • 669 SM - Assurbanipal mewarisi bapanya, Esarhaddon, sebagai raja Assyria.
  • 668 SM - Shamash-shum-ukin, anak lelaki Esarhaddon, menjadi raja Babylon.
  • 668 SM - Mesir memberontak terhadap Assyria.
  • 668 SM - Anggaran: Nineveh, ibu kota Assyria, mengambil alih daripada Thebes di Mesir sebagai kota yang terbesar di dunia. [1]
  • 667 SM - Byzantium diasaskan oleh penjajah-penjajah Megara di bawah Byzas (tarikh tradisional)
  • 664 SM - Pertempuran laut yang pertama dalam sejarah tercatat Greek antara Corinth dan Corcyra.
  • 664 SM - Assurbanipal menawan dan menjarah Thebes, Mesir.
  • 664 SM - Psammetichus I mewarisi Necho I sebagai raja Mesir Bawah.
  • 664 SM - Taharqa melantik anak saudaranya, Tantamani, sebagai pewaris Mesir Atas.
  • 11 Februari 660 SM - Pengasasan Jepun oleh Maharaja Jimmu (tarikh tradisional).
  • 660 SM - Penggunaan pertama yang diketahui tentang skrip demotik.
  • 660 SM - Psammetichus I menghalau tentera Assyria dari Mesir.
  • 650-an SM - Pendudukan bermula di Piedras Negras, Guatemala, tapak Maya.
  • 657 SM - Cypselus menjadi penzalim yang pertama di Corinth.
  • 656 SM - Psammetichus memperluas kuasanya ke seluruh Mesir. Keakhiran Dinasti Kedua Puluh Lima.
  • 653 SM - Atta-Khumma-In-Shushinak dan Khumbanigash II mewarisi Shilhak-In-Shushinak dan Tempti-Khumma-In-Shushinak sebagai raja-raja Empayar Elam.
  • 652 SM - Babylonia di bawah Shamash-shuma-ukin memberontak terhadap Assyria.
  • 651 SM - Raja Xiang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 650 SM - Kota Abdera di Thrace diasaskan oleh penjajah-penjajah dari Clazomenae.
  • 650 SM - Perubahan iklim menjejaskan semua kebudayaan Zaman Gangsa di Eropah dengan iklim yang lebih sejuk serta lebih lembap. Puak-puak kebudayaan Zaman Gangsa Nordik di Scandinavia ditolak masuk ke benua Eropah di selatan.
  • 640-an SM - Ashurbanipal, raja Assyria, mengasaskan sebuah perpustakaan yang mempunyai sebuah salinan Epik Gilgamesh terawal yang lengkap.
  • 649 SM - Indabigash mewarisi Tammaritu sebagai raja Empayar Elam.
  • 649 SM - Pemberontakan Babylonia dibawah Shamash-shuma-ukin dihancurkan oleh Assyria.
  • 648 SM - Pankration menjadi satu acara Sukan Olimpik Kuno.
  • 6 April 648 SM - Catatan Yunani yang terawal tentang gerhana suria.
  • 647 SM - Raja Assurbanipal dari Assyria menjarah Susa.
  • 642 SM - Ancus Marcius menjadi raja Rom yang keempat (tarikh tradisional).
  • 640 SM - Kemenangan Assyria yang cemerlang terhadap Empayar Elam.
  • 632 SM - Cylon, orang bangsawan Athens, menawan Akropolis dalam percubaannya yang gagal untuk menjadi raja.
  • 632 SM - Dalam Pertempuran Chengpu, kemaharajaan Jin dan sekutu-sekutunya menewaskan kemaharajaan Chu dan sekutu-sekutunya di China.
  • 631 SM - Pengasasan Cyrene, sebuah tanah jajahan Greek di Libya (Afrika Utara) (tarikh anggaran).
  • 631 SM - Sadyates menjadi raja Lydia.
  • 627 SM - Assurbanipal, raja Assyria, mangkat dan diwarisi oleh Assur-etel-ilani (tarikh anggaran).
  • 626 SM - Nabopolassar memberontak terhadap Assyria, dan mengasaskan Empayar Babylon Baru.
  • 625 SM - Masyarakat Medes dan Babylonia menuntut kemerdekaan daripada Assyria dan menyerang Nineveh (tarikh anggaran).
  • 623 SM - Sin-shar-ishkun mewarisi abangnya, Assur-etel-ilani, sebagai raja Assyria (tarikh anggaran).
  • 622 SM atau 621 SM - Teks Deuteronomy ditemukan di Candi di Jerusalem.
  • 619 SM - Alyattes menjadi raja Lydia.
  • 619 SM - Kemangkatan Raja Xiang, raja Dinasti Zhou di China.
  • 618 SM - Raja Qing menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 616 SM - Lucius Tarquinius Priscus menjadi raja Rom yang kelima.
  • 614 SM - Penjarahan Asshur oleh angkatan-angkatan tentera Medes dan Babylonia.
  • 613 SM - Kemangkatan Raja Qing, raja Dinasti Zhou di China.
  • 612 SM - Raja Kuang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 612 SM - Sebuah perikatan antara orang-orang Medes, Babylonia dan Susiania mengepung dan menaklukkan Nineveh. Raja Sin-shar-ishkun dari Assyria dibunuh dalam penjarahan.
  • 612 SM - Ashur-uballit II cuba mengekalkan empayar Assyria dengan memantapkan kedudukannya sebagai raja di Harran.
  • 612 SM - Anggaran: Babylon, ibu kota Babylonia, mengambil alih daripada Nineveh, ibu kota Assyria, sebagai kota yang terbesar di dunia. [2]
  • 610 SM - Necho II mewarisi Psammetichus I sebagai raja Mesir.
  • 609 SM - Raja Josiah dari Judah mangkat dalam Pertempuran Megiddo terhadap Firaun Necho II dari Mesir yang sedang menuju ke utara untuk membantu Ashur-uballit II, sebuah negeri di bahagian belakang Assyria.
  • 609 SM - Tentera Babylonia menewaskan angkatan tentera Assyria (tentera Ashur-uballit II), dan menawan Harran. Ashur-uballit II, raja Assyria yang terakhir, hilang daripada sejarah.
  • 609 SM - Jehoahaz mewarisi bapanya, Josiah, sebagai raja Judah tetapi digulingkan dengan serta-merta oleh Necho yang melantik secara rasmi Jehoiakim, saudara kandung Jehoahaz, sebagai raja.
  • 607 SM - Kemangkatan Raja Kuang, raja Dinasti Zhou di China.
  • 606 SM - Raja Ding menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 605 SM - Pertempuran Carchemish: Putera Mahkota Nebuchadrezzar dari Babylon menewaskan angkatan tentera Necho II dari Mesir, dan menaklukkan Assyria. Tentera Babylonia mengejar melalui Syria dan Palestin.
  • 605 SM - Nebuchadrezzar II mewarisi bapanya, Nabopolassar, sebagai raja Babylon.
  • 600 SM - Pengasasan Capua.
  • 600 SM - Pengasasan Milan oleh orang-orang Celt (tarikh anggaran).
  • 600 SM - Pengasasan Marseille oleh orang-orang Phoceans (tarikh anggaran).
  • 600 SM - Smyrna dijarah dan dimusnahkan.
  • 600 SM - Nebuchadrezzar membina Taman Tergantung Babylon.
  • 600 SM - Gerakan Santo Hari Kemudian: Lehi mengetuai keluarga dan beberapa kawannya untuk lawatan di Amerika dari Jerusalem.
  • Orang-orang Scythia tiba di Asia.

Tokoh-tokoh

Perekaan, penemuan, dan pengenalan

  • Duit-duit syling yang pertama digunakan oleh masyarakat Lydia di Anatolia barat. Sehingga kira-kira 525 SM, duit syiling hanya mempunyai imej pada sebelah sahaja.
  • Besi dikatakan ditemukan di China.


700-an SM709 SM708 SM707 SM706 SM705 SM704 SM703 SM702 SM701 SM700 SM
690-an SM699 SM698 SM697 SM696 SM695 SM694 SM693 SM692 SM691 SM690 SM
680-an SM689 SM688 SM687 SM686 SM685 SM684 SM683 SM682 SM681 SM680 SM
670-an SM679 SM678 SM677 SM676 SM675 SM674 SM673 SM672 SM671 SM670 SM
660-an SM669 SM668 SM667 SM666 SM665 SM664 SM663 SM662 SM661 SM660 SM
650-an SM659 SM658 SM657 SM656 SM655 SM654 SM653 SM652 SM651 SM650 SM
640-an SM649 SM648 SM647 SM646 SM645 SM644 SM643 SM642 SM641 SM640 SM
630-an SM639 SM638 SM637 SM636 SM635 SM634 SM633 SM632 SM631 SM630 SM
620-an SM629 SM628 SM627 SM626 SM625 SM624 SM623 SM622 SM621 SM620 SM
610-an SM619 SM618 SM617 SM616 SM615 SM614 SM613 SM612 SM611 SM610 SM
600-an SM609 SM608 SM607 SM606 SM605 SM604 SM603 SM602 SM601 SM600 SM
590-an SM599 SM598 SM597 SM596 SM595 SM594 SM593 SM592 SM591 SM590 SM