Alberta

115°00′W / 54.500°N 115.000°W / 54.500; -115.000

Alberta (البرتا) /ælˈbɜrtə/ adalah sebuah negeri di Kanada. Anggaran populasi negeri ini ialah 3.6 juta pada tahun 2011,[1] menjadikanya negeri prairi paling padat penduduknya di Kanada. Alberta dan negeri jirannya, Saskatchewan telah ditubuhkan sebagai negeri pada 1 September 1905.[3] Negeri Alberta terletak di Barat Kanada di mana ia bersempadanan dengan British Columbia di barat, Saskatchewan di timur, Wilayah Barat Laut di utara serta negeri Montana Amerika Syarikat (A.S.) di selatan. Ia juga adalah satu daripada tiga negeri dan wilayah yang bersempadanan dengan hanya sebuah negeri di A.S. dan salah satu daripada dua negeri yang dikelilingi oleh daratan.

Alberta
البرتا
Bendera Alberta البرتاJata Alberta البرتا
BenderaJata
Moto: Fortis et liber
("Kuat dan bebas")
Peta Kanada dengan Alberta البرتا digelapkan.
Ibu kotaEdmonton
Bandar terbesarCalgary
Bahasa rasmiInggeris
Kerajaan
WizuraiDon Ethell
Ketua menteriAlison Redford (PC)
Perwakilan persekutuandi Parlimen Kanada
Dewan Rakyat28
Senat6
Gabungan Kanada1 September 1905 (berpisah dari Wilayah Barat Laut) (ke-11)
Luas 
Jumlah661848km²
Daratan640081km²
Perairan (%)19531km² (2.95%)
Penduduk Kedudukan ke-4
Jumlah (2011)3645257 (anggaran)[1]
Kepadatan5.7/km²
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 
Jumlah (2009)C$178.225  bilion[2]
Per kapitaC$49,563
Kependekan
Kependekan pos KanadaAB
ISO 3166-2CA-AB
Zon waktuUTC-7
PoskodT
Bunga  Ros Artik
PokokPain pantai
BurungGreat Horned Owl
Laman sesawangwww.alberta.ca

Edmonton, ibu kota Alberta, terletak berhampiran dengan pusat geografi negeri dan ia merupakan hab perkhidmatan dan bekalan utama bagi minyak dan pasir di Kanada serta sumber dari bahagian utara negara yang lain. 300 kilometer (190 batu) ke selatan ibu kota ini terletaknya hab bagi pengangkutan dan pengedaran merangkap bandar terbesar di Alberta iaitu Calgary.

Nama Alberta diambil sempena nama Puteri Louise Caroline Alberta (1848–1939),[4] anakanda perempuan ke-4 kepada Ratu Victoria, Ratu Kanada sehingga tahun 1901 dengan Putera Albert. Nama Gunung Alberta juga diambil daripada Puteri Louise sebagai tanda penghormatan.

Galeri

Panorama di Edmonton dan Calgary

Edmonton
Calgary

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar