Abdullah bin Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia ke-5
(Dilencongkan dari Abdullah Ahmad Badawi)

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Jawi: عبد الله بن احمد بداوي; lahir 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Mahathir Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]


Abdullah Ahmad Badawi

DK (I) (Johor); DK (Kelantan); DK (Pahang); DUK (Kedah); SMN; SPMS, DSSA (Selangor); SUMZ (Terengganu); DBSJ, SSSJ (Perlis); SPSA (Perak); SSAP (Pahang); SPNS (NS); DUPN, DGPN (PP); SPDK (Sabah); DUNM (Melaka); SUMW (WP); DP (Sarawak); DJN (Pulau Pinang); KMN, AMN
عبد الله احمد بداوي
Mantan Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi
Memegang jawatan
4 April 2009
Pegawai KhasDatuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (2020-)
Dato' Haji Jefridin Haji Atan (2009-2020)
Malaysia Perdana Menteri Malaysia ke-5
Digelar sebagai
Bapa Pembangunan Modal Insan
باڤ ڤمباڠونن مودل انسان
Dalam jawatan
31 Oktober 2003 – 3 April 2009
Raja PerlisTuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006)
TerengganuTuanku Mizan Zainal Abidin (2006 - 2011)
Timbalan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2004-2009)
Didahului oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
Digantikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-8
Dalam jawatan
8 Januari 1999 – 31 Oktober 2003
Raja Negeri SembilanTuanku Ja'afar (1994 - 1999)
SelangorSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1999 - 2001)
PerlisTuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006)
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad
Didahului oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
Digantikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Menteri Kewangan
Dalam jawatan
1 November 2003 – 23 September 2008
Didahului oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
Digantikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kepala Batas, Pulau Pinang
Dalam jawatan
1978–2013
Didahului oleh Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim
Digantikan oleh Reezal Merican Naina Merican
Setiausaha Agung NAM
Dalam jawatan
31 Oktober 2003 – 15 September 2006
Didahului olehMalaysia Mahathir Mohamad
Digantikan olehCuba Fidel Castro
Pegawai Daerah Barat Daya
Dalam jawatan
28 Mei 1983 – 20 Disember 1988
Didahului oleh Shekih Hamid
Digantikan oleh Mohd Baharuddin Bahrain
Butiran peribadi
LahirAbdullah bin Ahmad Badawi
(1939-11-26) 26 November 1939 (umur 84)
Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Parti politik


Barisan Nasional
UMNO

Perikatan Nasional
PasanganTun Endon Mahmood Ambak (k. 1965; m. 2005)
Tun Jeanne Abdullah (k. 2007)
Anak-anakKamaluddin Abdullah
Nori Abdullah
IbuDatuk Kailan Haji Hassan Kwantung
BapaHaji Ahmad Badawi Sheikh Abdullah Fahim
Saudara
  • Ibrahim Ahmad Badawi (Adik)
  • Mohd Tahir Ahmad Badawi (Adik)
  • Aminah Ahmad Badawi (Adik)
HubunganKhairy Jamaluddin (Menantu)
KediamanBait Badawi, Kampung Sungai Penchala
PendidikanIjazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanMenteri
ProfesionAhli Politik

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Latar belakang

Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam.[2] Selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.[3][4][5][6][7]

Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.[8]

Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.

Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.

Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi "Ku Cari Damai Abadi" yang mendapat sambutan baik daripada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia (projek Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah puisi yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapan-ungkapan yang bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar, mendalam, luas lagi suci.'[9]

Kulit Buku 'Ku Cari Damai Abadi'

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari.[10]

Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – My Fair Lady antara yang paling diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.

Kerjaya politik

Menyertai UMNO

Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.

Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' atau dikenali sebagai Team Wawasan, manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.

Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:

  • Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
  • Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
  • Menteri Pelajaran (1984-86)
  • Menteri Pertahanan (1986-87)
  • Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.

Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Perdana Menteri

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam.

Sebagai Pengerusi Barisan Nasional

Apabila Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan.

Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, Mahathir berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.[11]

Melepaskan jawatan Perdana Menteri

Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Kontroversi

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Walaupun Abdullah mengatakan bahawa beliau mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, beliau telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006.[12] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti".[13] Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

Kebebasan media

Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan.[14] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar.[15]

Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008

Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008.[16] Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan.[17]

Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen.[18]

Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia

Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia.[19]

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.[20]

Usul undi tidak percaya

Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Wan Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan." Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7).[21] SAPP pimpinan Yong Teck Lee bertindak keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi mempercayai Abdullah. UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan hasrat itu.[22]

Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei

Pada 30 April 2010, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Abdullah Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerah Limbang, Sarawak.[23] Ia 'dinafikan' oleh beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir. [24]

Anugerah

TahunNama AnugerahDaripada
2010 Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri UtamaWilayah Persekutuan
2009 Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - TunPersekutuan
2007 Bintang Republik Indonesia Adi PradanaIndonesia
2006 Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.)Kelantan
2005 Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.U.M.Z.)Terengganu
2004Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa)Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
2004 Pingat Jose Marti (Jose Marti Order)Cuba
2004 Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri UtamaMelaka
2004 Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.I)Johor
2003 Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk PatinggiSarawak
2003 Darjah Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri DirajaPerak
2001Fellowship KehormatInstitute of Engineers Malaysia
2001 Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (S.S.S.J.) - Dato' Seri DirajaPerlis
2000 Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Dato’ Seri UtamaNegeri Sembilan
2000 Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' SeriSelangor
1999Fellowship KehormatLondon Chartered Institute of Marketing
1999 Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' SriPahang
1999 Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri PanglimaSabah
1997 First Class Order of Friendship Of DPRKRepublik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara)
1997 Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Dato’ SeriPulau Pinang
1994 A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant Thailand
1994 Grand Cross of The Order of MeritChile
1992 Darjah Kebesaran Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato'Selangor
1992 Anugerah "Gwang Hwa Chang" dari Republik KoreaRepublik Korea (Korea Selatan)
1991 Grand Cordon Of The Order Of The Sacred Treasure Jepun
1987Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika SyarikatAmerika Syarikat
1983 Diplomatic Service Merit, The Gwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan Republik Korea (Korea Selatan)
1981 Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - Dato’Pulau Pinang
1979 Darjah Johan Negeri (D.J.N.)Pulau Pinang
1974 Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)Persekutuan
1971 Ahli Mangku Negara (A.M.N)Persekutuan

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia[25][26]
TahunPerlembagaanUndiPrtsLawanUndiPrtsBuang undiMajoritiKeluar
1978Kepala BatasAbdullah Ahmad Badawi (UMNO)12,64562.41%Musa Mohd. Yatim (PAS)7,61637.59%5,029Tidak diketahui
1982Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)16,75968.51%Mohamad Sabu (PAS)4,11516.82%25,27712,64480.29%
Khoo Siew Hoe (DAP)3,58914.67%
1986Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)15,46369.33%Ahmad Hasan Salahuddin (PAS)6,84130.67%22,9008,62275.81%
1990Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)17,02570.35%Ahmad Awang (S46)7,17429.65%24,9319,85180.25%
1995Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)22,52182.77%Naser Mohd Radzi (S46)4,68717.23%28,30117,83478.39%
1999Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)19,98569.40%Abd Khalid Rasid (PAS)8,81030.60%29,41311,17581.22%
2004Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)25,40377.72%Abd Khalid Rasid (PAS)7,28122.28%33,35618,12284.19%
2008Abdullah Ahmad Badawi (UMNO)23,44565.78%Subri Md Arshad (PAS)12,19934.22%36,32811,24684.45%

Garis masa

Garis masa sebagai Ahli Parlimen

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rohani Abdul KarimRohani Abdul KarimDouglas Uggah EmbasTan Kok WaiTan Kok WaiJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganTan Seng GiawLeo Michael ToyadTan Seng GiawMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinRafidah AzizKarpal SinghKarpal SinghAbdul Kadir Sheikh FadzirAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakNajib RazakRais YatimRais YatimSamy VelluLeo MoggieLeo MoggieSulaiman DaudLing Liong SikRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahLim Kit SiangLim Kit SiangLim Kit SiangAbdul Taib MahmudAbdul Taib MahmudGhafar BabaGhafar BabaMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir Mohamad

Rujukan

Nota kaki

Pautan luar


Penyandang TerdahuluPerdana Menteri Malaysia
1 November 20032 April 2009
Penyandang Kemudian
Tun Dr. Mahathir bin MohamadDato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak
Penyandang TerdahuluPresiden UMNO
30 Oktober 200328 Mac 2009
Penyandang Kemudian
Tun Dr. Mahathir bin MohamadDato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak
Penyandang TerdahuluTimbalan Perdana Menteri Malaysia
8 Januari 199931 Oktober 2003
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Anwar IbrahimDato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak
Penyandang TerdahuluMenteri Kewangan Malaysia
1 November 2003 – [[]] 2008
Penyandang Kemudian
Tun Dr. Mahathir bin MohamadDato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak
Penyandang TerdahuluMenteri Pertahanan Malaysia
[[]] 2008 – 2009
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Razak Dato' Seri Dr. Zahid bin Hamidi
Penyandang TerdahuluMenteri Keselamatan Negara Malaysia
[[]] 20048 Mac 2008
Penyandang Kemudian
jawatan diciptajawatan dimansuhkan
Penyandang TerdahuluMenteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Malaysia
[[]] [[]] – 21 Mac 2004
Penyandang Kemudian
[[]]jawatan dimansuhkan